Lokasi : Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bas Selatan (TBS) menghala Bukit Jalil sebelum susur keluar Taman Connaught.
Waktu : 7.00 petang (10/06/2012 = Ahad)
Tidak dapat dipastikan mengapa kereta Honda yang dipandu seorang lelaki berbangsa Cina berhenti di tepi jalan berkenaan. Kedua-dua lelaki Acheh yang menunggang dan membonceng motosikal tidak dapat mengelak lalu menghentam sisi kereta tersebut sehingga mengakibatkan mereka cedera parah.
Kakcik dan suami kebetulan melalui lokasi kejadian dalam perjalanan kami menuju ke Shah Alam Convention Centre untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan seorang teman. Gambar-gambar berikut adalah hasil rakaman suami kakcik. Seperti biasa beliau turun untuk memberikan sebarang bantuan yang mungkin seperti menelefon pihak ambulans.
Dua buah ambulans masing-masing dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam tiba lebihkurang jam 7.15 petang. Kami meneruskan perjalanan pada jam 7.20 dan berhenti untuk solat Maghrib di stesyen Petronas Awan Besar sebelum terus ke SACC.
Semoga kedua-dua lelaki yang terlibat dalam kemalangan tersebut dapat diselamatkan dan pulih kembali walaupun kecederaan mereka memang parah.
Dicatat dan diterbitkan pada jam 11.00 malam Ahad 10/06/2012
Allahu Akhbar, bila musibah mendatang tiada daya dan upayanya kita manusia boleh menghalangnya..
BalasPadamMoga mereka pulih kembali dan diringankan Allah penderitaan merea...aamiin
oh saya lalu situ jam 920 ke 930pm tadi. kereta tu tak bagi signal ke?
BalasPadamSedih dan kecutnya hati melihat mangsa-mangsa kemalangan macam tu. Bagusnya kakcik & suami turun membantu mereka. Kalau saya, pasti jadi gemuruh rasa + menggeletar kaki + lemah badan melihatnya. Nak kena cuba perbaiki!
BalasPadamAssalamualaikum Kak Cik
BalasPadammoga Allah permudahkan mereka
Salam Kak Cik,
BalasPadamSetiap kali saya melihat kemalangan yang melibatkan motosikal saya akan ingati anak saya yang maut di dalam kemalangan jalanraya tahun lalu.
Oh ya, maaf buat pembetulan sedikit. Tahun yang Kak Cik nyatakan di atas itu tahun 2011.
ada tmpt boleh berhenti. ada tmpt tk blh. kalau tak mcm ni la jadinya.
BalasPadamSalam kak...waktu kejadian ni, sy pun lalu situ. otw dari Temerloh ke Puchong...2 lelaki tu pun msh terbaring...
BalasPadamuishh.. parahnya kakcik.. ngeri nengok..
BalasPadamkok ye pun nak berenti tepi jalan, pastikan lah tempat tu selamat dan jangan la berenti secara mengejut..
semoga lelaki acheh tu selamat..
masya allah.
BalasPadamtiada kata-kata mampu diucap saat ini, semoga mangsa tabah menghadapi ujian ini.