Kawan-kawan kakcik

Ahad, 9 Disember 2012

Menziarahi Kakngah (Aslinda) yang ditimpa musibah...

Selepas menghadiri majlis perkahwinan Azrul Hisham di Rawang semalam, kami berempat (kakcik, suami, Azieazah dan Acu Sayang) meneruskan perjalanan ke Lembah Beringin untuk menziarahi blogger Kakngah. Kediaman beliau yang bertempat di Kolej UEM telah terbakar gara-gara anaknya bermain pemetik api.

Kebetulan, mereka sekeluarga memang dalam proses mengemas rumah untuk berpindah. Kompleks kediaman itu dalam proses pembaikpulihan secara besar-besaran. Walaupun unit kediaman Kakngah mengalami kerosakan yang agak besar, banyak juga barang yang dapat diselamatkan termasuk dokumen-dokumen penting. Syukur Alhamdulillah, anak-anak Kakngah yang berada dalam kediaman di Tingkat 1 itu dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Kakngah dan suami beliau kelihatan sangat tabah dan tenang dengan dugaan ini. Bagaimanapun anak-anak mereka masih kelihatan agak trauma.

Sedikit gambar yang kakcik rakam dengan iPad (lain-lain gambar dalam kamera, InsyaAllah akan kakcik muatnaik kemudian nanti)...





9 ulasan:

  1. Semoga KakNgah menerima cubaan dari Tuhan dgn redha. tak per, rugi sikit saja tu, InsyaAllah Tuhan gandakan lagi rezeki dan kebahagiaan di masa depan.

    BalasPadam
  2. syukurlah semua selamat, kalau tgk teruk juga tu, moga kak ngah and family tabah, teringat aktiviti menjahit beliau dgn dak epal

    BalasPadam
  3. Moga Allah permudahkan urusan kakgah lepas ni..

    BalasPadam
  4. syukur... yg penting semua ahli keluargnya selamat

    BalasPadam
  5. syukur semua ahli keluarga kakngah selamat.muga kakngah tabah dgn dugaan ini..

    BalasPadam
  6. simpati kat anak2 yg trauma..mudah2an keluarga ni reda dan tabah dengan dugaan ini

    BalasPadam
  7. semoga ada rezeki lain buat kakngah selepas ni

    BalasPadam
  8. semoga kak ngah kuat hadapi musibah ini .. insyaallahhh
    ada rejeki lain buat mereka sekeluarga

    BalasPadam
  9. Adalah hikmah di sebalik kejadian tu. alhamdulillah sumenye selamat.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com