Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Februari 2013

Siapa kenal wanita ini?...

Catatan melekat untuk sementara waktu.  Catatan terbaru, sila lihat di bawah...

Beliau sering berlagak bagai orang kaya dan menyamar kononnya bergelar 'Tengku', 'Sharifah' dan 'Datin'. Kononnya beliau dari kalangan Orang Besar Berempat Negeri Perak.

Adik ipar kakcik telah ditipu barangan bernilai lebih RM50 ribu. Sewaktu penipuan itu dilakukan, dia tinggal di banglo 5 tingkat di kawasan SetiaHills, Ampang dan terdapat dua buah Alphard di perkarangan banglo tersebut.

Laporan polis telah pun dibuat oleh adik ipar kakcik bersama lebihkurang 10 orang mangsa yang lain. Sekiranya ada di antara pembaca yang didatangi oleh wanita ini untuk membeli barangan atau lain-lain perkhidmatan seperti membekalkan makanan, rasanya tak perlulah dilayan...

Sewaktu berurusan dengan adik ipar kakcik,
wanita ini tidak bertudung dan mengaku berusia
51 tahun walaupun mengikut kad pengenalannya
dia baru saja berusia 39 tahun. Lahir tahun 1974.

50 ulasan:

  1. Salam kak
    Lama x dtg sinI, blog Saya pun saya jarang update skrg ni.
    kadang2 dlm berhati2 pun terkena juga sb diaorg ni mmg pakar bercakap.semoga org ni segera di tangkap.

    BalasPadam
  2. tgk luaran...mcm org baik2..bertudung...rupanya bijak kelentong org..

    BalasPadam
  3. Muka nmpk baik....! Itu la skrng nie yg buat ssh nak pecaya kat orng.....kes2 cmni la....ermmm.....
    Nak cepat kaya...bukan gini usahanya.....x berkat hidup klau keje dok nipu orng....!

    BalasPadam
  4. Menakutkan kak chik.... sekarang ni kita kena berhati-hati dengan manusia yang bertopengkan kebaikan ni, bukan sahaja dari segi pemakaian.. dari segi tingkah lakupun, nampak lembut pendiam tapi perlu juga berhati2....

    BalasPadam
  5. Kaki penipu!
    Tak lama la dia nak hidup mewah macam tu. Hidup dengan cara menipu dan mencuri mana berkat pun.

    BalasPadam
  6. Adakah ia berasal dari. ?asal negeri , kulit sederhana..entah pelanduk tujuh rupa,?pengalaman bisnes dan jurutera?

    BalasPadam
  7. teruk betul la kan..tak takut ke tipu2 orang nie

    BalasPadam
  8. Orang yg buat kerja ni biasanya ada cabel luar negara, entah dah ke Autralia,,dan pernah tinggal kerja luar negara...

    BalasPadam
  9. dia akan terima balasannya nanti kak..

    BalasPadam
  10. Masukkan nama samaannya sekali, Datin Tika, datin Ani, tengku ana dll

    BalasPadam
  11. Jika orang yang sama, pernah hadir di suatu majlis Raya, di Ampang bersama pemuda muda yang kacak, suami orang,,sssss

    BalasPadam
  12. ya Allah.. mintakla dijauhkan dari org ni.. macam2 cara nak menipu skrg ni.. takut sgt.

    BalasPadam
  13. Ish...macam-macam cara orang menipu..kena sentiasa berhati-hati la kan...

    BalasPadam
  14. minta tidak terserempak ngan org sebegini.. huhuhu

    BalasPadam
  15. mintak jauh la jumpa org mcm gini .sanggup menipu

    BalasPadam
  16. ada gak manusia cam ni kat Malaysia ni...

    BalasPadam
  17. hishh..hidup dgn perdaya dan menipu orang..memang tak selamat idup dia nanti!

    BalasPadam
  18. Terima kasih kakcik,

    Semoga kita lebih berhati2 dalam mengejar rezeki.

    BalasPadam
  19. harap cepat2 terangkap. buat malu org kita je...

    BalasPadam
  20. terima kasih berkongsi..... semoga kita semua berhati2

    BalasPadam
  21. Tq kerana share cerita mcm ni..ramai yg dah kena tipu dan ramai yg menanti masa untuk di tipu..mereka ni licik tu pasal lah pAyah polis nak tangkap..semoga Tuhan jauhkan kita dari org2 mcm tu..

    BalasPadam
  22. thanks kak , share info penting macam nih..

    mmg macam macam gaya org nak menipu zaman sekarang nih..

    hurrmm..

    BalasPadam
  23. Mohon pencerahan details...

    Nama
    IC

    bleh sebar.

    BalasPadam
  24. ella terfikir kakcik .. camna org blh percayakan dia dan senang2 keluarkan duit pada dia?

    BalasPadam
  25. Semoga Allah memberi kesedaran kpd beliau ni..dan moga beliau mendapat balasan yg setimpal di atas perbuatannya menganiaya org ramai ye..

    BalasPadam
  26. mmg kena hati2lah kakcik

    BalasPadam
  27. Moga dia mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.

    BalasPadam
  28. Moga kita terselamat dari penipu yg macam ni...aaminn. tq kakcik

    BalasPadam
  29. moga dijauhkan dari wanita ini....sepandai2 tupai melompat..kalau dah asyik menipu..satu hari nanti tertangkap juga hendaknya...

    BalasPadam
  30. Bahaya org sekarang, luaran nampak baik, tak sangka menipu

    BalasPadam
  31. terimakasih atas peringatan...moga kita lebih peka dan berhati2 dengan org2 yg tidak dikenali..

    BalasPadam
  32. balik nti dee nk tgklah muka dia..kt opis ni xleh view pic..

    BalasPadam
  33. uishhh wajah dia nampak dah berumur kan ..
    hurmm memang skrg kena xtra hati2 huhuh

    BalasPadam
  34. Salam..zaman sekarang nih wanita lebih teror menipu lak ye,memalukan kaum hawa je

    BalasPadam
  35. muka nampak mcm org baik2 je.thanks kakcik kongsi cerita n pic ni,at least ramai org akan berwaspada nnt.

    BalasPadam
  36. salam perkenalan thanks sudi follow

    BalasPadam
  37. adoiii..bijak betul org skrg ye nak cari duit cara mudah..kalau dulu lelaki jer berani wat keje mcm ni..skrg perempaun dh advance betul..

    BalasPadam
  38. tak takut mati nampaknya...sudah2 lah makan dan menjadi daging sampai mati hasil pencarian yg sebegitu....

    BalasPadam
  39. Jahat....itu mcm punya olang pun ada.....makan duit punya olang....err...mcm ne cara dia menipu kakcik..??

    BalasPadam
  40. Wanita cuma berani claim balik Wang bila tertipu... Selaput dara? Jom kita papar kan pulak muka2 tupai! Barulah tiada lagi kes buang bayi & andartu ;)

    BalasPadam
  41. byk kes tipu2 skrg ni kan kakcik... takut...pompuan pun byk yg jahat...moga kita dijauhkan perkara2 mcm ni...hrp pompuan ni dapat ditangkap...

    BalasPadam
  42. hati manusia tak sama, luaran lain dalaman lain..

    BalasPadam
  43. Salam...bleh hubungi sy melalui fb ruzy taib berkenaan zubaidah othman. Tq

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com