Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 6 Oktober 2012

Nak berpantun sekejap di waktu rehat...

Makan laksa di Langkasuka
Kuah dibuat dari tenggiri
Jangan dipaksa kalau tak suka
Kelak merana jiwa sendiri


Mengait kelapa di Kuala Tahan
Dalam gua banyak kelawar
Sakit kepala tidak tertahan
Biji mata rasa nak keluar


Aduhaiiii...

19 ulasan:

  1. berpantun pulak kakcik hari ni... nak jawab tak reti... hu hu hu...

    BalasPadam
  2. Kakcik, lepas ni nak mendengar Kakcik bersyair pulak la..

    BalasPadam
  3. Minum milo badan pun sihat
    jangan lupa bersenam juga
    Hujung minggu waktu istirahat
    Tenangkan fikiran lapangkan dada

    Have a nice weekend kakcik ;)

    BalasPadam
  4. kakcik elok benor berpantu tu jom join ni

    http://www.mialiana.com/2012/10/segmenmariberpantun.html

    BalasPadam
  5. idea tak mari pulak nak jwb pantun kakcik ni.bawak2 rehat kakcik..sampai biji mata rasa nk keluar parah tu...

    BalasPadam
  6. try test balas pantun jugak ye kakcik..

    bawabg besar
    bawang kecik
    bijik mata nak terkeluar
    kesian kakcik

    leh la eh kakcik..

    BalasPadam
  7. biji mata rasa nak terkeluar,
    titiklah dengan eye mo,
    jangan sampai melimpah keluar,
    tak mo tak mo tak mo

    BalasPadam
  8. waa dah jadi laman berpantun pulak ye....menghidupkan budaya melayu

    BalasPadam
  9. sakit kepala tidak tertahan
    biji mata rasa nak terkeluar
    issh...memang sakit tak menahan
    sampai sanggup tahan laparr...


    hai salam kenal kak...izan folo cni juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best2 makin banyak rakan yang mama kenal disini

      Padam
  10. Kalau haus buat air Milo
    Pi tido...

    hehehehehe

    BalasPadam
  11. Pandai kak cik pantun yer!Nak tunggu kak cik buat pantun untuk bulan bahasa pulak.hehehe...

    BalasPadam
  12. indahnya bahasa bila berpantun.

    BalasPadam
  13. Sungai Tahan airnya merah,
    Amat deras walaupun cangkat,
    usaha dan sabarlah menerima mehnah,
    baru sedikit berbanding di akhirat.

    BalasPadam
  14. Bawang besaq bawang kecik,

    Awat kak cik?

    BalasPadam
  15. Byk2kan berehat ye kakcik.. jgn stress2 okey..

    BalasPadam
  16. jangan stress.. harap kak cik dah ok hr ni

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com