sudah-sudahlah menuding jari
henti-hentikanlah terpekik-pekik
aku betul
dia salah
muhasabahlah diri kita
banyak perintahNya kita langgar
dalam sedar dan nyata
lalu peringatan demi peringatan
DIA turunkan
DIA berikan
tapi kita tetap membutakan mata
memekakkan telinga
tanpa rasa malu
tanpa rasa segan
kalaulah ditarikNya semula
segala yang telah diberikanNya
hendak kita salahkan kepada siapa pula
lihatlah
isteri menjadi balu
anak menjadi yatim
ibu kehilangan anak
bapa kehilangan zuriat
tapi kita masih sibuk
mencari pentas
lalu di atasnya kita terlaung-laung
tentang jasa
tentang bakti
tentang budi
kemudian kita pura-pura peduli
kita turun menunjukkan simpati
kemudiannya
maki hamun kita teruskan lagi
lagi dan lagi dan lagi
apa yang kita kejar
apa yang kita cari
benarkah untuk mereka
kita ingin berbakti
atau sebenarnya
kita takut kehilangan
segala kemewahan yang kita miliki
Al Fatihah untuk wira-wira negara yang telah gugur di sana. Semoga syurgalah tempat mereka...
makin dekat,makin panas membahang,segala cerita lama diselak semula,aib mengaibkan,peduli apa...
BalasPadamCepatlah episod ini berlalu.Dah tak larat dah nak hadam semua .
BalasPadamAlfatihah,kepada wira wira yang gugur.
sedih....al-fatihah
BalasPadamsedihnya
BalasPadamal-fatihah
Sedih kak chik... lihat video semasa jenazah sampai saya menangis teresak2 bagaimana perasan isterikan... anak2 masih kecil bila buka berita yang sring dilaungkan...Jasa, janji, tranformasi itu sahaja....
BalasPadamalfatihah, wira-wira negara yg mempertahankan negara, niat dan jasamu akan dikenang selamanya
BalasPadamAl-fatihah.. semoga syurga balasan untuk mereka..
BalasPadamDah malas nak tgk lakonan org yg tak bertanggungjwp ni. Ckp x serupa bikin. X kena kat batang hidung mereka boleh la ckp saja. Janji itu janji ini. Tp x buat pun. Takut la dunia zmn skrg. Zmn anak2 sok x tau la mcm mn. Moga allah pelihara sumenye.
BalasPadamAl-Fatihah untuk wira2 negara......
BalasPadamInikah yg nak dimegahkan sebagai pemerintah..nak jaga negara sendiri pun tak tau!! Aku bukan nak berpolitik kat sini!! Tapi geram benci merajalela dihati!!! Pintu negara kita terbuka luas2..apa nak heran masuk lah segala bangsa..filipin bangla indon vietnam bla...bla...bla...siap bagi mykad lagi!!
BalasPadamSenang2 bagi mykad..nak bina jambatan KL - Singapore pulak..lagi lah senang cina singapore merompak hartanah kita!! Aduhai apalah nasib masa depan anak2ku!!!
BalasPadamKami d cni mmg mnyaksikan kemasukan pendatang filipin ini tp x bole bt pa2..sdg kn pihak yg berkuasa mmbenarkn kehadiran mereka..d beri ic..d beri kebenaran berniaga..yg byk2 berniaga d psr filipin tu. .d psr bsr kk tu..d kedai2 dlm soping mall bsr2 tu.. byk urg mereka..mcm mereka bole masuk d cni..mereka tak takut pn dgn pihak berkuasa..sbb apa??...sbb nya duit $$$ bertuan d hati. ..itu d kk if d lahad datu semporna sndkn tawau..lg la byk..mn filipin indon lg..bangsa mereka ni mmg berani..itu la jgk sbb nya ada ihak berkuasa yg teda berani..mereka tu berani mati..skrg kami d kk pn ragu22 ber hati2 jgk la..sbb byk jgk suku sakat urg d cni..merata2 tempat ada...doa kn la situasi tegang ini berakhir cpt
BalasPadamMemang tak tau nak cakap apa lagi..Hentikanlah semua ni dengan segera..
BalasPadaminnalillah dan takziah pd perajurit yg terkorban...
BalasPadamsebab dia nampak mewah sgt hidup org2 ni tu sultan sulu tu tak senang duduk...man ntah peginya konsep wasatiyah yang dilaung2kan sangat tu...org lain yang jadi mangsa...
