Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 8 September 2012

Bertemu Abil dan Gee...


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT akhirnya kakcik, suami dan anak-anak dapat juga bertemu dengan Abil dan Gee di kediaman mereka di Taman Sri Putih, Seremban.

Abil sedang meluahkan isi hatinya dan kakcik hanya menjadi pendengar
  yang cuba memahami. Tapi seberat mana telinga mendengar,

 berat lagi hati yang menanggung.

Tabahnya Abil melayan isteri kesayangannya.

Agaknya kalau kakcik di tempat Gee, adakah suami kakcik akan setabah Abil?

Walaupun mata Gee kelihatan terbuka, sebenarnya beliau tak nampak apa-apa.

Abil kata dia belum mandi.  Kakcik tanya, bau dia boleh keluar kat gambar tak?

Dua lelaki di belakang itu kalau ditimbang mungkin sama berat
dengan kakcik seorang!


Pesan Abil, kalau ada rasa simpati dan kasihan kawan-kawan terhadap beliau dan isteri, tolonglah doakan Fauziah binti Siti Esah.  Semoga Allah mengembalikan kesihatan yang baik buat Gee.  InsyaAllah.

10 ulasan:

  1. Ya Allah, beratnya dugaan yg kau berikan pada mereka... mudahan kau pulihkan dia seperti manusia biasa...
    kalau saya pergi melawat, berjurai2 air mata keluar....

    BalasPadam
  2. aduhhh betul kata akk
    berat mata memandang , berat bahu memikul
    memang abil suami yg baik dan setia
    terharu sejak mula mengenali mereka ..
    semoga gee tabah
    seandainya gee sedar betapa kasihnya abil padanya ..
    memang tersentuh jiwa

    kalaulah dpt jumpe mereka berdua jua ..

    BalasPadam
  3. insya Allah kak, saya doakan moga isteri beliau cepat sembuh dan mereka bahagia selalu..aamiin

    BalasPadam
  4. Tharu saya baca, boleh ke suami saya buat cmni...hurmmm

    BalasPadam
  5. Amboii cepatnya up date kakcik ni...nanti saya celok gambar dari sini yea kakcik...kakcik, tq sudi ziarah saya n Gee tadi..tq very2 much...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik...kesian nyer kasih sayang seorang suami pd isterinya...:(

    BalasPadam
  7. betul tu kak, boleh ke suami kita layan kita camtu kalo kita sakit...terpkir pkir gak ni

    BalasPadam
  8. diberi kesempatan jugak berjumpa ye kakcik.

    BalasPadam
  9. Insyaallah. Abg mus juga sebaik Abil. Tgklah setianya beliau membawa Kakcik ke mana2. Teringin juga menjengah Abg Abil n Kak Gee neh..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com