Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 September 2012

Marilah bersama kita bantu anak kecil ini untuk bernafas dengan lebih selesa...

Panjang tajuk catatan kakcik kali ini, kan?  Semata-mata agar maksudnya sampai...

An-Nur (2 bulan lalu)

An-Nur (sekarang)
Gambar-gambar di atas kakcik ambil tanpa izin dari blog ayah An-Nur DI SINI.  Ayah An-Nur sekarang bercuti tanpa gaji untuk tujuan memberikan perhatian dan rawatan kepada An-Nur.  Kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak kembali bekerja selepas tempoh cutinya selama 70 hari telah pun berlalu.

Alasan ayah An-Nur : Menumpukan dan berusaha agar keadaan An-Nur lebih baik. Tulang belakang membengkok dan menekan paru-paru inilah punca An-Nur selalu sakit masuk wad.  Itulah pengorbanan seorang ayah.  Sebelum ini, kakak An-Nur, iaitu Annisa telahpun kembali ke rahmatullah sebelum sempat menerima rawatan seperti yang diberi kepada An-Nur.  Sekiranya ada rasa belas di hati kita dan ada sedikit kemampuan, marilah kita membantu ayah dan ibu An-Nur untuk memberikan yang terbaik buat anak kecil itu.

Kakcik tiada nombor akaun bank atau nombor telefon keluarga ini.  Sekiranya ada yang bermurah hati dan sudi membantu, mungkin boleh bertanya sendiri di blog ayah An-Nur.


18 ulasan:

  1. Ya! allah...kesiannya. Sedih lah klo baca kisah2 mcm nih.

    BalasPadam
  2. Semoga ada yg sudi membantu. KZ harap majikan ayah An-Nur tidak mengenakan tindakan ke atasnya atas dasar perikemanusiaan.

    BalasPadam
  3. Semoga an nur cepat baik hendaknya....kesian tgk anak kecil ni...

    BalasPadam
  4. semoga adik an nur tabah hadapi sakitnya itu.

    BalasPadam
  5. Insya'allah...

    semoga si kecil ini beransur sembuh hendaknya

    BalasPadam
  6. tulang blakang die bengkok.. harap cepat la dapat tindakan susulan..

    BalasPadam
  7. Insyaallah....

    Sama2 kita membantu.......

    BalasPadam
  8. moga adik tu cepat sembuh & doakan yg terbaik utk beliau!

    BalasPadam
  9. Ya Allah kak cik besarnya dugaan utk anak kecil ni dan familynya....sebak wani tgk kak cik...semoga dipermudahkan segala urusan mereka...

    BalasPadam
  10. Semoga Allah memberikan yang terbaik kepada mereka sekeluarga.

    BalasPadam
  11. Dugaan bg mereka..moga dipermudahkan segalanya

    BalasPadam
  12. Moga Adik dapat rawatan & perhatian dari professional & cepat sembuh

    amin...

    BalasPadam
  13. alamak, nape ayah adik tu tak minta sambung cuti? kalau kena tindakann atau kena buang nanti susah nak minta keje balik. saya doakan adik an-nur segera sembuh dan ayah nya pula dapat bekerja seperti sedia kala.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com