Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 18 Ogos 2012

Jalan-jalan di pagi Sabtu...

Tarikh : 18/08/2012 = 29/Ramadhan/1433
Waktu : 6.50 pagi hingga 9.00 pagi

Mula-mula kami (kakcik dan suami) ke Pasar Chow Kit.  Di sini, kakcik hanya turun untuk membeli 3 ikat pucuk paku dan sekilo santan segar.  Teringat sewaktu mak dan pak masih ada dulu, kakcik dan adik atau adik ipar akan ke Pasar Kuala Kangsar seusai solat Subuh untuk berbaris selama berjam-jam bagi membeli beberapa kilo santan sehari sebelum hari raya.

langit merah yang menarik perhatian kakcik

Kemudian kami meneruskan perjalanan menyusuri jalan-jalan di Kuala Lumpur yang telah mula lengang...
Jalan Sultan Ismail

Jalan Ampang

Jalan Tun Razak

Jalan Lingkaran Tengah Dua

Memasuki Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) sebenarnya kami telah menghampiri rumah sendiri, tapi kami tidak terus balik.
di jalan menuju ke Hulu Langat, kami singgah di gerai menjual daging.
Tengoklah pakcik tu, selamba dengan baju tidurnya!. Tapi daging di sini

telah habis ditempah pelanggan.

Melalui Pasar Tasik Tambahan.  Ramainya orang...

Jalan Ampang - Hulu Langat.

Masih di jalan yang sama.

Sebenarnya kakcik hendak merakam gambar kabus (atau sebenarnya
asap tebal akibat pembakaran sampah?),  tapi hanya gambar sebegini

yang terakam. :(

Jalan-jalan sampai ke sini.  Asap itu adalah dari aliran air panas di Dusun Tua.

Kolam air panas.  Memandangkan tiada orang lain, suami mengajak
kakcik turun dari kereta untuk merendam kaki di situ.


'Ada aku kisah berbaju tidur?'

Nanti jadi kontroversi macam 'kaki Yuna' pulak!

Selepas lebihkurang 20 minit, perjalanan di teruskan. Suasana sekitar
masih kelihatan berkabus.

Ramai orang menjual daging di Ampang Water Front.  Ramai juga
pembeli dan bakal pembeli berkerumun di situ.

Suami kakcik kata (kakcik tak turun pun), walaupun yang tergantung
itu adalah daging segar tempatan, tapi ternampak juga bungkusan plastik

di belakang gerai.  Mungkinkah ada daging import dicampur bersama?
Wallahhuaklam!

14 ulasan:

  1. salam kakcik..sempat lagi meronda2 ye.nmpaknya sume jln dah lengang..tentunya warga kota dah selamat sampai ke kg halaman..
    selamat hari raya..maaf zahir dan batin dr saya buat kakcik sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Ieja.

      Kakcik beraya di KL je, itu yang tak kisah nak buat persiapan balik kampung. :)

      Selamat hari raya juga dari kakcik buat Ieja sekeluarga. Berhati-hatilah dan semoga selamat walau di mana juga berada. :)

      Padam
  2. Assalamualaikum Kak Cik

    seronoknya jala2 kalau jala lengang macam tu...



    Moga amalan kita diterima oleh Allah

    BalasPadam
  3. Saya ke Pasar Pudu jam 7.30pg tadi jalan lengang juga. Tapi pasar sendat berlanggar bahu. Semua cari daging dn ayam. Saya cuma beli ayam jer dgn santan jer...

    yang best, jalan raya memang dah sunyi dah...

    BalasPadam
  4. hahaha. susah nak dapat keadaaan lenggang macam tu kat kl kan..hehehe

    BalasPadam
  5. lengang betul kan kakcik jalanraya...
    wah, sempat lagi kakcik & abg bob gi kolam air panas..abg bon dgn pijama lagi..ahahahaha..

    salam aidilfitri ya kakcik...maaf zahir batin

    BalasPadam
  6. Slmt hari raya kakcik
    Maaf zahir batin :)

    BalasPadam
  7. Seronoknya.. Jalan lengang. Senang nk jln2 kan kak cik :)
    Selamat hari raya, maaf zahir batin buat kakcik sekeluarga

    BalasPadam
  8. perghhh,kl lengang..hehe...ronda2 syok nih...
    (tapi elak masuk jalan TAR area la..)

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya Eidulfitri buat Kakcik & Keluarga.

    --mr Bob berambut baru raya nampaknya. hiks

    BalasPadam
  10. walaupun dah kosong tapi akibat keletihan mengemas rumah, langsung tak fikir nak keluar jalan-jalan..

    BalasPadam
  11. selamat hariraya maaf zahir bathin makkcik tuu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com