Kawan-kawan kakcik

Rabu, 28 November 2012

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN

Catatan ini adalah satu sumbangan kecil kakcik sebagai memenuhi harapan seorang kenalan yang memohon agar dapat diwar-warkan tentang keperluan Maahad Tahfiz ini.  Semoga ada di antara pembaca blog kerdil kakcik ini bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan sekadar mampu seikhlas hati ...


Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan rendah hati memohon kesudian Dato/Datin/Tuan/Puan dan kaum muslimin & muslimat untuk menyumbang dana bagi keperluan Maahad Tahfiz Darul Hafidzin (MTDH) dan pelajar-pelajar serta pembinaan rumah guru.

Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun:-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 1209 2010 0320 10

Nama : PUSAT TAHFIZ AL-QURAN DARUL HAFIDZIN

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”

(Surah Al-Baqarah ayat 261)


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ustaz Ashaari Al-Hafiz (019-695 2099)

Tuan Haji Mohd Salleh (012-267 3436)

Ustaz Wan Hairul Annuar (010-6365443)

Ustazah Nadhrah Mizra (017-2541077)




Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang,
42100 , Klang, Selangor Darul Ehsan.

Cawangan : No. 48, Jalan Cempaka, Taman Desa Raya,
Batu 12 ½, 43100Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 019-6952099 / 017-2541077

MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN (MTDH) merupakan sebuah institusi pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) – (BPI 03/05/083). Penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Institusi ini didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah diwakafkan kepada pihak MTDH.


Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri. Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di sekitarnya.


Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahirkan para penghafal Al-Quran yang dianggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW. Ini bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri.

 
SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-

1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal

Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu’ (khatam pertama kali). Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun.

Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.

(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)

Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam hafazan 30 juzu’ Al-Quran, mereka akan meneruskan hafazan di dalam program syahadah. Melalui program ini pelajar dikehendaki mengulangi hafazan dengan membaca sebanyak 10 juzu’ Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu’ Al-Quran secara hafazan selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.

2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i) Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak Islamiah.

(ii) Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan menengah. Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan pelajaran agama Islam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan. Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa Arab.

3. Pendidikan Akademik

(i) Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi professionalisme para pelajar. Ini amat bersesuaian dengan zaman dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini sebagai satu pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). Ia memberi galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii) Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan menengah.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi nombor telefon seperti yang tertera di atas.

Segala sumbangan dan bantuan didahului dengan ucapan syukur dan terima kasih.  Hanya Allah jugalah yang dapat membalas segala kebaikan yang dihulurkan. 

22 ulasan:

  1. kita menderma setakat trmampu..itu sudah cukup utk membantu....InsyaAllah...

    BalasPadam
  2. semoga k.cik mendapat rahmat kern membantu anak2 tahfiz ni

    BalasPadam
  3. Terima kasih Kakcik atas info ni. Rasanya ramai yg ingin menderma ke institusi macam ni tapi tak tahu caranya.

    BalasPadam
  4. trima kasih berkongsi info... inshaa Allah

    BalasPadam
  5. kakcik,
    terima kasih. kebetulan saya tengah cari maklumat maahad tahfiz

    BalasPadam
  6. mudah-mudahan murah rezeki mereka dpt sumbangan.

    BalasPadam
  7. In Shaa Allah...semoga kita sama-sama membantu....

    BalasPadam
  8. In Sya Allah kalau ada kesempatan akan bantu. Thanks kakcik.

    BalasPadam
  9. info..terima kasih..In shaa Allah sama2 bantu

    BalasPadam
  10. Insyaallah kak cik. Sumbangan yang sedikit tetapi sekurang2nya jiwa ramai yang bermurah hati akan jadi banyak.

    BalasPadam
  11. As salam wbt Kakcik,

    Insya'ALLAH, terima kasih kerana sudi kongsi2 pahala! Jazakallah...

    BalasPadam
  12. Semoga mendapat keberkatan pada sesiapa yang menderma

    BalasPadam
  13. semoga mereka mendapat rezeki yg murah...thanks for sharing kakcik

    BalasPadam
  14. Saya ada pasang niat untuk menghantar anak saya kelak ke pusat tahfiz, insyaAllah, moga di permudahkan...Jazakallahu khair..sama sama sebarkan kebaikan

    BalasPadam
  15. Insya-Allah kakcik... moga keluarga kakak diberi kelapanagn utk bersama-sama dlm kebaikan ini. Banyak tu taklah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com