Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 November 2012

18/11/2012 - kakcik tidak berada di Lavender Heights...

... walaupun begitu, hati kakcik tetap teringat kepada mereka yang sedang bergembira di sana ...

Gambar dari blog Acik Erna
Pada waktu yang sama, kakcik bersama suami, anak dan menantu berada di Kuala Lumpur Convention Centre untuk meraikan menantu kakcik yang menerima 'anugerah' atas pencapaiannya.  Walaupun anugerah yang diterimanya itu tidak sehebat mana, untuk pertama kali dia menerimanya, wajar juga kami turut meraikan kerana ibubapa kandungnya tidak dapat hadir bersama.

Bersama bapa mertua yang sporting


Ucapan perasmian oleh Mantan Perdana Menteri -
Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi

Ucapan penuh keibuan dari Tun Jane Abdullah
 yang sangat menyentuh perasaan

Menantu kakcik sedang menerima imbuhannya.
InsyaAllah, pada bulan Mac tahun depan Huda berpeluang
mengikuti rombongan ke New Zealand selama seminggu.

Akhirnya menjamu selera di Kenny Rogers.

Sempat bergambar dengan pengacara majlis - Helmi the Gimmick
sewaktu hendak membuat bayaran letak kereta.

22 ulasan:

  1. tahniah buat anak menantu kakcik..

    saya pun tak pegi.. :(

    BalasPadam
  2. Ohh... patutlah kakak tak nampak kakcik kat gambar Acik Erna. Tahniah buat Huda.

    Anugerah apa tu kakcik. Siapa ada selempang lagi..

    BalasPadam
  3. Tahniah anak menantu dan juga ibubapa mertua

    BalasPadam
  4. Wah, bukan calang2 menantu Kakcik ni.

    =)

    Moga lekas terima cucu ya?

    BalasPadam
  5. Tahniah buat menantu kakcik. Ella pun tak dapat pegi semalam, kakcik.

    BalasPadam
  6. wow! anugerah ape ni mak? tahniah huda :)

    BalasPadam
  7. tahniah bt menantu kak cik..wahh hebat org nya ni..

    BalasPadam
  8. Tahniah,
    Mama memang berharap dpt jumpa KS semalam. hehe yg lain tak kenal kecuali AA.InsyaAalah ada rezeki kta jumpa. Nanti tgk kat blog mama ya.

    BalasPadam
  9. Tahniah buat menantu kakcik...mesti dia seronok MIL, FIL semua datang meraikan sama...

    BalasPadam
  10. tahniah buat Huda, SA pun x dpt nak join semalam..Cousin bertunang...

    BalasPadam
  11. Tahniah!!!

    kakcik ikut tak nanti gi NZ?

    BalasPadam
  12. lavender height tu rmh sape kakcik? dekat dgn tmpt sy tuh..

    btw tahniah!

    BalasPadam
  13. tahniah tuk kakcik nga ank dan mennatu....=)

    BalasPadam
  14. tahniah kakcik.. kejayaan anak menantu adalah kejayaan mak ayah jugak kan...walaupun mak ayah mertua..

    BalasPadam
  15. tahniah juga kawan2 yang bergathering di rumah pak ngah.. len kali ada rezeki kita berkumpul lagi..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com