Kawan-kawan kakcik

Isnin, 31 Disember 2012

Catatan terakhir untuk 2012...

Petang tadi, balik dari 'merayau-rayau' bersama suami, aku terlihat 'sesuatu' sedang merangkak di atas atap tempat letak kereta jiranku. Tempat letak kereta itu terletak betul-betul di bawah pokok mangga yang buahnya telah ramai orang dapat merasa. Aku cakap pada suami 'eh... apa tu? Pontianak ke apa dengan rambut yang mengerbang-ngerbang?'. Celupar mulutku, kan?

Di bawah pokok pula tedapat tiga orang kanak-kanak perempuan. Suamiku memberhentikan kereta dan sebaik menurunkan cermin tingkap, aku bertanya kepada anak-anak itu 'minta dengan siapa nak ambil mangga tu?'. Oh.. Lupa pula. Yang merangkak di atas atap itu adalah perempuan muda yang mengait buah mangga ( ada dua orang rupa-rupanya) dan melemparkan buah ke bawah. Salah seorang kanak-kanak itu menunjuk ke arah rumah jiranku yang kononnya mereka telah meminta kebenaran.

Bila aku bertanya mereka tinggal di mana, pantas mereka menunjukkan ke satu arah di antara deretan rumah yang terdapat di lorong bersebelahan. Dengan petah salah seorng anak itu berkata 'mak saya nak makan mangga, dia BUNTING'. Aku tanya balik ' kalau iya pun nak makan, takkan sampai satu pokok kamu turunkan buahnya?'. Tahu apa jawab budak itu? 'Ramai yang nak makan'. Kemudian kelima-lima mereka tergesa-gesa berlalu pergi. Aku sempat mengeluarkan kamera tapi tak sempat merakam gambar mereka. Bila aku dan suami cuba mencari mereka semula dengan kereta kami dalam tempoh tak sampai pun lima minit, kami gagal mengesan jejak meteka!

Anak siapakah mereka agaknya, ya?

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bila diaorang bercakap sama sendiri, bahasanya agak pelik di pendengaran kakcik!

      Padam
  2. Aduh kak cik...seram pulak saya...siapakan ank2 kecil di siang hari tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin mereka tak terfikir kami ada semalam sebab kan harii kerja? :)

      Padam
  3. mintaklah cara elok.. insyaAllah empunya pokok akan bagi.. tapi.. takkan ibu atau ayah tak boleh mintak sendiri kalau teringin sangat..?

    BalasPadam
  4. hahaha.. ingatkan pontianak.. tp rasanya boleh je kalau minta izin.janganlah curi macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh minta, kalau nak. Dulu pun ada satu keluarga datang malam2 naik unser ambil buah tu. yang perempuan, siap gosok2 perutnya ( dia mengandung) tapi tak cakap apa2 dengan kami...

      Padam
  5. aduiii kalau nak minta izin kan lagi bagus, nak meniaga ke apa diorg tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah Aju... Mungkin dah jadi kebiasaan kot...

      Padam
  6. selamba aje derang nih.....alasan pun mcm2 gak kan!

    BalasPadam
  7. kecik2 dah 'ambik' mangga jiran ye...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com