sudah cukup bangga
bila dapat berkasut BATA
berbaju baru walaupun ala boria
dapat pula sekupang dua
dari mereka yang murah hatinya
bila sudah meningkat remaja
bersama kawan-kawan bersukaria
setakat berjalan ke rumah guru sahaja
balik ke rumah sebelum senja
tengok wayang di hari raya
jangan harap pergi bersama rakan sebaya
pastinya bersama ibu tidaklah segan pula
janji dapat keluar dari desa
anak-anak sekarang??
semoga tetap 'menjadi anak kita'
yang tidak mendahulukan kawan-kawan
berbanding ibubapa mereka
ngeri rasanya membaca pelbagai kisah
yang di luar jangkauan pemikiran
berlaku di sekeliling kita
berlaku di sekeliling kita
manisnya kenangan raya suatu ketika dulu
BalasPadamselamat hari raya kakcik
raya masa zaman kanak2 jugak yang best kan kakcik :)
BalasPadamSewaktu kecil Dahulu bila beraya
BalasPadamKasut Bata pun ayah tak mampu beli
beraya hanya berselipar sahaja
Tapi hati tetap gembira
Anak2 sekarang baju ada jenama
Pandai pula memilih apa yg mereka suka
Mak Ayah lah yg tak berbaju baru segala
Janji keperluan anak2 terlaksana
Semoga Anak2 kita tidak meminggirkan kita nnt kan kakcik...
Selamat hari raya buat kakcik & family.
BalasPadamitu la ragam anak2 sekarang..dulu beraya dari diri sendiri ke adik bongsu semua kain kapas kaler dan corak sama..kasut pun...la ni...kasut kena sama ngan kaler baju..kalau 5 pasang baju..x kan 5 pasang kasut kan...anak2..
BalasPadamsemoga anak2 kita sentiasa di lindungi
BalasPadamdan x lupa akan semua ajaran kita kan akk ;)
Batul tu kak. saya pun risau dengan anak anak zaman sekarang ni. suka bangkang cakap mak ayah. mintak mintak dijauhkan lah ye.
BalasPadamakak, selamat hari raya aidilfitri. maaf la kalau ada kesilapan di sepanjang perkenalan kita ek.
adat dan adab yg mula hilang... sedih
BalasPadamSelamat Hari Raya Kakcik
betul, ngeri baca kisah budak2 skrg, raya time budak2 dulu jugak ye best
BalasPadambila dah remaja, kemain lg berdondon2 dgn kawan2 hehe
selamat hari raya kakcik, maaf zahir batin, terkasar bahasa, terlebih komen
betul tu kak...
BalasPadamsaya dulu kalau beraya mesti dengan family... walaupun kete tu dah sempit, tetap jugak nak menyelit.. kira ratu menyelitlah masa zaman kanak2 dulu...
Cabaran membesarkan anak zaman sekarang ni lagi besar. Kena betul-betul jaga dan belajar nak jadi ibu bapa.
BalasPadamSelamat Hari Raya Kak =)
Kongkongan ibu bapa dulu2 membentuk kita menjadi insan. Kesusahan kita dulu-dulu kadang2 membuatkan kita hendak memberi apa yang kita tidak pernah dapat dahu kerana kita mengerti apa itu kecewa sekiranya permintaan tidak tertunai.
BalasPadamInsyaallah...kita mendidik dengan acuan kita moga2 acuan itu tidak pecah atau sompek.
Alhamdulillah kak cik sudah menmpakkan hasilnya, Aina pulak masih jauh perjalanannya. Takut2 sekiranya lain di harap lain pulak yang dapat.
Lupa pulak...
BalasPadamSelamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Kekadang maksut tersirat tidak sama dengan tersurat, andai ada maaf ye kak.
zaman sekarang pun org masih gigih gi wayang masa hari raya kakcik...hehehehe
BalasPadamYe kakcik..kak cik yang mendengar dah terasa seramnya..inikan pulak lynn yg mengadap pelbagai salah laku mereka.Nauzubillah..moga anak kita semua terpelihara..Selamat ari raya kakcik..lynn da cuti esok..Maaf zahin batin
BalasPadammoga dijauhkan..
BalasPadampsstt: cuti raya dah lulus.. blog pun terpaksa diluluskan cutinye selama seminggu..