Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Januari 2013

YB oo YB (Mana perginya wakil rakyat)...

Banyak sangatkah kerja yang hendak dibuat
sampaikan tiada masa hendak berehat
walaupun kelibat tak pernah dilihat
hendak menyapa pun tak pernah sempat

YB oo YB
pilihanraya dah nak dekat
apa yang patut buatlah cepat-cepat
biar rakyat terasa dekat
walaupun selepas itu dibiarkan tiga empat dekad

YB oo YB
tak payahlah nak tunggu kamera
bila berbakti buatlah dengan seikhlasnya
rakyat memilih untuk membantu mereka
bukan untuk melonjakkan YB jadi orang kaya

YB oo YB
dulu kita sekampung
bersama berborak di tepi kolong
tapi kini susahnya nak minta tolong
YB sudah bertukar menjadi sombong

YB oo YB
jangan nanti menepuk dahi
bila semua kemudahan tiada lagi
bila tiada gelaran YB
bayangan sendiri tak mustahil lari

29 ulasan:

  1. YB oh YB...mana pergi nya yb yg berjanji akan mengambil peduli pasal rakyat yer kakcik...

    BalasPadam
  2. YB macam ni saya panggil:

    Yang Bangang
    Yang Berlakon

    BalasPadam
  3. Yang Berlakon....ahaa..haha , betui lah tu !!

    BalasPadam
  4. Ini tugas Jkm, tugas. Lembaga zakat, badan kebajikan masjid..surau ada badannya untuk baca akhbar..

    BalasPadam
  5. YB banyak tugas antara kaum, ini khusus asnaf islam, kebajikan isllam kedepan

    BalasPadam
  6. ooh hhh ...di Kuantan ....

    saya pun baru baca tadi ...

    BalasPadam
  7. YB tu bukan Yunus Badawi kan? hahaha..

    kalau ye pun takleh selesaikan masalah, tunjuk muka dan prihatin terhadap masalah rakyat pun dah buat rakyat suka dan berbesar hatikan..takkan time pilihanraya baru nak jumpa..huhu..

    BalasPadam
  8. Yb oh Yb.. jangan sibuk berperang dan bergaduh dengan orang lain hingga kebajikan rakyat diabaikan..

    BalasPadam
  9. yb sibuk nak pilihanraya tu agaknya... heee3x

    BalasPadam
  10. Kalau dapat jadi YB PRU kali ini pun YB dah kayo kakcik... tiu yg tak kisah nak hulur.

    BalasPadam
  11. sebab YB sorang,beribu rakyat dapat susah..

    BalasPadam
  12. nak dekat pilihanraya ni elok keluarkan kisah begini banyak2.. cepat dapat bantuan nanti kak..

    BalasPadam
  13. Cuba kakcik bayangkan.... kalau semua YB yang ada kat Malaysia ni.... menjalankan tugas dgn penuh amanah dan jujur terhadap tanggungjawab dia kepada rakyat di kawasannya.... Saya yakin takkan ada sorang pun rakyat yang akan merempat dan hidup dalam kemiskinan. Betul tak? Setiap bulan ada peruntukan utk setiap kawasan. Jadi, kalo YB betul2 jujur dgn peruntukan tu.... mesti dpt membela rakyat dia.

    BalasPadam
  14. Kesian. Dlm membantu org di luar... yg dalam masih ada yg tercicir..

    BalasPadam
  15. Tak kisah YB belah mana pun Kak Chik...sama ajerr....yang belah situ sibuk duk perang.....yang belah sini pun lebeh kurangggg....wallahualam....

    BalasPadam
  16. dkt2 pilihan raya ni depa kluarlh kakcik....huhuhu....

    BalasPadam
  17. takkanla nak tunggu pilihanraya baru nak berkhidmat..

    BalasPadam
  18. alahai.. Sian kanak2 tuh.. cepat la sedar org berpolitik... rakyat yg selalu jd mangsa....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com