Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Jun 2012

Pantai Tanjung Aru...

Balik dari Pulau Gaya, kami terus menuju ke hotel untuk mandi dan menukar pakaian seterusnya mendaftar keluar.  Zana, Fahmi dan Aziz hanya menunggu di lobi.  Memandangkan penerbangan kami akan berlepas pada jam 3.00 petang, Zana mengajak kakcik dan suami singgah dulu di rumahnya. Sempatlah kakcik 'mengurut kaki' dengan mesin urut Zana dan menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar.
'Sedapnya' dapat berurut.

Usai solat, kami keluar untuk singgah seketika di Pantai Tanjung Aru sebelum Zana dan Fahmi menghantar kami ke lapangan terbang.

Menonong je lelaki berdua tu.  Entah apa saja yang disembangkan.

Pantai yang cantik tapi nampaknya tidak sesuai untuk mandi-manda.

Cikgu sedang memberi penerangan... hehehe...


Kemana-mana pun, suami kakcik suka sangat memesan ABC.


Walaupun di hari kerja (Selasa = 5/6/2012), lapangan terbang tetap sesak.

Barisan penumpang yang akan menaiki penerbangan ke Singapura.
Akhirnya penerbangan yang dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang, hanya berlepas pada jam 3.45 petang. Penerbangan pergi (Kuala Lumpur - Kota Kinabalu) mengambil masa dua jam setengah, tapi penerbangan balik mengambil masa lebih kurang dua jam saja.  Kapalterbang pun boleh 'pecut' ke?  Beberapa kali sewaktu dalam pesawat, amaran diberi agar tidak meninggalkan tempat duduk akibat cuaca yang 'kurang baik'.  Mujur juga di kebanyakan masa kakcik 'berjaya tidur'. :)

Alhamdulillah, segalanya selamat.  Kakcik dan suami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Zana dan Fahmi sekeluarga yang telah memberikan layanan yang sangat-sangat baik dan mesra kepada kami walaupun sebelum ini kita tidak pernah bersua muka.  Semoga ukhwah yang terjalin ini  berpanjangan ke hujung nyawa kita.  InsyaAllah.

35 ulasan:

  1. seronoknya dpt mkn angin sesekali ye..syg pantai yg cantik tp tak sesuai utk mndi manda..
    Abc tu nmpk sedap sgt terutama tgh cuaca panas..peberet hubby sy juga tu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu kakcik pergi, ombak agak kuat. Laut yang sepatutnya berwarna kehijauan menjadi warna tanah di kawasan berhampiran pantai. Tapi ada juga rasanya yang berani bermain di gigi air.

      Padam
  2. Kakcik...sy teringat kontroversi gamba kaki Yuna bile tgk gamba kaki Kakcik nie.

    =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kes kaki Yuna tu, Fara? Kakcik terlepas pesawat la pulak mengenainya... :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang cantik tempatnya. Sesuai juga untuk berjogging. :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Alamak! kakcik nak google la apa kisah kaki Yuna tu... :)

      Padam
  5. Best la kakcik ni rajin update.. makchaq suka baca..

    Makchaq banyak kenangan kat sabah, kat pantai ni makchaq pernah cari kepah dengan sekumpulan orang Korea (yg baru berkenalan kat pantai..), dah dapat banyak terus buat unggun api kat semak2 tepi pantai, campak kepah dlm api, dpt makan kepah bakar...

    Dulu2 boleh mandi kat sini kecuali masa red tide.. masa red tide siput2 pun tak boleh makan sebab ada racun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya catatan bersiri ini kakcik buat secara 'auto publish'. Bila tiba masa yang telah di'set'kan, catatan itu akan keluar secara otomatik di blog. :)

      Padam
  6. Balasan
    1. InsyaAllah satu hari nanti mungkin akan sampai juga PR ke sana. :)

      Padam
  7. ABC kat sana ada buah skali?
    unik :)

    BalasPadam
  8. cuti sekolah kan kakcik... harus lah ramai yg jalan2 makan angin ke sana...
    tu yg aiport sibuk tu!

    BalasPadam
  9. tgk gambar teringin lak nak kesana... x tau bila le masa!

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik,
    kenapa laut tu Kakcik, dalam ke ayor dia?

    BalasPadam
  11. syoknya cuti kakcik nie :) entah bila saya nak smpai KK

    insyaallah one sweet day..

    cantik pantainya....amboi ABC dia tu macam mgancam sungguh :)

    BalasPadam
  12. teringin nak pergi sana. Hee

    BalasPadam
  13. Cantiknya pantai di Sabah..
    Kakcik, ABC tu sangat menggoda... :D

    BalasPadam
  14. Salam kakcik
    ABC di sana memang ada letak buah2an ke?...nampak menarik & berkhasiat

    BalasPadam
  15. Pantai Tanjung Aru tu kalau waktu senja cantik sangat pemandangannya. Ada restoran seafood kat situ kan? saya ingat-ingat lupa dah.

    ABC yang kakcik pesan nampak sedap..banyak buah! :)

    BalasPadam
  16. Wah! Sampai ke KK kakcik ya. Saya pergi pantai Tanjung Aru ni masa kecik2 umur 5 tahun dulu. Masa tu ayah bertugas di KK, jadi selalulah ke sana, boleh kata setiap petang kata emak. Ada gambar kenangan masa kecik je di sana, tp sendiri tak ingat pun itu pantai Tanjung Aru. Nasib baik emak beritahu...hehe.

    BalasPadam
  17. bab ABC tu mmg memikat hatiku...
    ada betik,semangka fresh...


    kakcik, ayu nak kenal zana lah.

    BalasPadam
  18. Terliur tgk ABC tu
    ..pernah mkn kat Food Court Sumway Pyramid..dipanggil snow ball ada ais krim n buah2 sedap..

    BalasPadam
  19. Aisehmen Kakcik, ais kacang tu buat saya terlioq. Nasib baik kat Esplanade ada ais kacang boh buah camtu, hehe..

    BalasPadam
  20. apa kelas urut kaki pakai mesen... urut la kat manjekaki... haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak kena operet lagi bolehlah.... hahahaha...

      Padam
  21. Alhamdulillah..selamat pergi dan kembali..
    melihat pantainya yg sayup2..membayangkan desir ombaknya dan serta merta mengenang kampung halaman kita..

    BalasPadam
  22. As salam Kakcik,

    Ok Marya terlepas entry pulau Gaya.... Tg Aru pun Marya tak pernah pergi jgk... Dulu lalu je tak singgah pun :(

    Msia byk tmpt2 menarik kan :))

    BalasPadam
  23. kakcik, bestnya ABC tu. ada eskrem coklat lagi.
    :D

    BalasPadam
  24. Yelah laut dan pantai nampak bersih dan landai. Knp xsesuai utk mandi pulak Ye?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com