Ini adalah sarapan pagi kakcik. Harganya RM2.00, tapi ada kawan tolong bayarkan. Alhamdulillah. |
Ini makanan kakcik tengahari tadi selepas mesyuarat bersama Ketua Bahagian. Alhamdulillah. |
Malam tadi sewaktu kami anak beranak sedang makan di Moon's Kitchen, mata kakcik asyik memerhati seorang lelaki tua (mungkin dia sebaya kakcik sahaja, tapi disebabkan 'kerja'nya, dia kelihatan sangat lelah dan tua). Tiba-tiba Bangcik (gambar atas) meminta duit dari kakcik. Ditanya untuk apa, dia kata 'nak bagi pada lelaki tu. Mak percayalah, mak derma sikit nanti mak dapat banyak'. Kakcik pun bagilah sedikit duit kepadanya. Nilai apa yang kakcik makan untuk pagi dan tengahari ini rasanya memang lebih dari apa yang kakcik bagi semalam. Alhamdulillah. |
Bagi catatan kakcik yang INI, jawapannya ialah :
- pokok kurma (di tanam di hadapan rumah adik ipar kakcik di Bukit Sentosa, Rawang
- imam itu ialah Along (mengimamkan solat Maghrib dan kemudian solat Isyak di rumah adik ipar kakcik)
- budak lelaki itu sengaja main sembunyi-sembunyi agaknya sewaktu ahli keluarga yang lain sedang sibuk menyusun kedudukan untuk bergambar (di majlis perkahwinan Mun dan Fendi di Trolak Timur, Perak)
- orang Perak panggil ikan tu, ikan baung (kakcik rasa ianya adalah berbeza dengan ikan patin walaupun dari 'keluarga' yang sama - di majlis perkahwinan Mun dan Fendi di Trolak Timur, Perak. Mengikut kata suami kakcik yang melakukan 'penyiasatan', terdapat dua kolam ikan tersebut di belakang rumah Mun)
Alhamdulullah...rezeki.
BalasPadamklu ada mensyuarat biasa ada mkn..tp kdg2 takde..bajet jabatan tak ckup kata suami..klu petang tu biasanya adalah kuih muih kan kak cik
BalasPadamkak cik..seumur hidup sy tak penah bfast mkn cmtu..makumla tekak melayu.heheheh
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki...sebab tu selalu kita diingatkan supaya tidak lokek bersedekah..banyak ganjarannya untuk kita.
BalasPadambaru terdetik dalam hati yaya kak..'murahnya harga makanan..'
BalasPadamalhamdulillah..banyak mana pun kita keluar rezeki kita makin bertambah..
kwn Ella pernah cakap kat saya kak .. Dalam rezeki kita, ada rezeki org lain. So, bersedekahlah selagi terdaya.
BalasPadambaiknya hati bangcik..alhamdulillah..berkat didikan kakcik jugak tu..
BalasPadambaru weekend aritu makan ikan baung sungai..
sebab itulah kita digalakkan bersedekah.bila bersedekah bukannya makin sikit ape yg ada tapi makin bertambah rezeki yg di balas.
BalasPadammurah rezeki kakcik yek, dpt mkn free pastu lunch pun free lg pas meting tuh...
BalasPadambaik hati betul bang cik tu... biarpun bkn duit dia tp niatnya suci...
*psl gmabar tu,ingtkan bdk baju ijau tu kene buli hehehe...
Terus lapar tgk makanan nie(tgh berpuasa)....
BalasPadamAs salam kak cik, sedap nampaknye, sambal sotong ke tu?
BalasPadam*anak2 pun suke mkn gitu2 aje.colek beberapa ulas buat lepas kempunan mamanye nak mem'bantal' hihii
Alhamdulillah.. sikit yg kita beri, lebih lagi yg kita dapat.. itulah dia keberkatan rezeki kan kakcik.. seronoknya tgk anak kakcik jd imam.. semoga anak2 saya pun dpt menjadi seperti itu juga nnt.. insyaAllah..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki untuk dikongsi, setuju dengan kata bangcik tu ;)
BalasPadammurah rezeki.
BalasPadambetul tu kakcik..kita bg sebahagian dr yg kita ada..esok2 gantian yg kita dapat tu berlipat kali ganda kita terima.
semua itu berkat ikhlas kita Allah nampak :)
salam
BalasPadamgua kalau bab makan memang tolak kemulut
alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi kan..bagi sedikit jer Allah nak bagi balik berganda2..:)
BalasPadamBetul Kakcik. Kita bagi sikit, Allah ganjarkan banyak. Mungkin pahala. Mungkin rezeki dunia. Siapa tahu, kan?
BalasPadamAlhamdulillah! Murah rezeki Kakcik tau!
sarapan pagi kakcik tu nampak sedap sangat..lagi sedapkan sbb orang belanja..hehehe
BalasPadamKalau itu mcm...hari2 meeting pun ok kak...ahakz
BalasPadamKalo dh rejeki. Mmg Allah dh tentukn..
BalasPadamayah siap pegi siasat tuh! heheh!!
BalasPadamMakkk.. Sedapnya kacang goreng ada so'on tu..
BalasPadamcakap pasal makan, tadi lunch balik rumah macam selalu. lepas solat tengok nasik dalam cooker tak masak..adeih lupa tekan le plak..tengahari tadi makan goreng pisang..malam ni baru makan nasik...huhu
BalasPadamrezeki yang di janjikan Allah... datang melalui pelbagai cara
BalasPadambagusnya anak kakcik. sensitif dengan kesusahan orang lain
BalasPadamRezeki.. Hihihi
BalasPadamSemua persoalan telah terjawab.. Ikan baung rupanya..
BalasPadamSedapnya juadah tu..
bila asyik-asyik pi mesyuarat, makanya asyik-asyik ada makan.
BalasPadamtau-tau, dah naik berat badan!
rezeki tu kak. alhamdulillah.
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamalhamdulilah, sedap2 belaka menu kakcik
As salam Kakcik,
BalasPadamAwal pagi melawat kami di 'Peru'...terima kasih Kakcik! :))
Sedapnye sarapan tu especially wedges tu, sb sy tgh puasa ni...huk3...
Allah gerakkan anak k.cik utk berkongsi rezeki dgn lelaki tua tu... Anak yg soleh insya'ALLAH...:)
Suka tg gambar background blog ni , cantik! lagi2 tgk empunya blog meniti di titian tu... gayatnye saya! :))