Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Januari 2013

Ceramah Ustaz Don...

Antara isinya...

1. Kita kata kita sayang ibu. Jadi panggilannya kita sahut. Tapi bila kita kata kita cinta Allah dan Rasul, tidak pula kita menyahut seruan azan mahupun menyegerakan solat.

2. Kita sayangkan kereta sehingga sanggup berhabis kerananya, tapi tidak pula kita sanggup berhabisan dengan pakaian yang cantik untuk bersolat.

3. Apakah ada di rumah kita barang atau sesuatu yang boleh membuatkan kita sentiasa mengingati Rasulullah SAW? Ianya bukan Al Quran, kerana ada pun Al Quran belum tentu kita membaca dan memahami isi kandungannya.

4. Kita wajib membawa kompas ke tempat yang mana kita ketahui kita tidak akan dapat menentukan arah kiblat. Mungkin di Malaysia tidak ada masalah kerana tempat untuk mendirikan solat ada di mana-mana.

Sebenarnya banyak lagi 'isi-isi' yang disampaikan oleh Ustaz Don, cuma kakcik tidak pandai hendak mengolahkannya.  Contohnya seperti 'tangan dan kaki yang akan menjadi saksi saat mulut tidak lagi boleh berkata-kata'.  Bukan bermakna kaki dan tangan akan bercakap, tapi kesan dari perbuatan kita akan ada 'tandanya' pada tubuh badan kita.

Ustaz Don tidak banyak 'melawak' tapi beliau tetap mampu  menarik perhatian hadirin untuk mengikuti ceramah beliau dari awal hingga akhir sampaikan waktu terasa begitu cepat berlalu walaupun hampir dua jam beliau berceramah.

Majlis turut dihiasi dengan bacaan ayat suci Al Quran serta alunan Qasidah dan Marhaban yang dibawakan oleh Ustaz dan pelajar dari Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru.


20 ulasan:

  1. memang suka sangat dengar ceramah ustaz don...banyak gak engok ceramah die kat youtube...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...pengisian pagi yg baik pagi ini untuk KY, suka sangat tengok ustaz Don heee

    BalasPadam
  3. sungguh2 dulu sy ingat tangan & kaki (anggota badan) tu yg akan bercakap menjadi saksi perbuatan kita di dunia ni...

    BalasPadam
  4. Kakcik pergi ke? best sesekali dgr ceramah live kan..

    BalasPadam
  5. best kan...skang ni banyak cara untuk mendengar kuliah2 agama..bukan hanya menghadiri majlis2 ilmu sebegini..bukak tiubawak(youtube) pun boleh...semuanya bergantung kepada kita..tapi kalau dapat dengar secara live tentu lagi menusuk kalbu =)

    BalasPadam
  6. Salam Kak Cik..
    Ustaz Don antara pendakwah yang Nisah suke..
    cara penyampaianya yang bersahaja dan buat kita tertarik. Ilmunya pun tak kurang hebat.. (^_~)

    BalasPadam
  7. Pengisian majlis ilmu begini walau 2-3 jam memang kita akan rasakan bagaikan cepat masa berlalu kakcik.

    BalasPadam
  8. setiap ustaz tu ada cara pendekatan yg sndri kan mak..suka cara ustz don, ckp dgn pnuh lemah lembut, nak2 pulak kalau bceramah pasal ibu, pasal kematian...mmg sebak je rasa

    BalasPadam
  9. seronoknya di majlis ilmu..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.. tqs for sharing kakcik..

    BalasPadam
  11. bestnye dapat peluang dengar ceramah Ust Don live.. kat tempat saya belum ada peluang lagi.. :D

    BalasPadam
  12. Walaupun bagi Kakcik sedikit yang dikongsikan, ianya tetap memberi manfaat kepada semua kan. Amiin.

    BalasPadam
  13. suka ustaz don sebab dia bagi penerangantu jelas.. senang nak paham dan ingat... moga ramailah orang yang macam dia menjadi usztaz...

    BalasPadam
  14. saya suka dengan gaya penyampaian ustaz don..

    BalasPadam
  15. dgr kat youtube ja..untng spa2 yg dpt dgr live...org kg ni.. :p

    BalasPadam
  16. Tak semestinya dengan melawak sahaja mampu menarik perhatian pendengar mahupun penonton :)

    BalasPadam
  17. ustaz don mmg pandai beri ceramah.. santai dan penuh pengisian , dan mudah faham.
    selalu tgk 30minit tu..kalau dia jelaskan sesuatu tu bersungguh sungguh nak org faham..
    :)

    *orangnya pun hensem..hehe..sempat lagi dayah nih kan..

    BalasPadam
  18. ustaz don bawa mesej Islam yang sangat simple dan mudah difahami... selalu tgk 30 minit ustaz don... tapi betul la kakcik... kalau dgr atau hadir pada mijlis ilmu cepat sangat masa berlalu... moga kita sentiasa mendapat manfaat daripada apa yang kita dgr dan tonton.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com