Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 13 Julai 2012

Awan hitam...


mudah-mudahan segera berserakan
lalu hilang bersama angin
sehingga tidak meninggalkan kesan
bahawa langit itu pernah dicalarkan


Pesan seorang teman (bagaikan satu kebetulan) melalui pesanan ringkas di pagi ini...

"Bersabarlah, bukan usahamu sia-sia. Cuma kemenangan belum tiba.  Sabar itu ada hikmahnya"  (terima kasih Saudaraku kerana tak pernah lupa menghantar ingatan pada setiap pagi Jumaat)

notataksiapatanya :  kakcik bercuti hari ini, InsyaAllah akan ke Kuala Selangor menjelang tengahari nanti.

27 ulasan:

  1. ha ah kak!!
    kat sini pun nampak awan hitam gelap macam tu pagi ni!!

    BalasPadam
  2. pagi tadi mungkin juga ada awan gelap disini tapi hari ni, ia membawa hujan selebat-lebatnya...alhamdulillah..sebab dah lama tak hujan macam ni..sedih bila allah tangguhkan hujan..takut allah marah pada kita..

    semoga kakcik ceria2 dan urusan dimudahkan Allah sepanjang hari ni..:)

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik, Selamat bercuti dan berjongket ke Kuala Selangor. Di Shah Alam mendung.

    BalasPadam
  4. nanti kalau mak lalu jeram ,kenang2 la saya~~kampung saya tu~keh keh~selamat jalan dan selamat pulang mak~

    BalasPadam
  5. kat sini pun mendung kakcik..selamt pergi dan pulang yer..:)

    BalasPadam
  6. kak, saya sama tempat ngan rulza..memang parit raja hujan lebat dari awal pagi tadi, sampailah saya tulis komen kat akak ni..sejukkkkk

    BalasPadam
  7. salam kakcik... sini awan biasa2 jer...alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. Di JB pagi tadi masa ke tempat kerja mendung juga tapi sekarang dah ok tak jadi hujan..

    BalasPadam
  9. kadang2 ada hikmah Allah lambatkan pemberiannya, believe in that....

    BalasPadam
  10. awan hitam tak semestinya hujan kakcik... insyallah bile matahari menunjukkan wajahnya awan hitam berlalu pergi...

    selamat bercuti kakcik

    BalasPadam
  11. Kakcik tak duduk rumah ye....
    Awan hitam menyelubungi hidup zana skrg, mudah2an ia berpecah dan tiada kesan dlm hidup ini:-(

    BalasPadam
  12. kalo angin kuat bertiup - berlalu jugak awan hitam tu....

    selamat bercuti kak...

    BalasPadam
  13. jauh jln tu kak cik? nk ikut skali bleh?

    BalasPadam
  14. Kalau kakcik macam makchaq sat saja boleh terlupa benda2 tu semua..

    Pi Kuala Selangor tolong beli cendol durian kat makchaq boleh?

    BalasPadam
  15. Kuala Selangor tu dkt sgt dgn rumah ella kak. Dlm stgh jam. alalala .. kalau lah ella ada d rumah, dah tentu ella ajak singgah.

    BalasPadam
  16. memang benar sesangat. sabar itulah perkataan yang paling hebat pernah IM hayati....

    BalasPadam
  17. Kakcik, langit itu skrin agung, dengan longgokan awan warna-warni terhebat. Yang hitam tetap ada maknanya, ada pengajarannya. Pun mungkin kita anggap ia hanya mencalar...
    Selamat melalui & menghayati Ramadhan, kakcik.

    BalasPadam
  18. singgah la di rumah saya di kuala selangor tu, depan tesco kuala selangor. umah atok dan mentua saya di tg. karang...

    BalasPadam
  19. Kakcik, selamat jalan! Kirim slm org Kuala Sgor!

    BalasPadam
  20. jangan nampak awan hitam air di tempayan dicurahkan.. :D

    semoga perjalanan kakcik selamat..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com