Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 Julai 2012

Bila berbuka...

makanlah seadanya
sekadar menghilangkan lapar dan dahaga
kemudian bersegera menunaikan kewajipan kepadaNya
bukan mengasak makanan dari perut hingga ke dada
hingga akhirnya tak berdaya membuka mata


bila makan-makan di hotel pula
atau di restoran-restoran yang ada nama
jangan hanya pada hidangan kita terpesona
siasatlah dulu status halal haramnya
dalam beringat pun kita boleh terkena

ada lagi satu perkara
bila berdepan dengan juadah yang aneka rupa
janganlah sampai kelabu mata
lalu semuanya hendak dikaut belaka
dibawa hidangan sepenuh meja
kalau dimakan tak mengapa juga
jangan dibiarkan menjadi pembaziran yang nyata

ingat-ingatlah saudari dan saudara
kalaupun tidak terkenang kepada yang sengsara
setidak-tidaknya malulah pada Yang Maha Esa
jangan sampai ditarik nikmat dari kita
saat itu hendak menyesal pun tidak berguna

29 ulasan:

  1. Terima Kasih Kak Cik, Atas Perkongsian...

    BalasPadam
  2. pandai k.cik berseloka
    sungguh memberi makna
    adepun kita setuju aja
    dengan apa yang dikata

    BalasPadam
  3. tu lah...sbb tu sy xsuka mkn bufet... membazir jer...baik makan yg ala cate jer...

    BalasPadam
  4. makan sekadarnya
    ma..datuk LF apa citer ek??lama x dengar kaba dia

    BalasPadam
  5. alhamdulillah buat mase ni tak membazir lagi sebab kami tak ke bazaar...thn ni nak try say no to bazaar..masak sendiri lagi jimat & mudah sebab simple simple je mkn..

    BalasPadam
  6. pandai kaksik susun kata-kata..
    senang hati membaca..
    nasihat yang sangat sangat berguna
    sama-sama lah kita beringat ya?

    :D

    BalasPadam
  7. insya allah..dengan selera yang terhad sekarang ni, keinginan nak makan beria ria pun kurang..

    BalasPadam
  8. kakcik..kat rumah saya cuma masak mcm hari2 biasa ja..yg beza cuma waktu makan...

    BalasPadam
  9. betul tu kakcik!! saya suka lah entri nih!! saaayang kakcik!! =)

    BalasPadam
  10. salam kakcik..
    lama tak jenguk kt sini..masa dan mood tak mengizinkan.. selamat menunaikan ibadah puasa untuk kakcik sekeluarga ya :)

    best la seloka kakcik tu..tapi memang betul pun..tambah2 klau ke buffet..adoiiii...amik sepenuh meja..then terbuang camtu je..teringatkan kat negara2 yang jenuh mencari sesuap makanan utk mengisi perut... T_T

    BalasPadam
  11. Masa kecik2 makchaq memang bukak posa makan sampai tersadai.. alhamdulillah la ni anak2 tak lagu tu..

    Kami tak pernah berbuka di hotel..

    BalasPadam
  12. terimakasih kakcik
    saling ingat mengingat :)

    BalasPadam
  13. buka pose dengan air pun dah kenyang, alhamdulillah. tapi biasanya saya akan tamak gak beli kuih dan nasik.

    BalasPadam
  14. betol kata kakcik tu, masing2 ingatkan diri sendiri makna dan tujuan berpuasa. makanlah apa saja yg kita suka dan teringin tapi biarlah berpada-pada dan tidak membazir..

    BalasPadam
  15. betul3...bersederhana...elakkan pembaziran..

    BalasPadam
  16. tu yg lepas ramadan mcm2 penyakit dtg and berat pun naik huhu

    BalasPadam
  17. benar bagai di kata kakcik
    beringat dan berserderhana
    Itu yg lebih baik...

    BalasPadam
  18. Terima kasih peringatan kakcik ni..
    saya pun masak saja dirumah..masak biasa2..kalau banyak pun tak boleh habis..waktu sahur baru jamah nasi..

    BalasPadam
  19. betul tu kak chik...jgn smpi ditarik nikmat yg diberikan..

    BalasPadam
  20. hehe.. mmg gitu time pose.. kalau p bazar.. alahai.. pening nk pilih mane.. ase nak beli semua je.. huu

    BalasPadam
  21. As salam my lovely Kakcik,

    Senang hati dengan nasihatmu,
    Moga diri jua begitu,
    Beringat-ingat perlu selalu,
    Agar amal mendapat restu...

    Insya'ALLAH kakcik, marya masak & kami makan apa yg ada... Tahun ni takde bazaar, semua homemade :))

    BalasPadam
  22. KA setuju sangat2 KA, bersederhana itu lebih baik

    BalasPadam
  23. betul tu kak.. setuju sgt. terima kasih bg info ni. sgt berguna dan mengingatkan kita..

    BalasPadam
  24. Terima kasih Kakcik atas teguran
    Moga jadi peringatan juga pedoman
    Bersederhanalah dlm segala perbuatan
    Jangan sampai menjadi saudara syaitan.

    BalasPadam
  25. tq kakcik utk ingatan, kadang2 kite terkhilaf

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com