Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 November 2012

Anak derhaka...


bila hal begini terjadi
mulalah tertanya pada diri sendiri
salahkah didikan yang telah diberi
atau ini ujian dari Ilahi

anak yang dibesarkan penuh kasih
kehendaknya diturut walau hati merintih
diajar segalanya sejak pantai bertatih
dibelai dimanja walau diri sendiri menjadi letih

bila kononnya pandai berdikari
semuanya ingin dibuat sendiri
perasaan ibubapa tak lagi dipeduli
yang penting keperluannya dituruti

anak-anak bayangan syurga
akhirnya mengheret ibubapa ke neraka
tidak segan silu menunjukkan wajah mencuka
membenamkan orang tua ke tasik duka


Berita lain :
Maut jatuh bangunan kerana dihalang jumpa kekasih!

31 ulasan:

  1. adehh..dalam cerita dialognya dalam hati ada taman.. ni jadi dalam hati ada syaitan..

    salah asuhan? hmm...

    BalasPadam
  2. Tak berani nak cerita lebih2. Anak masih kecil, diri sendiri pun belum sempurna jaga mak ayah. Na'uzubillah dari berlaku pada diri sendiri. Semoga saya dapat tunaikan kewajipan untuk ibu bapa sesempurna mungkin.

    BalasPadam
  3. Astaqfirullah..
    Wahai anak, sedarilah ibu adalah kunci untuk mu ke syurga..
    Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua..

    BalasPadam
  4. aduii memang xde hati perut..ikut nafsu..sedih:(

    BalasPadam
  5. hebat kakcik mengatur bicara
    tiada cacat tiada salah
    seronok di dunia hanya sementara
    moga dia mendapat hidayah

    BalasPadam
  6. kakak turut merasa terluka
    melihat tingkah anak durhaka
    bukan silap didikan mereka
    tapi anak tak takut neraka

    BalasPadam
  7. sedihnya.
    semoga Allah lembutkan hati dia utk berubah.

    BalasPadam
  8. ..hari jumaat...tak baik doakan org yg buruk2kan kakcik..
    moga anak itu mendapat hidayah utk sedar kesilapannya....
    kita semua pun ada anak..moga boleh dijadikan pengajaran...

    BalasPadam
  9. dunia akhir zaman...yg jelik bkn lagi jadi pelik...

    BalasPadam
  10. anak zaman dulu2 dengan ibu bapa tak angkat muka. Anak zaman sekarang entah apa-apa mungkin arus permodenan tak bertempat kot. Terpengaruh...

    BalasPadam
  11. memang ini anak derhaka kak !
    mohon allah beri kita kekuatan .. sebab kita x tahu akan dtg macam mana .. seperti yg akak cakap
    anak kita menatang seperti minyak yg penuh
    bila tiba masa dia mendurhakai kita pastinya kita akan terkenangkan pernahkah kita membuatkan hati ibu bapa kita dulu seperti apa yg anak2 kita lakukan ..

    jika tidak .. anggap sahaja allah itu menduga kita .. tidak sesekali dia membiarkan umat dia mendiamkan diri merasa lega .. semoga kita kuat kan kak ..

    BalasPadam
  12. Mgkin ibubapa dh cukup asuh..tapi sendiri x nk pikir..huhu
    Semoga Allah lindungi anak2 kita..

    BalasPadam
  13. Nauzubillahiminzalik...jauhkan lah anak-anak kita daripada berperangai sedemikian...

    BalasPadam
  14. Bila nafsu dah menguasai diri....
    Semoga dia insaf......tak bau syurga nanti........

    BalasPadam
  15. paper pun mcm takde tajuk lain nak tulis..
    lagi ditulis..lg banyak kes

    mintak jauh anak2 kita jd cmni

    BalasPadam
  16. menakutkan anak-anak zaman skrg..
    yg jatuh bangunan tu anak jiran opismate ayu.. pagi semalam baru dia berciter.. kesian mak ayah arwah budak tu..

    BalasPadam
  17. Sakitnyer hati baca..
    memang menyakitkan hati...

    BalasPadam
  18. Br status teman wanita tu....minta dijauhkan dr jd i steri yg buat suami derhaka.....

    BalasPadam
  19. mungkin perlu berbalik kepada ajaran agama..
    kalau dah agama tak bersemat dalam hati, iman pulak hilang entah ke mana, begilah jadinya. Anak Lelaki, syurganya tetap di kaki ibu sehingga ke mati ..

    BalasPadam
  20. tanggang zaman moden... pergh.. memang tak patut hidup budak ni

    BalasPadam
  21. allah... dunia akhir zaman.. mohon dijauhkan lah anak2 kite berperangai camni..

    BalasPadam
  22. masya allah. dia tak tahu doa ibu boleh tukarkan dia jadi peti ais?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com