Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 Disember 2012

Sarapan apa pagi ini?...

Kepada yang berpuasa (sunat atau wajib), kakcik ucapakan selamat berpuasa.  Hari ini kakcik akan menghadiri kursus untuk sehari lagi...

Ini bukanlah makanan untuk sarapan pagi.  Ianya adalah makanan
yang dimakan oleh suami kakcik beberapa malam lepas.

Ada yang pagi-pagi sudah minum air kelapa? 
Bagaimanapun percayalah, dalam gambar di atas bukanlah air kelapa
sebenarnya, sebaliknya ia adalah air dalam kelapa!
Sebaiknya kita sentiasa bersederhana.  Saat kita mengeluh kerana
kononnya makanan tidak memenuhi selera, ada saudara kita
yang langsung tiada apa-apa untuk mengalas perut mereka.

Bagi kakcik, tidak mustahil untuk kakcik makan durian di awal pagi!

Di Kuala Lumpur, boleh katakan saban petang hujan turun dengan
lebat.  Berhati-hatilah kawan-kawan dalam cuaca yang tidak
menentu ini kerana kita tidak pernah tahu apakah esok kita masih
berkesempatan untuk menikmati sarapan.


29 ulasan:

  1. Saya bersarapan nasik kerabu pagi ni :)

    BalasPadam
  2. Saya sdg berfikir apa menu ni kakcik..ingat nk puasa sunat tapi tak tjaga awal lak T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pula sedang bersarapan dengan dua keping biskut lemak. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Sebab kakcik tidak merasakan 'keairkelapaan'nya... rasa macam air kosong je! :(

      Padam
  4. kiranya air dlm kelapa jew la tu kan..korek isi dia baru rasa kelapa kan..:)

    BalasPadam
  5. wahhh meriahnya srapan kakcik, pagi ini saya makan nasi lemak paru nyum2

    BalasPadam
  6. sedapnya tgk sarapan kakcik. ayu makan bihun free.. kak opis puye.. hihi

    BalasPadam
  7. salam..selamat pagi mak..

    pagi ni sarapan vadai n karipap:)cukup utk alas perut sblm lunch

    BalasPadam
  8. salam kakcik, macam nasi ayam penyet je tu, lama dah tak makan durian tu,

    BalasPadam
  9. kak chik, terliurnya tengok air kelapa tu. Masa awal2 pregnant dulu saya takleh minum air kelapa. Muntah balik rasa santan. Huhu. Tapi skrg ni belum try lagi. Rasa cam boleh kot.

    BalasPadam
  10. sarapan dengan durian?... kakcik memang peminat durian!


    saya sarapan kuih keria pagi ni

    BalasPadam
  11. kami belum sarapan lagi pagi ni .... huhuhu

    BalasPadam
  12. Sarapan nasi lemak sedap & air milo ☺☺

    BalasPadam
  13. sedapnya ayam bakar ke tu... hihihi

    BalasPadam
  14. selamat berkursus akk
    durian di pagi hari .. normal juga bagi saya ekeke ;)

    BalasPadam
  15. Sedih sangat. Saya memang dah plan nak puasa, tapi terjaga sangat lewat pagi tadi. Maybe sebab saya tak sihat. Kalau nak puasa, saya wajib sahur sebab ada gastrik.

    Hujan di KL sangat menakutkan. Banyak kawasan yang cepat naik air. Takut enjin kereta masuk air, dompet rabak.

    BalasPadam
  16. Tengok menu semua lazat2..terpaksa bertahan yang tengah diet ni..hehe

    BalasPadam
  17. Kalau dah musim durian ini tak terperanjat kalau sambil buat sarapan pagi dah makan durian dulu sebelum sarapan kakcik...

    BalasPadam
  18. Saya pun kalau ada doyan kat umah pepagi pun leh gak layan doyan wat sarapan hehehe..

    BalasPadam
  19. air kelapa VS air dalam kelapa... hahaha, i like

    BalasPadam
  20. dlm banyak2 gambar buah durian tuh yg sgt menggt iman... betul lah kakcik kl skrg ptg2 msti ujan, bersama2 lah kite berhati2 ye

    BalasPadam
  21. oo doyaaan Kakcik..mmg mengancam betoi

    BalasPadam
  22. Wahh hebat Kakcik ni, bersarapan siap dengan durian lagi...kelasss...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com