Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Aidil Fitri untuk semua yang singgah di sini...

TV LG LED 42inci hadiah dari Along.
Manfaatkan dengan menonton dan mendengar tazkirah.


belatuk selsema di pohon kuini
mencari ulat untuk dimakan
untuk semua yang singgah di sini
Salam Aidil Fitri kakcik ucapkan

kertas pendua dibuat pengelap
sungguh sayang tidak digunakan
atas semua salah dan silap
ampun dan maaf kakcik pohonkan

makan kuih sampai mengkelan
air diminum tidak tertelan
amalan mulia selama sebulan
di hari ini jangan disia-siakan


Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin 

Hadiah untuk diri sendiri

sebab tak ada kampung nak dikunjungi, baik saya sambung tidur! :(

16 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

    BalasPadam
  2. Salam Aidul Fitri Kak Cik

    Moga amalan kita diterima oleh Allah

    lawa kasut kak cik tu

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya kakcik......wah...dpt tv baru:-)

    BalasPadam
  4. Wuaaa Kakcik dapat hadiahhhh...! Suker! Suker! saya tengok mata terbulat. hahahaha

    Selamat beraya Kakcik!

    BalasPadam
  5. selamat hari raya juga daripada saya.. maaf zahir dan batin..

    BalasPadam
  6. Salam Eid. Cantikkkks kasut itu Swiss Polo. Bila nak wat gathering Raya? Nak join.... Maaf Zahir batin.

    BalasPadam
  7. selamat hari raya kakcik n family... beruntung dpt hadiah besooo dr along... cantik kasut raya tu... sesuai ngn kakcik

    BalasPadam
  8. 42 henciii tu kakcik..puas layan citer raya ;)

    BalasPadam
  9. alhamdulillahh
    rejeki dari anak2 .. bila lagi kan akk
    raya2 nie lahh ;))

    BalasPadam
  10. Wah..ltejeki dr ank ank....rietta pown thn nie hafiahkan utk diri sndiri....hehehe...

    BalasPadam
  11. salam aidilfitri kak cik..seronoknya kak cik..42 inci..puas hati tengok tv...kalau acik pun suka tu

    BalasPadam
  12. murah rezeki Along :)

    Selamat hari raya mak! ada kat sini ke? cheras kan? eh mcm salah je...hihi

    BalasPadam
  13. Tadi ziarah makabah mertua di Taman Buah Pala. Esok balik kampung ziarah mak di Ipoh.

    Tahun ni tak beli pakaian baru. Kami suami isteri pakai baju lama jer tapi tetap gembira!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com