Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 September 2012

Bermain dengan katakunci...


Abil di MHI telah menelefon kak cik seroja.  Tujuannya hanya untuk meminta dituliskan warkah buat isteri. Dalam warkah itu tuliskan permintaan supaya dimasakkan beras royal cook bernas.  Setelah masak, jangan lupa hantarkan ke rumah kakcik nur seroja yang dari pagi menyelak akhbar harian metro untuk mencari resepi kerana masih tak tahu lagi arini masak apa. Sibuk menyelak akhbar, kakcik terlupa menyediakan bagasi untuk kapalterbang mas. Bagasi itu perlu kerana ada isteri yang sedang berangan hendak cerai kan suami!. Bagi menyejukkan hatinya, kakcik telah menumpukan perhatiannya kepada gambar ais yang terpapar di hadapan matanya.

Hahaha... kalau cikgu Bahasa Melayu kakcik baca karangan ini mahu dia pengsan dan sedar berkali-kali sebab tak tahu hujung pangkal cerita...

Gambar kampit beras Royal Cook itu tiada dalam simpanan kakcik, tapi ianya lebihkurang sama dengan beras Mithas ini :


kering ditangkai si bunga kantan
semut merah tumpang berlari
sendiri sunyi tidak dihiraukan
semakin parah luka di hati

bunga kantan tiga serangkai
satu terlindung tidak kelihatan
rahsia terpendam usah dirungkai
kelak terdedah segala keburukan

22 ulasan:

  1. wah pandainya berpantun...zie plak fail lah kakcik

    BalasPadam
  2. dah lama tak buat ayat guna kata kunci cenggitu.. ;)
    dah hilang skill rasanya..

    BalasPadam
  3. x pernah ada skill ni la..tp sgt suka...kakcik bg idea bernas la..tp not now..nak kena la fikir kan..dah lama x buat benda2 mcm ni...

    BalasPadam
  4. wah..hebatnya kakcik berpantun siap boleh guna idea dari kata kunci carian lagi tu..

    BalasPadam
  5. Bila nak makan laksa kedah
    Bunga kantan diracik2
    Terasa sedap menjilat jari
    wah wah wah
    Memang pantun terbaiklah kakcik
    he he he

    BalasPadam
  6. Kakcik... hahaha... mula-mula saya dah terpecaya. Abil call kakcik mesti sbb nak ucap tima kasih pasal dah siarkan pasal dia. Tetiba bila baca lagi... ohh... tertipu.

    BalasPadam
  7. sampai hati isteri nak ceraikan suami..hehehe...

    BalasPadam
  8. pandang kat kata kunci tu hanya menambah rasa demam dalam diri ini.....tak kuasa! haha...tppart isteri nak ceraikan suami tu mampu membesarkan celik mata ini...hihihi..

    BalasPadam
  9. sampai hati isteri tu ye nak ceraikan suaminya :)

    BalasPadam
  10. Wah...kretif lah kakcik. Sengih² saya baca ☺☺

    BalasPadam
  11. Bunga kantan di buat laksa
    Di bawa bekal ke tanah jawa
    Buat apa memendam rasa
    Jika ia merosak jiwa

    Tak ada kena mengena langsung dengan pantun Kak Cik tapi nak jugak letak bunga kantan tu...ehehhee...

    BalasPadam
  12. memang kena karangan kakcik...siap berpantun lagi :)

    BalasPadam
  13. Wahhh...mmg pening baca karangan tu.....

    BalasPadam
  14. khik3...ingatkan apa tadi...tp mmg kretif la leh lak cantumkan ayat..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com