Kawan-kawan kakcik

Isnin, 4 Jun 2012

Siapakah sebenarnya yang hendak ditipu?...

Peristiwa ini berlaku pada tarikh 03/06/2012 lebihkurang jam 5.00 petang.  Waktu itu kakcik sedang duduk di dalam kereta menanti suami yang turun ke kedai.

Seperti biasalah, bila duduk tu mata bukannya tertutup.  Kepala pula terteleng ke sana sini memerhati.  Tiba-tiba mata kakcik terpandang kepada perlakuan seorang lelaki yang hendak turun dari kereta (penumpang sebelah hadapan) yang baru berhenti.  Sebelum turun, dia dengan selamba membuang sampah sarap yang dibawanya (bekas minuman dan makanan) ke bawah kereta yang dinaikinya itu. Kemudian tersengih-sengih sendiri seolah-olah tindakannya memerosokan sampah itu adalah satu tindakan yang sangat bijak.  Agaknya dia rasa dia sudah cukup cerdiklah tu... Hmmmmm...

Cuba teka, dari tingakat berapa pemandangan ini kakcik rakam?

Dari tingkat 8 sebuah rumah pangsa PPR, Cheras.  Kalau banyak
atap dibina, maka banyak jugalah pemandangan yang menyakitkan 

mata itu boleh dilihat. :(

46 ulasan:

  1. gayatnya kakcik.. walau tgk gambaq ja pun... huhu
    sikap ni, amatlah tidak disukai oleh Islam itu sendiri.. huhu

    BalasPadam
  2. kadang2 manusia buang smpah ikut suka hati jer kak cik.
    bosan dibuatnya.
    hidup ni kenalah pegang prinsip kalau kena batang hidung kita macam mana?
    betul tak?

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,

    Kena perbetul perangai macam tuh, memang penduduk Malaysia masih tidak hiraukan sampah sarap.

    Kalau di Jepun kanak2 yang menatih, telah dididik dari rumah lagi.

    BalasPadam
  4. kalau tak kena gaya, mahunya kepala kita jadi mangsa macam atap tu kan...

    BalasPadam
  5. keta sy bru kena hinggap dgn wet wipes yg ada kuning2 ijau...heh!

    BalasPadam
  6. nasib baik bumbung ada satu je. kalau banyak, macam-macam dapat kite tengok. :)
    biase la tu, semua nak senang dan cepat. :) syieda pun kekadang letak raga moto. sekali bawak laju, tisu2 dah berterbangan. :( maaf la sape yang terkene. tak sengaja

    BalasPadam
  7. Prasarana dunia pertama, tapi mentaliti dunia ketiga. Itulah rakyat & negara Malaysia, kakcik :)

    BalasPadam
  8. mak aihhh
    bila duk atas baru nampak kan akk
    huhuhu nak buat macam mana budaya nielah payah nak
    elakkan dari org2 kita ...

    BalasPadam
  9. alahai....dah la stupid, kantoi pulak tu...

    mak patut amik gambo dia tayang kat belog. heehee~

    BalasPadam
  10. tong sampah hanya 5 meter didepan..sampah boleh je main campak tepi..lenguh agaknya kalau berjalan..

    itulah orang kita..

    BalasPadam
  11. hehehe.. dia ingat takde orang nampak tu..

    mana2 kawasan perumahan yang ada bumbung cenggitu pasti akan ada 'penghuni'nya..

    BalasPadam
  12. payah nak mendisiplinkan golongan sebegitu.... patut didenda buat komuniti servis kut

    BalasPadam
  13. kat papantanda Dilarang Buang Sampah. Denda RM500 tu la berlonggok sampahnya, kan kak.

    BalasPadam
  14. bab rumah flat atau apartment ni, sy amat puji penduduk beijing..tiada baju bersidaian di tingkap atau dibalcony..apa lagi berbumbung2 cmtu..

    BalasPadam
  15. sedih kan... =( kita kalau tengok orang buang sampah sesenang ati je tu rasa macam nak penampo je! geram yang amat! diaorang ni memang tak bertamadun punya orang! tu je boleh cakap!!

