Kawan-kawan kakcik

Ahad, 16 September 2012

14/9/2012 - Singgah sebentar di kampung...

Dalam perjalanan ke Kepala Batas, kami singgah sebentar di kampung asal kakcik ...

Pandangan yang menarik perhatian

Stesen keretapi Kuala Kangsar dalam pembinaan semula.

Singgah sebentar di pusara bonda

Rumah kakcik terletak berhampiran Klinik Desa Kampung Loh ini.

Setiap kali melihat rumah ini, hati kakcik jadi sayu.

Sungguh 'patriotik' penyewa rumah ini.

Pokok limau kasturi ini lebih tua usianya dari Budak Sepet tapi
tak pernah berhenti mengeluarkan buah yang banyak.

Terkejut kakcik melihat rumah sepupu kakcik yang telah bertahun-tahun
terbiar, tiba-tiba ada penghuni. Sepasang suami-isteri berasal dari Pattani.

Mereka menggunakan bekalan air dan letrik yang diambil dari rumah kakcik.

Suami kakcik sempat berbual sekejap dengan lelaki Pattani itu.

Belakang rumah kakcik yang dah jadi tempat ternakan ayam. :(

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah .....rumah pusaka terjaga ......

    Nampak......mcm kg kak cik ni mendamaikan.....

    BalasPadam
  2. Wahhh masih cantik kukuh rumah kampung KakCik. Bagus penyewa tu jaga dengan baik sekali.

    BalasPadam
  3. ske tengok design rumah kg mcm ni,,jarang2 dah ada...sekurang2 nya terjaga kan kak cik

    BalasPadam
  4. moga penyewa tu tak rosakkan keadaan asal kawasan rumah tu.. ;)

    BalasPadam
  5. haa sekurang2nya rumah tu terjaga ..
    kalau terbiar takut rosak kan ;)

    BalasPadam
  6. rupe-rupe nyer kakcik ni orang 'kuale'... heheheh...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com