Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Januari 2013

Cara-cara hendak 'menconteng' pada gambar di iPad...

Catatan ini adalah untuk menjawab pertanyaan ANIM.  Perlu dinyatakan, apa yang kakcik 'turunkan' di sini adalah cara yang kakcik tahu.  Mungkin ada cara lain, tapi ini adalah cara yang kakcik gunakan...


Untuk 'menulis' di atas gambar melalui iPad, kita perlukan
aplikasi InstaEditor. (klik pautan untuk memuatnaik
aplikasi tersebut secara percuma). 

Kalau sudah ada aplikasi tersebut, bolehlah pilih gambar
mana yang hendak 'diconteng'.

Nampak tak huruf Aa itu? Klik di situ untuk mula menaip.
Ada macam-macam aplikasi juga yang boleh digunakan
tersenarai di situ.
Taiplah apa-apa perkataan yang hendak dicatatkan.


Setelah siap menaip,bolehlah klik perkataan Apply 
yang terdapat di sudut kanan sebelah atas itu. 'Tulisan'
itu bioleh 'diseret' ke mana-mana sudut yang kita suka.



Kemudian klik pula perkataan Done

Dah siap!

14 ulasan:

  1. tqvm kakchik. balik rumah nanti saya study..hee..

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak cik kongsi ilmu..nak kena study jugak ni...selalunya sebelum ni suri buat entri n masukkan gambar pastu pergi tulis kat gambar tu dengan lappy huhu

    BalasPadam
  3. Tq kak cik..sy masih kekok nak post entri guna iPad ni...malas nak menggooogle carik...ada info ni senang sikit..hehehe

    BalasPadam
  4. TQ kak .. walau saya x der ipad ekek ..
    saya punye tab anak2 je pakai main game
    saya banyak update pkai komp kesayangan saya nie;)

    BalasPadam
  5. IM masih selesa dengan laptop ni walaupun rakan-rakan IM ramai yang memiliki ipad, galaxy dan saknike benda....

    BalasPadam
  6. tq kakchik kongsi ilmu... lagi mudah nak upload di mana2 je

    BalasPadam
  7. KN gune komputer slim ni jer..jarang gune laptop..tak bape nak suke..

    BalasPadam
  8. Haah...susah jugak nk masuk watermark sedia ada....terpaksa la manually conteng watermark.....

    BalasPadam
  9. wahh akk guna ipad..thanks 4 sharing kak :)

    BalasPadam
  10. ipad tak de... but thanks for sharing.. who knows one day ada pakai..

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian ni kak cik....saya masih terkial-kial nak guna iPad...

    BalasPadam
  12. saya tka reti mende2 ni semua kakcik...pegang senduk reti la..

    BalasPadam
  13. tak pernah wat watermark sebab ntah tak tau nape wakkakakakakkaka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com