Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 Ogos 2012

Iklan Hari Raya BERNAS yang meriah diperkatakan di blog...



... dan ini adalah salinan e-mel yang kakcik terima :

Sukacita dimaklumkan, BERNAS buat pertama kalinya akan menyiarkan iklan televisyen Hari Raya Aidil Fitri 2012 bertajuk “The Journey” bermula pada 9 hingga 24 Ogos 2012. Konsep iklan yang menyentuh perasaan dan emosi ini memaparkan nilai persahabatan tanpa mengira perbezaan dan kekurangan seseorang insan, perkongsian kekuatan dan kemampuan masing-masing dalam mencapai apa sahaja yang dicita-citakan.

Iklan ini mengisahkan perjalanan dua anak yatim kurang upaya, Ahmad dan Fizi untuk pulang ke kampung semasa Hari Raya. Dalam perjalanan, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun mereka mampu mengatasinya sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Iklan ini menceritakan bagaimana sesuatu kejayaan dapat dicapai berkat ketabahan dan sikap yang bersungguh-sungguh.

Keseluruhannya, iklan ini memaparkan nilai-nilai murni yang merangkumi kasih sayang, perkongsian, kecekalan, tanggungjawab, ikatan persahabatan dan ketaatan kepada ibubapa.

“Setulus Kasih, Hikmah yang Abadi” yang terungkap di penghujung iklan ini merumuskan keseluruhan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton.

13 ulasan:

  1. salam sejahtera

    memang sedih sangat, mengalir air mata!

    BalasPadam
  2. Salam
    Yang sebenarnya budak yang bisu itu adalah anak saudara saya. emaknya hantar belajar di sekolah khas untuk anak-anak cacat di Kuala Lumpur. Saya pun terkejut bilafirst tengok iklan ni. Tak percaya pula melihat anak saudara

    BalasPadam
  3. nangis tengok ni.anak2 saya pun suh ulang tengok.diorg pun tersentuh tengok iklan ni

    BalasPadam
  4. masa tgk pagi tadi lepas sahur, hampir2 nak menitis air mata.

    BalasPadam
  5. Memang menyentuh hati.. hampir2 menitiskan air mata

    BalasPadam
  6. Tak tengok lagi....tapi nampak nya mesej yang disampaikan sangat menarik...

    BalasPadam
  7. terharu...sebak dada ni
    walaupun anak dua org tu x nangis...mereka senyum je...tp kita yg tengok ni yg menangis.

    BalasPadam
  8. Yang den tak sangka kak...depa melawat kuboq jerk.....pehhh...tacing....

    BalasPadam
  9. Zana tgk kat facebook blog mana tadi gi, lupa dah...
    Rupanya budak tu mmg oku yr?
    pa

    BalasPadam
  10. As salam Kakcik,

    Hubby Marya smlm tunjuk iklan ni kat kami... psssst... dia touching lebih sikit smp leleh airmata... teringat anak2 yatim kat Msia...

    BalasPadam
  11. Mengalir air mata ni kak bila menonton video ni.. sangat menyentuh hati. TQ kakcik kerana kongsikan di blog..

    BalasPadam
  12. Kakcik,

    budak2 tu mmg OKU. konsep anak yatim sempena kempen BERNAS secupak budi dalam sumbangan kepada anak yatim semasa beli beras. Tagline “Setulus Kasih, Hikmah yang Abadi” tu kata2 dari MD BERNAS sendiri. :)

    BalasPadam
  13. iklan tu best, cuma kita rasa tak sedap hati- takde siapa kisah tengok 2 orang budak oku berjalan sendiri pada malam raya? at least 3 orang boleh tegur & buat sesuatu- kakak tiket bas, abang tiket ktm, pakcik teksi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com