Kawan-kawan kakcik

Ahad, 14 Oktober 2012

Kisah orang besar orang kecil lagi...

Dulu pantunnya di sini ... 

Hari ini tiba-tiba rasa nak sambung sikit...

Anak kancil mencari ibu
Sesat barat di dalam hutan
Orang kecil mencuri susu
Setahun penjara ditambah sebatan

Puncak gunung nampak berdebu
Rupanya kabus di Gunung Tahan
Orang besar kebas berjuta ribu
Ke sana ke sini tak siapa tahan

Ayam kecil dijadikan denak
Umpan diletak tepian halaman
Orang kecil memukul anak
Bicara sekejap jatuh hukuman

Pergi ke pasar membeli dedak
Hendak diberi kepada besan
Orang besar mencabul budak
Bicara bertahun tiada kepeutusan

15 ulasan:

  1. tengah pikir nak jawab pantun kak cik ')

    BalasPadam
  2. assalammualaikum kakcik,

    pantun penuh makna nih..

    BalasPadam
  3. pantun sensitif ni..bilakah semuanya akan berakhir..hurmm

    BalasPadam
  4. itulah hakikat skrg nie
    payah nak cerita payah nak cakap
    buat x tahu sakit disana sakit disini
    bila disingkap banyak orang yg sentap !

    ahahah aci dok jawab gituu kak ... lalalala
    sakit ati nieee ;))

    BalasPadam
  5. Bila kebatilan beraja di hati yang hak dipandang sepi...... TAKBIR..!

    BalasPadam
  6. pantun yg tersirat dan tersurat..
    dunia...dunia...dunia..

    BalasPadam
  7. Lainkan org kecik dan orang besar...
    kakcik..kita berangan nak jadik org besar..tpi belum dapat..

    BalasPadam
  8. pandai kak cik pantun...
    nak kena balas x ni hehehehe

    BalasPadam
  9. ada jurang antara orang besar dan orang kecil.. (memang tak disangkalkan..)

    psstt: dah habis gosok baju ke kakck.. ;)

    BalasPadam
  10. hihi...suka suka
    pandai kakcik berpantun
    mendalammmm ni kak

    BalasPadam
  11. tak boleh saya nak menjual beli pantun dengan kak cik..power betul kak cik

    BalasPadam
  12. alaaa kak..saya kurang pandai berpantun mantun ni....huhuhuhu

    BalasPadam
  13. Biaso lah kak....org besau...kat sini je lah....kat sana nanti....siap lah.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com