Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 Julai 2012

Rantai kunci dari Fieda...


di hujung minggu melawat tugu
ramainya orang bergesel bahu
balik kerja sampul menunggu
isi kandungannya bagai kutahu


senangnya hati tidak terkira
bagai mendapat impian yang satu
walau nama pengirim tidak tertera
alamat blognya tertulis di situ

sedang berkasih bergurau senda
bila tersentuh rajuknya terdedah
terimakasih diucapkan kepada Fieda
tandamata yang cantik ini sampailah sudah

23 ulasan:

  1. kakchik masak kuaci
    makan bersama mon montana
    sungguh comel sirantai kunci
    hajat dihati nak letak di mana?

    BalasPadam
  2. ** masak tu makan ye kakchik.
    tersilap taip.
    ampunkan hamba ye..

    BalasPadam
  3. cantik. Beruntung badan ada orang kasi hadiah..

    BalasPadam
  4. salam kakcik..cantiknye rantai kunci tu..rase terharu kan kakcik bile org ingat kat kita..heheh

    BalasPadam
  5. Kakcik, saya pun ada something sebegitu juga ole ole. Nanti bila-bila saya hantar. Skang nih, saya bz plak. Keje pun kena stayback kat ofis sampai senja. Nanti saya free, saya hantar.

    BalasPadam
  6. Kakcik...
    Cantiklah rantai kuncinya
    Orang memberi kita merasa
    ukhuwah terjalin di alam maya
    pasti gembiranya tidak terkira

    BalasPadam
  7. cantiklah kakcik... blh gantung nga kunci keta....hehehe...

    BalasPadam
  8. Kak...saya terbaca tajuknya - Rantai Kunci Dari FELDA.....ahakz....rupanya FEIDA....ahakz....ahakz

    BalasPadam
  9. salam..
    ermm..orang memberi
    kita merasa..orang berbudi
    kita berbahasa :)

    BalasPadam
  10. bertambah lg koleksi ya kakcik..:)rezeki...

    BalasPadam
  11. pandai kakcik berpantun..saya pandai pantun dua kerat je...hehe

    BalasPadam
  12. alhamdulillah dah sampai ye kak cik...tgk rantai kunci tu ingatlah kay saya ye..hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com