Kawan-kawan kakcik

Rabu, 4 Julai 2012

Di hujung mimpiku yang panjang...

... aku melihat dirimu
kau mengukirkan senyuman
walaupun kehadiranku tidak kau perasan

aku bukan pentafsir mimpi
mungkin ianya sekadar mainan
pada lena seorang hamba Tuhan
namun tidak hilang pilu dihatiku
melihat senyumanmu berirama sendu

wajahmu kelihatan suci
dengan penampilan yang bersih sekali
tapi kau berlalu menyorong basikal
sedangkan dalam kereta aku tersandar

tak mampu tulisan ini terus kunukil
kerana kian terasa mataku berpasir
tersekat liur direngkungku
dengan pandangan mata yang kian kabur...


Ya Allah Ya Tuhanku, selamat dan rahmatilah kami dalam dakapan kasihMu yang tiada bertepi...  ***sebak***

14 ulasan:

  1. aamiin.... semoga dipermudahkan apa yang dihajati

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan. saya selalu sayu bila nampak pakcik2 tua yg sebaya dengan abah saya, tetiba sebak sebab teringatkan abah...

    BalasPadam
  3. sedih pula acu baca nukilan mak nie
    mak mimpi kan sapa??

    BalasPadam
  4. Semoga rahmat yg terlalu banyak Allah berikan pada kita dapat kita hulur pada mereka yg memerlukan kakcik. Bukan semua yg kita ada adalah hak kita sebenarnya.

    BalasPadam
  5. amin.... puitis sungguh tulisan kakcik kt atas tuh

    BalasPadam
  6. hebat berkarya juga yek! saya yg baca pun turut rasa sebak n sayu

    BalasPadam
  7. shahdu sungguh madah yang tertinta....

    BalasPadam
  8. Hmmm..

    P/s: gambo bersama tulisan bergerak itu ditempah dari yiedpozi.com

    BalasPadam
  9. aku bersyukur padaMU di atas kesenangan yang KAU berikan ini..

    BalasPadam
  10. Alaa kakcik oii bunyi sayu jea pagi2..sy dah tak larat nk sedih2 lagi ni..semoga kita semua di dalam kebahagiaan Allah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com