Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Julai 2012

Kemaskanlah rambut tu, Dik...

Petang tadi kakcik menonton satu rancangan menjejak masakan Melayu di luar negara.  Rancangan tersebut disiarkan di sebuah saluran saluran televisyen yang sebelum ini agak 'Islamik'.  Pengacaranya seorang wanita muda yang berdasarkan namanya, kakcik yakin beliau seorang Islam walaupun mungkin bukan Melayu sepenuhnya.

Terus terang, kakcik sangat rimas untuk terus mengikuti rancangan yang diacarakannya itu.  Sudahlah mengendalikan rancangan berbentuk masak-memasak, rambutnya dibiarkan 'terjurai-jurai' ke depan sehingga sesekali hujung rambutnya masuk ke dalam bekas yang dipegang.  Tidak cukup dengan itu, sambil memegang bahan masakan, sempat pula menguis-nguis rambut yang menutup dahi! Kalaupun pengacara itu rasa dia sangat ayu bergaya begitu, tidak ada sesiapakah yang boleh mengingatkannya bahawa ianya akan menjadi tontonan umum?

Kenapakah pihak media sekarang menjadi sangat tidak prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama yang telah dibina sekian lama?

22 ulasan:

  1. tak tengok la kakcik...program memasak yang mana satu ye..bulan puasa ni memang banyak rancangan memasak...

    BalasPadam
  2. kakcik...sama la kita...nak tgk pun tak berselera....
    kalau kat luar,awal2 lagi tak beli kalau mereka yg menjual free hair....

    BalasPadam
  3. rancangan yg mna nie nie kak...?
    selalu termis aje nie...

    BalasPadam
  4. tahun lalu ibu_suri suka tengok rancangan Martha Stewart di waktu sahur.

    tahun ini tak ada pula rancangan tu.

    boleh lawat link di sini: http://www.marthastewart.com/

    BalasPadam
  5. tak tgk pulak. tadi ptg tgk chef arab tu masak kat tv alhijrah rasanya. siap doa2 semua masa masak. bagus jugakkan bagi makanan tu menjadi, InsyaAllah

    BalasPadam
  6. Awat sampai macam tu, haghu sungguh la aih..

    BalasPadam
  7. Pulakkk.....tak kan depa tak perasan bab2 mcm tu.....tak sensitip langsung lah depa ni...

    BalasPadam
  8. rancangan mana ye kak?
    saya suka tengok chef arab yg pandai berbahasa melayu
    kat TV alhijrah...sambil masak sambil berzikir..ada kelainan dr rancangan masak2 yg lain.

    BalasPadam
  9. sgt setuju kak cik.. ingat saya nak wat entry nie.. tak sangka akak dah terjah dulu... semlm sy cakap ngn anak.. naperlah.. dia tak ikat rambut tu .. ish..ish ... ish..

    BalasPadam
  10. Rasanya ada tgk tp zana x minat pengacaranya, patutnya pakai tutup kepala kan?

    Pssst.....kakcik nak ke tart nenas?

    BalasPadam
  11. hmm..
    siapa ek..

    nak siasat lah

    BalasPadam
  12. Anis ya.. Saya tgk semalam. Terkata juga dlm hati, knp rambutnya begitu. Mmg tak sesuai utk program masak2.

    BalasPadam
  13. ohoooo yg mencari resepi turun temurun tu ke kakcik? itulah kan, kadang2 mungkin stesyen tv tu terlepas pandang.. atau kurang sensitiviti

    BalasPadam
  14. tengah mencari sape.. dalam hati dok agak je....

    kalau kat luar camtu memang tak lalu nak beli dah

    BalasPadam
  15. kebanyakkan rancangan tukang masak nie memang selalu lepas rambut je time dia masak..rimas tengok

    BalasPadam
  16. kalau rancangan memasak gaya pengacara mcm tu mmg gayat kita yg tengok ni.

    BalasPadam
  17. nak selamat kena pakai serkup, mesti selai rambut pun tak masuk dalam masakan kan kakcik... hee..

    BalasPadam
  18. rasanya macam tahu je..yg kat tv9 tu kot..professional la sikit bila handle makanan ni kan..kalau rambut ayu pun.. tu kan makanan..tutup la bagi menjamin kebersihan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com