    BalasPadam
  16. kat mana-mana pun macam nilah kakcik

    BalasPadam
  17. Sunggu pemalas orang2 itu...huh!! camne la nak sihat walafiat...

    BalasPadam
  18. pelik kan manusia nih, tau nk mudah je... kt umah dana pun kan ada pemandangan yg camni, rumah atas dana anak2 nyer tak penah di ajar gune tong sampah kot, plastik jajan, ke sampah apa2 pakai buang je kt luar... selalu msk dlm balkoni umah dana... geram tul

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Kak Cik

    kena masuk tadika semula orang tu...

    BalasPadam
  20. As-salam. Macam mana ya kakcik? Umumnya kita semua "tak berani" nak menegur para pengedar sampah ni. Merata-rata mereka membuang sampah: di pinggiran jalan termasuk lebuhraya, di persekitaran flats, di sungai, di laut, di kawasan hutan... Tapi rasanya mereka tak membuang sampah di dalam atau di persekitaran rumah sendiri.

    BalasPadam
  21. Apa perasaan dia yer..dok buang sampah mcm tu..sorok2 bawah kete..alahai...buruk betul tabiat....

    BalasPadam
  22. Sikap pemalas dan nak ambik mudah je tanpa memikirkan akibatnya.

    BalasPadam
  23. sungguh tak tahan dengan perangai cenggini.. kalo orang islam, mana separuh iman tu pergi...

    BalasPadam
  24. diorang tahu ada tukang kutip. jadi diorang nak jadi tukang buang je.

    BalasPadam
  25. Salam kakcik,

    Dia lupa Allah nampak.

    BalasPadam
  26. Manusia adalah sampah. Pemandangan di sebelah kereta itu sungguh menjelikkan.

    BalasPadam
  27. As salam Kakcik,

    Marya ingat gambar miniature apalah td... :) Org tu lupa yg perbuatannya itu ada yang nampak... Kalau bukan Kakcik yg nampak tp ALLAH Maha Mengetahui...

    Kesian kat dia... betul kata kakcik, perasan bijak tetapi kurang cerdik :(

    BalasPadam
  28. Orang itulah yang sampah.. hehehe benci lah orang macam nih.
    Macam kat dunia ni tak ada tong sampah hmmm!

    BalasPadam
  29. sya ingatkan board pcb..rupanya sampah atas atap..macam2..

    BalasPadam
  30. mak aiii..tapi kak memang kalau duduk umah camni memang le akan ada benda camni..baru2 ni kawan saya ckp, ada makhluk asing mana ntah buang sampah dari tingkat bape ntah buang tin susu..pampers..

    BalasPadam
  31. mmg menyakitkan mata...takde sivik betul!!!

    BalasPadam
  32. Sekolah bertahun2 tapi kesedaran tak ada. Semua tu sebenarnya datang dari kemahuan diri sendiri.

    BalasPadam
  33. saya gantung plastik dalam keta, jadik tong sampah anak2 buang sampah.. kalo tak depa pun suka campak sampah kuar..huhu.. kena didik dari kecik kan kakcik..:)

    BalasPadam
  34. tulah kakcik susah nak cakap manusia ni, rambut sama hitam hati & pemikiran lain2 .. xde sivik kkdang

    BalasPadam
  35. Salam,
    lazimnya kalau ada balkoni di sepanjang koridor, lalu-lalang buang sampah. Kalau takde laluan koridor, jarang buang sampah berlaku.

    BalasPadam
  36. Bila kita kata tak cukup kesedaran sivik..ramai yang melenting. tapi macam tu lah hakikatnya....ramai yang masih tak berdisiplin..walaupun hal2 sekecil membuang sampah ke tempat yang sepatutnya.

    BalasPadam
  37. takde sivik...saya cukup menyampah kalau seseorang tu buat sesuatu kesalahan...tp dia masih tersengih2 mcm kerang busuk...mcm tak bersalah...
    patut disekolahkan semula...!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com