Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Januari 2013

Baca baca baca (bukan dengar dengar dengar kerana kamu tidak boleh mendengar tulisan)...

aku hanyalah seekor kucing
yang tidak diajar di mana hendak kencing
mana aku peduli kau muntah atau pening
dek hasil buanganku yang haring dan hancing

aku juga makhluk Tuhan
ada sebab mengapa aku dijadikan
tapi janganlah fikiranmu disusah-susahkan
mengaitkan aku dalam jawapan di luar soalan

biarkan aku dengan duniaku
walau hadirku ada yang suka ada yang jemu
dunia ini bukan hanya milik kamu
tapi kurniaan Allah Yang Satu

Ini adalah kucing yang saban hari 'menghadiahkan' hasil buangannya
di lantai simen hadapan rumahku.  Gambar ini dirakam oleh anakku
Bangcik.  Hendak diapakan dengan kucing ini?  Dia bukan faham
pun bahawa kehadirannya 'sangat mengecewakan'!

33 ulasan:

  1. ni mesti pasal kes listen listen listen tu..dah baca komen2 tapi lum tengok videonya huhu..ada juga orang macam tu

    BalasPadam
  2. Senyum je kak.....binatang pun ada masalah tu.....ki3......

    BalasPadam
  3. Listen..listen..listen, hehe..Kak letak la kucing tu kat tempat lain tapi make sure tempat yang elok dan ada makanan..

    BalasPadam
  4. Kalau skadar dtg bertandang ok juga kan kak...Tapi ni yg x Bestnya tinggalkan sesuatu yg berbau .

    BalasPadam
  5. Apa nak buat..kucing pun makhluk Allah jg, bahkan binatang kesayangan nabi tu...

    BalasPadam
  6. alahai annoyingnye dia buat muka tu hehhehe.cuba kakcik suh bangcik ckp kat kucing tu..."kalau dtg sini lepak2 kt simen tak pe..tp jgn la membuang ye...kalau nk buang pi jauh2 ok".kot la paham kucing ni

    BalasPadam
  7. listen..listen..listen..kucing pun ada masalah.. LOL

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kakcik..

    Ayat yang last tu sedih plak.....
    Teringat kucing2 yang pernah ada di rumah dulu...

    BalasPadam
  9. pagi pagi jadi majlis bandaran ...

    BalasPadam
  10. Kakcik, letak minyak tanah kat tempat kucing tu suka membuang. kat umah mak saya pon mcm tu gak. Atas pasir tak nak plak dia membuang, lebih suka membuang atas simen. Kucing jaman moden.

    BalasPadam
  11. heheheh akak sambil mencuci hasil dia tu, akak ckp lah bebel ckp jgn membuang lg kt situ, buang lah kt tnh kadang2 dia paham apa yg kite bebelkan kak... sambal tu redha kan jelah dlm hati

    BalasPadam
  12. habis hewan2 tak berdosa dijadikan masalah oleh si dia tu.. hewan ke, manusia ke.. semua makhluk Allah..

    BalasPadam
  13. Kakak geli kucing. Tapi kesian bila lihat kucing kena buang. Siapa tuan punya kucing tu kakcik?

    BalasPadam
  14. Listen Listen Listen wahai kucing
    Kau buat masalah aku yang pening
    Baru aku tau rupanya kau pun boleh runsing
    Itu pun Cik Pah yg kasi informing

    Listen Listen Listen wahai kuching
    Bukan kau saja yg Cik Pah kata runsing
    Ada Cik Jerung..Mr. Kinz dan juga Mrs Anjing
    Mereka semua pun kepala pening


    BalasPadam
  15. teringat jiran lama sebelah umh saya

    kucing yg dibela suker membuang didepan ngumah saya

    mungkin depan pintu punyer lapit kaki yg empuk utk dia tido lantas membuang dengan sungguh selesa

    sekali saya buat jaring kaler ijau kat pagar ngumah, boleh plak dia tyer... naper kak... saye ckp direct! kucing kau la berak depan umh aku... boleh dia jwb.. ooooooo

    BalasPadam
  16. Kucing pun ada masalah ker huuu,,
    Cecuba tanya kucing nak jadi kucing tak,,,tabik sesiapa yang pandaia bahasa kusing..
    Nak Diam, nak Diam, nak diam

    BalasPadam
  17. kalau nampak & tahu tempat buangannya senang sikit nak di bersihkan k.cik... yg hangin tu kalau terpaksa mencari-cari & terhidu-hidu sana-sini... dah rupa mcm anjing pengesan dadah di airport lagaknya.. gggrrrrrrr

    BalasPadam
  18. Itulah masalahnya kalau membela kucing ni kakcik. Suka main gomol2 tapi masa dia nak mmbuang tu ikut suka hati dia ja. Nak marah pun serba tak kena. Dulu2 Aina bela kucing ajar berak kat toilet.

    BalasPadam
  19. kat umah makcik pun ada satu...tah sapa punya...suka suki ja nak melepas

    BalasPadam
  20. zi pun ada masalah ngan kucing mak..abis pokok bunga patah2 sebab si kucing ni bertenggek dalam pasu nak buang hasil kumbahan.geramnya bila pagi2 sedut udara campur bau taik!agaknya kucing sape la

    BalasPadam
  21. Siapa lah tuannya.. Kesian kucing tu.. Kalau dpt org yg penyabar takpe la.. Kalau dpt yg kurang sabar.. Habis kena sebat ngan penyapu..

    BalasPadam
  22. kalu Chenta tiap kali nampak sure simbah air .. insyaAllah tak lagi ia bertandang...

    memang tidak berperikemanusiaan bunyi nya .. tapi demi kebersihan & kesihatan diri .. terpaksa lah halau cara tu .. takkan nak sepak or babab ngan penyapu pulakkan ... lagi ganas tu !

    ^__^

    BalasPadam
  23. listen2 nak cakap sampai 10 kali ye kakcik.. semua org ada masalah termasuk kucing ni hehehe

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum,
    kakcik, saya pernah alami masalah ni hingga jumpa petua di blog kak kujie.
    cara atasi: siram kawasan dia selalu membuang tu dengan minyak lebihan menggoreng. mungkin kena buat 2-3 kali barulah dia tak pi lagi buang situ.
    tapi, kemungkinan utk dia buang kat tempat lain tu tetap ada ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com