Tujuan utama kakcik dan suami ke Kuala Selangor adalah kerana suami hendak menghadiri mesyuarat pada jam 3.00 petang. Oleh kerana kami pergi awal, kami singgah dulu di Bukit Malawati. Kalau tak rasa bosan, tataplah gambar-gambar yang sempat kakcik rakamkan di sana. Walaubagaimanapun, misi menjejak M yang pertama ini adalah gagal kerana mungkin M dan keluarganya masih enak dibuai mimpi pada jam 10.30 pagi.
Muka 'ketat' kerana dalam hati ada duri. Kakcik duduk di atas batu hampar. Untuk mengetahui sejarah batu hampar sila tengok gambar di bawah-bawah sana. |
En. Suami beraksi di sisi |
Nampak tak budak lelaki itu? Mungkin dia juga rasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan M. Siap dia bawa sebungkus roti sebagai buah tangan. |
Rumah api. |
Hanya ada dua kereta - termasuk kereta kami. |
Nampak tak semut-semut hitam itu? |
Seperti biasa, kadangkala kakcik ambil gambar hanya untuk disiarkan di blog. |
Sejarah batu hampar. |
Walaupun masih pagi, cuaca adalah sangat panas. |
Rumah api yang tiada api dirakam dari sudut berbeza. |
Makanan kakcik - boleh bagi markah 6/10 |
Makanan En. Suami. |
M yang pertama itu adalah MONYET. Siapa boleh teka apakah M kedua yang kakcik jejaki di sana?
Teringin betul nak pegi tempat ni padahal dekat je dgn rumah...
BalasPadamlama sangat dah tak jejak ke sini..kg saya dekat tg karang :)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Cik
BalasPadamkat situ memang banyak monyet...mungkit pihak berkuasa dah tangkap monyet2 tu...sebab ada yg ganggu pengunjung.
tempat kak cik duduk tu, tempat memancung kepala...
Selalu byk.. Tidur lg lah tu...
BalasPadamM ke2 ? Meriam... Makan, Makam hihi..
saya perhatikan kakcik mempunyai peluang berjalan melihat tempat orang.
BalasPadamhem... luas perjalanan boleh mententeramkan fikiran.
IM memang teringin untuk berjalan ke tempat orang tapi sebolehnya bersendirian...
Ingatkan Kakcik buat edisi Bersamamu tadi..sehingga saya baca pasal bawa bungkusan mknn untuk M. Hehe..
BalasPadamingatkan apalah misi m tu k.cik hehe
BalasPadamsy pernah sampai kt bukit melawat melawati sambil bergurau manja dgn mr&mrs M..banyaknya sampai naik atas kepala kita kalau tak dikawal.ngeri.tp itu pengalaman best ;)
BalasPadamsy teka M yg lg satu kakcik jejak adalah 'makan' di Jeram ;P hehe agak jelah
Chantek...rietta blom pernah smpai ke sana...
BalasPadamDuri apa yang tercucuk dlm hati kakcik dah berhari ni...
BalasPadammakchaq selalu ikut sedih kalau kawan2 makchaq sedih..
cantik pemandangan di atas sana. dulu saya selalu naik atas bukit tu semasa kursus di pejabat daerah Kuala Selangor dalam tahun 1978 ... dan pernah juga makan nasi di rumah DO dan ADO di atas tu.
BalasPadamnanti saya nak cuba cari gambar-gambarnya.
kalau lalu kat pekan Kapar dah dekat nak ke rumah saya.. ;)
BalasPadamdah betul tekaan saya pertama ..Monyet .
BalasPadamyang kedua ?? ermmss...harus difikirkan lagi
foto cantik
makanan sedap
saya tak pernah naik atas , thanks info kakcik
Dulu selalu dengar orang sebut-sebut Bukit Melawati ni..yang tau pasal rumah api tu. selebihnya apa pun tak tau, termasuk la batu hampar tu. Apa ye M tu..?
BalasPadamsaya tak penah sampai kat bukit malawati lagi. dapat tgk gambar pun jadilah
BalasPadamMarya tak pernah smp Bukit Malawati ni lagi... dulu selalu baca dlm buku sejarah :))
BalasPadamM pertama monyet, M kedua monkey kot...hehehe...gurau ye kakcik :)
rasanye last pergi bkt malawati ni zaman sekolah dulu.Lamanya tak kesini
BalasPadambujal kata 'lotong'
BalasPadambukan monyet