Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 November 2012

Tidak akan ada lagi pesanan dan ingatan darinya...

Kepada yang mengikuti blog kakcik ini, sesekali pada hari Jumaat pasti perasan kakcik ada menyelitkan petikan mutiara kata dari Al Quran atau Hadis yang dikirimkan oleh seorang sahabat.

Kakcik telah 'mengenali' sahabat tersebut untuk lebih 30 tahun lalu.  Uniknya, kami tidak pernah bertemu tapi pernah beberapa kali berbual di talian.  Kami juga pernah kerap berutus surat di zaman remaja kami.  Perhubungan kami terputus untuk beberapa tahun tanpa sebab.  Suatu hari, kakcik telah dapat menghubunginya kembali tampa diduga.

Sejak itu, dia rajin mengirimkan pesanan-pesanan buat kakcik pada setiap Jumaat. Hari ini yang kebetulannya hari Jumaat, kakcik menerima sms dari nombor telefon bimbitnya. Satu pesanan yang ringkas dan di luar dari kebiasaan.  Pesanan yang kakcik terima pada jam 3:47 itu ... 'Salam, ayah mninggal' (memang begitu ejaan yang kakcik terima).  Sms berkenaan dihantar oleh anaknya.  Sahabat kakcik telah dipanggil kembali oleh Maha Pencipta pada jam 2:20 petang tadi.

Kakcik memang mengetahui bahawa sahabat kakcik itu menghidapi pelbagai penyakit dan hospital telah menjadi rumah keduanya.  Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengampunkan segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan roh mereka yang beriman dan beramal soleh.  Al Fatihah buat sahabat kakcik Allahyarham Mastam bin Mujiman.

12 ulasan:

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com