Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 Januari 2013

Kereta Haziq (bekas peserta Akademi Fantasia)...

Ingat tak dengan Haziq AF4 tu?  Dia suka nyanyi lagu-lagu Melayu Asli, kan?  Walaupun dia tak begitu berjaya dalam bidang seni, tapi dia agak berjaya dalam bidang perniagaan.  Selain dari mempunyai restoran, dia juga aktif dalam perniagaan bersama Syarikat New Image yang antara lain mengeluar dan memasarkan produk Alpha Lipid SDll.

Beberapa bulan sahaja menyertai New Image, Haziq telah mencapai
tahap yang sangat memberangsangkan.

Inilah kereta Audi milik Haziq yang turut menjadi idaman Along dan
Huda.  Semoga dengan usaha yang berterusan, impian mereka akan
menjadi kenyataan.  InsyaAllah.


22 ulasan:

  1. rezeki masing2 kan kakcik takde sapa yg tahu, kalu kite usaha lebih n Allah dh takdirkan apa pun boleh jd... waaaah2 along skrg dh kurus

    BalasPadam
  2. Haziq dah pakai audi? Sebab dia komited, bagus betul..Along pun join gak ke? Mana tau satu hari rezeki Along pulak kan..

    BalasPadam
  3. Kalau rajin, insha Allah ada rezekinya ^_^

    BalasPadam
  4. masuk MLL ni kena komited dan jangan separuh jalan kan kak chik

    BalasPadam
  5. lumayannya hasil yg dapat!
    tahniah!
    dan goodluck utk along :D

    BalasPadam
  6. kalau org lain boleh..kita pun boleh..

    BalasPadam
  7. Rezeki...rietta plak..klu bab beniaga...mmg xreti....

    BalasPadam
  8. gituler rezeki masing2kan.. tak mesti yang jadi juaratu yang berjaya... yang penting usaha dan mohon padaNya

    BalasPadam
  9. Haziqqqqqqq [sebut dlm rentak irama malaysia]. Pergh.. Audi tu.

    BalasPadam
  10. rezeki di mana2.. :)

    eh.. ada reben la.. kikiki

    BalasPadam
  11. InsyaAllah kalau ada rezeki Along...rajin berusaha..pasti ada sesuatu...

    BalasPadam
  12. lama tak tengok dia..ada bisnes rupanya..

    BalasPadam
  13. Eh... along betul-betul dah susut ye Kakcik. Tapi mahallah alpha lipid ni kakcik.

    Suka tengok anak muda dah berjaya dlm business.

    BalasPadam
  14. suka dengar suara Haziq macam suara Allahyarham Ahmad Jais. Baru ni tengok beliau menyanyi di Rancangan Primadona. Saya memang suka dengar lagu2 irama klasik, hehe

    BalasPadam
  15. lama x dgr haziq nyanyi... rupanya sudah berjaya dlm perniagaan...:)

    BalasPadam
  16. usaha tangga kejayaan, semuanya dgn izin Allah

    BalasPadam
  17. Wah...audin tu. Smoga impian mereka menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  18. wah, murahnya rezeki dia...moga along dan huda pun murah rezeki dapat sebiji Audi juga..amin:)

    BalasPadam
  19. semoga along dan huda berjaya! insya allah..

    BalasPadam
  20. assalamualaikum kakcik...semoga berjaya mcm Haziq tu yer...:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.