Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 November 2012

Tolonglah...


kalau kamu hendak menipu
janganlah dilibatkan namaku
tak sanggupku di soal bertalu-talu
sedangkan jawapannya memang ku tak tahu

dosaku sendiri sudah terlalu banyak
janganlah lagi di pundakku beban kau henyak
hendak menasihati aku bukan orang yang layak
kerana ternyata kau orang yang bijak

saat gembira semuanya kau lupa
segala yang telah terjadi tak kau ingat juga
aku tahu aku bukan sesiapa
tapi kerana sayang ingin kuberpesan juga

'hidup kita ini hanya sementara,
akhirnya kita ke sana juga
mahu atau tidak benci atau suka
tiada yang dapat menghalang bila tiba waktunya

kian singkat waktu yang kita ada
usahlah terlalu bersukaria
kawan yang baik bukan yang hanya tahu mengiya
sedangkan salah kita tak ingin dibetulkannya'

33 ulasan:

  1. sabar la kak... manusia macam macam perangai...

    BalasPadam
  2. rencah hidup...semoga akk dapat mengatasinya....

    BalasPadam
  3. Serahkan semuanya pada yang Esa... Insya Allah..semua kita akan terima dengan terbuka.. :D..semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua...

    BalasPadam
  4. as salam

    susah sikit kalau bab2 kawan ni..papehei pun sabar ye kak, saya pun tak jelas situasi nya camne..saya doakan yang terbaik utk akak..

    BalasPadam
  5. kita sentiasa akan diuji semoga kita tabah menhadapi setiap rintangan dan dugaan bebekalkan kecekalan

    BalasPadam
  6. Semoga kita dihadirkan kawan2 yang baik dan membantu ......

    BalasPadam
  7. respek la kakcik.. luahkan rasa hati dengan cukup berhemah.. tanpa mengguris sesapa..

    BalasPadam
  8. harap yg makan cili terasa
    atas segala luahan rasa
    ubahlah perangai dengan segera
    hidup kita sementara saja

    BalasPadam
  9. bukan senang nak jaga hati semua orang. orang tak nak jaga hati kita pun

    BalasPadam
  10. kakcik selalu banyak idea nak berpantun.
    apa2 pun sabar ya kakcik...ragam manusia.
    kawan dan sahabat yang boleh menegur kita bila salah memang susah nak dicari...sebab perlukan keikhlasan. kalau yang suka memuji, suka mengiya ni memang ramai...

    BalasPadam
  11. sabar ye kak..allah bersama ngan org yang sabar..SA pun tgh di landa masalah...

    BalasPadam
  12. dugaan dlm setiap insan dlm kehidupan yg singkat ini..

    BalasPadam
  13. Cool gila puisi ni Kakcik. Kakcik punya bakat dlm berpuisi. Sy suka.

    Walau apapun, sy faham apa yg Kakcik sampaikan. Manusia yang lemah adalah manusia yang terlalu bersikap defensif pada diri sendiri.

    BalasPadam
  14. sbr ye kakcik, selalunyer mmg camtu, bile ada bt salah pandai je nk cari jln u tk lepaskan diri sndiri...

    BalasPadam
  15. banyak org banyak ragam.. tapi bila kita turut terbabit, sedikit sebanyak pastilah hati terasa sakit..

    BalasPadam
  16. saba ye kak.. Allah nak duga la tu.. moga dpt lebih pahala.. hehheh.. =D

    BalasPadam
  17. ragam manusia..kadang2 serba salah kita dibuatnya..sabar ye mak

    BalasPadam
  18. saya berharap agar kak cik terus bersabar dengan dugaan ni ye..

    BalasPadam
  19. kenapa nih kak cik?

    ermm..sabar la ye..

    dayah nak komen lebih lebih pun tak berani..
    tak tau hujung pangkal ceritanya..

    :)
    apa apa pun kak cik sabar ye..

    BalasPadam
  20. sabar kakchik...Allah maha menguji..jangan penah berhenti bedoa

    BalasPadam
  21. begitulah ujian yg perlu kita tempuhi..sabarlah wahai kanda.....

    BalasPadam
  22. tak berani nak kata lebih2... sabar jer lah akak

    BalasPadam
  23. puitis gitu Kakcik!!begitulah kehidupan..

    BalasPadam
  24. dia nak beri pahala free kat kakcik tu...

    BalasPadam
  25. Hidup ini sentiasa diuji...

    Apa pun kakcik mmg berbakat...Orang2 lama ni mmg punya idea yg segar... pandai menyusun kata...

    BalasPadam
  26. 'kawan yang baik bukan yang hanya tahu mengiya
    sedangkan salah kita tak ingin dibetulkannya'

    akak..cara nie saya pernah guna..tp jenis orang yg tak boleh terima teguran, susah pula saya dibuatnya..hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com