Malam tadi (13/12/2012), buat pertama kalinya kakcik menikmati hidangan kupang di Moon's Kitchen (klik untuk mengetahui lokasinya). Meskipun sebelum ini kakcik tak pernah ingin cuba untuk menjamah kupang kerana beranggapan ianya tidak sedap, kenyal dan hanyir. Bagaimanapun tanggapan itu lebur sama sekali bila kakcik menjamah hidangan yang disediakan itu. Kalau selalunya, kakcik 'beralah' dengan suami bila melihat dia berselera menikmati sesuatu makanan, tapi tidak malam tadi. Dari 6 biji (?) kupang yang dihidangkan, kakcik pastikan kami mendapat bahagian yang sama banyak.
Malangnya tidak seperti selalu, malam tadi kakcik tidak membawa kamera bersama. Gambar yang diambil menggunakan telefon tak berapa nak cerdik kakcik pula tidak menjadi. :(
gambar dari : amadeusbistro.com.my (Kupang yang kakcik makan malam tadi ada keju yang sedap) |
Sekiranya kawan-kawan ingin menikmati hidangan kupang seperti yang kakcik makan itu dan lain-lain hidangan barat seperti chicken chop, beef steak, spaghetti bolognaise dan lain-lain yang dijamin sedap, silalah berkunjung ke Moon's Kitchen yang terletak di : Medan Selera Jalan Pandan Indah 3/2C (tidak jauh/ berhadapan dengan SMK Pandan Indah, Ampang).
Nanti sekiranya ada rezeki masa, saya nak ke sana la try kupang tu..
BalasPadamKita pergi makan sama2, ya...
PadamNak ikut. Hehe. Tetiba menyibuk.
Padamsedap ye kakcik, tak penah makan jugak ni, sebab tak adventure bab2 makan
BalasPadamsalam...
BalasPadamsaya memang suka kupang....
memang enak..
Mesti ramai pengemar kupang dtg ke sini.
BalasPadamSedapnyaa plak tgk masakan kupang tuh kakcik.. :)
BalasPadamtak pernah makan benda2 bercengkerang hehe...
BalasPadamTak pernah makan. Tapi bila tgk yg ni mcm nak cuba pula ☺☺
BalasPadamNyam...baru citer pasal nak turun berat tadi Kak Chik
BalasPadamada kesempatan esok leh la sggh moon kitchen ni.cam sedap je.
BalasPadamBolehlah ajak kakcik sekali, hehehe...
PadamKupang ni kalau kat JB, mmg famous buat masak sambal..hihihih
BalasPadamjauhnya akak nak jalan ke sana tu Kakcik Seroja syang nampak gaya kena korek resepi dan buat sendiri lah ni tk sanggup nak naik belon haha
BalasPadamnampak sedap...harap2 sedap betul lah..ya...=)
BalasPadamMemang sedap (bagi yang menggemarinya la) :)
PadamSalam Kak Cik,
BalasPadamnisah tak pernah makan kupang ni..
asyik tengok kat Tv je..
bile tgk gambar di atas, terasa macam nak cari je.. :)
kakcik, saya memang takut nak makan tambah2 bila teringat cerita mr bean termakan kupang busuk, heee...tapi, cerita kakcik meyakinkan saya untuk mencuba!
BalasPadamalamak.. shima pon mcm kakcik tak berapa gemor mkn kupang.. :))
BalasPadamSalam kakcik
BalasPadam...biasa makan sambal kupang tapi kalau nakkan kelainan harus dicuba ni.
uishh meanrik lah kak ...
BalasPadamsedap tak kak ! ... ;)
saya x pernah makan nie ..
salam.
BalasPadamRasanya kat Johor femes ngan kupang. Dulu masa kecik2 selalu mak hidangkan, skrg agak susah nak dpt. Lepas tu kurag pandai masak..
sedap tu kakchik.
BalasPadamdekat pandan indah....best nih! nak pegi!!!
BalasPadammak saya suka buat sambal kupang..sedappp..
BalasPadammsti sedap tu kakcik, dana mmg penggemar kupang... bile dh tambah cheese msti lg umph
BalasPadammak..takutnya sy nk tgk lama2 gmbr kupang tu..takut teringin.ampang, susah sikit nk pujuk org tu pergi arah2 sana, jem...tp dia suka lala sgt. kalo sy ckp ni lala bercheese ok tak?hahahaha
BalasPadamBoleh juga kot. Kalau nak datang, bagitau mak. Moon's Kitchen ni dekat je dengan rumah mak. Jalan kaki boleh sampai dalam 5-10 minit. :)
Padamsaya pun suka kupang, tp belum pernah lg mkn kupang yg masak ala western macam ni
BalasPadamlama tak makan kupang....buat sambal tumis pun sedap
BalasPadamlame tak mkn kupang..hehehe.
BalasPadamohh..dayah nak pi try lah..tgk kt fb depa pun nmpk sumer sdp sdp..thanks kak , share tempat best..
BalasPadam:)