BalasPadamal fatihah ... buat arwah .
BalasPadamKeamanan tak tercapai lagi tapi kecoh politik kian menjadi-jadi.
BalasPadamDoakan semua kembali pulih.
alfatihah pada pejuang kita..moga semuaanyer kembali aman...
BalasPadamAl-fatihah..
BalasPadamAl-Fatihah.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka..
BalasPadambetul mak..cukup2 la terpekik atas pentas konon2 musibah yg terjadi semuanya agenda..simpati dengan keluarga mangsa
BalasPadammacam2 jenis manusia kan kakcik..mereka yang menangguk di air keruh dalam situasi macam ni memang dalam kategori hina.. huhuu..
BalasPadambetul tuh kakcik.. dr dok bising2 tuh.. cuba kasi senapang.. berani ke tidak lawan musuh sana.. ckp jew yg banyak.. habuk pun takde.. eh.. emo sy.. sedih tau budak kecik kehilangan bapanya.. kesian.
BalasPadamnape masih berlembut kan..tak faham saya..
BalasPadamnak tggu yg ke berapa terkorban baru nk bertindak?
Den setuju dgn QASEEh tu...ayah den kata..sejak dulu lagik org luar senang2 masuk Malaysia tu......Silap kita lah tak cegah dari awal.....now sudah jadi bisul yg meletus.....kenapa sejak dulu tak terkawal kemasukkan depa ni....kena lah carik cerita sebenarnya.....
BalasPadamAl-fatihah buat mereka. Smoga masalah ni dpt diselesaikan dgn segera.
BalasPadamya Allah ya tuhanku..berdoa sahaja kita di sini,mogamoga keadaan kembali tenang.. jauhkan dari perkara perkara yang buruk dari berlaku...
BalasPadamSehingga kematian juga dipolitikkan..Kotor sgt Politik tanah air masa kini....Melaung ingin mencari dalang.....angka pasukan keselamatan yg meninggal semakin bertambah....Mana yg lebih penting...mencari dalangnya dahulu atau menghapuskan petualang penceroboh ini dahulu...Fikir lah dgn Rasional KERAJAAN MALAYSIA....Innaliliahi wainna ilaihirojiun...
BalasPadamsemoga kita semua dijauhkan dari musibah peperangan
BalasPadamsetuju sgt dgn kakcik...
BalasPadamsgt setuju..x habis2 citer pasal ni...
BalasPadamAl fatihah..smoga segera berakhir dan tiada lagi yang terkorban
BalasPadammoga mereka di sana kuat dan sabar dalam mengharungi dugaan ini.
BalasPadamMoga mereka selamat hendakNYA..
assalamualaikum kakcik...al-fatihah buat mereka yg terkorban nyawa tu...:(
BalasPadamal fatihah untuk yang terkorban. Semoga semuanya akan selamat.
BalasPadamAl-Fatihah buat yg telah pergi.
BalasPadamSemoga mereka yg masih di sana selamat & berada dalam rahmatNya, amin.
al-fatihah buat wira-wira negara..Jasamu di kenang
BalasPadamnaik meluat bila sana sini asyik menunding jari
BalasPadamBetul tu Kak cik.. Moga perwira negara yg gugur ditempatkan bersama² org² yang beramal soleh.. Aaamiinn.. al-fatihah
BalasPadamsemoga kita semua dilindungi Allah dari kejahatan manusia..
BalasPadamalfatihah buat wira2 negara
alfatihah buat mereka yg terkorban..
BalasPadamSETUJU!!!!!!!...tramat sedih dengan keadaan sekarang...
BalasPadamAl-fatihah kpd pejuang yg telah pergi..terlalu sedih dan sebak hati ini tapi apakan daya...Hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan 'mereka' di sana.....Semoga Allah mendengar doa2 org yang teranianya......
Al fatihah utk perwira negara. semoga negara di bawah lindunganNya
BalasPadamSEMOGA NASIB2 PEJUANG KITA TERBELA...AL FATIHAH UNTUK PEWIRA NEGARA
BalasPadamsemoga dilindungi dan diambil iktibar kesan dan akibatnya.
BalasPadammohon dipermudahkan segala urusan.semoga malaysia/ lahad datu kembali tenang..
BalasPadamAl-Fatihah