Membaca komen Rina Avail membuatkan aku teringat untuk membuat catatan ini.
Sekarang ini di kebanyakan tempat telah diletak tanda DILARANG MEROKOK atau KAWASAN LARANGAN MEROKOK atau papan tanda seperti ini :
Di kawasan tempat aku bertugas, tanda amaran itu terpampang di mana-mana. Malangnya, mungkin betul kata sesetengah orang 'undang-undang dibuat adalah untuk dilanggar atau diingkari'. Iyalah, undang-undang dari Allah seperti hudud pun dipermainkan apatah lagi undang-undang ciptaan manusia, kan?
Minggu lepas sewaktu aku hendak balik dari pejabat, di ruang lobi tempat aku bertugas berdiri seorang yang sangat dikenali di seluruh Malaysia (mungkin dunia juga mengenalinya). Adalah beberapa kali aku terserempak dengan insan ini. Mungkin adalah 'kerja'nya di tempat aku bertugas itu. Yang aku kesalkan adalah sikap 'tidak endah'nya. Terang-terang di belakang tempat dia berdiri ada amaran seperti di atas. Tapi beliau dengan gelak tawa bersama-sama orang di sekelilingnya, selamba sahaja merokok!
Mahu sahaja aku merakamkan gambar beliau itu, tapi aku bukan orang kaya yang mampu membayar saman atau ahli politik yang boleh mengelak dari membayar saman! Beliau itu adalah seseorang yang sangat besar pengaruhnya dan amat tinggi jawatannya dalam hal ehwal undang-undang!
Jadi, undang-undang itu untuk apa bilamana mereka yang pakar dalam undang-undang pun memandangnya (undang-undang itu) bagaikan memandang udang yang boleh diratah pada bila-bila masa!
Wallahuaklam.
hrmmm kakcik bukan dia tahu pun sapa yg siarkan gambarnya ;p
BalasPadamtu namanya...
BalasPadam"..bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.."
jangan ikut perangai tak baik itu ok...
BalasPadamtapi memang cam janga buang smapah kat situler orang buangkan...
setuju ngn kakcik... kalu stkt simbol amaran dilarang merokok nih mmg org tak pndang sgt lah... bg diaorang merokok tu lbh pnting dr udara... huhuhu
BalasPadamKena buat undang undang, sila telan asap rokok anda,,
BalasPadamsebabnya....maaf cakap..undang2 kat malaysia ni banyak yang tak dikuatkuasakan.. macam jangan buang sampah..lagi orang buang sampah merata.. bila ada penguatkuasaan baru org takut.. kalau takat ada je memang orang tak takut..
BalasPadamas salam kakcik
BalasPadamkat tempat saya ni kononnya menegakkan keadilan, denda kepada siapa yg merokok tapi kan yang memperjuangkan undang-undang terang-terangan merokok, nak cakap apa lagi?
sedangkan kat hospital orang merokok~kat masjid orang merokok~~haih~~
BalasPadamHaih! Mengeluh je yg sy mampu.
BalasPadamramai jer yg tak reti bahasa kakcik
BalasPadamdah kua fatwa pun, masih tak endah :(
Biasalah tu kak, dah nampak tanda amaran tapi still merokok gak. Kat office nih...bos2 selamber jer merokok dlm bilik. Nak kata bodoh...pangkat besar2.
BalasPadamYang lagi saya tak suka, org2 yg kaki rokok nih merokok depan bebudak. Ko dah tau ada budak lagi nak hisap. Org m'sia nih pantang di tegur..cpt jer melenting. Nak tegur salah, tak tegur pon salah.
tu bila dah buat undang2 lepa boleh ja langgar lg....biasa la org besar la katakan....
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamteringat ayat ni.."rules are made to be broken"
memang makan hati bila ada undang2 atau peraturan dah tertulis namun masih ada yang suka melanggar..tak rasa bersalah..dan buat2 tak perasan kewujudan peraturan tu.
tu namanya tak paham bahasa. hehehe.
BalasPadamdorang nie saje kan..dorang yg mrokok kita yg dok hisap asap nie lagi bahaya dari dorang :((
BalasPadamsakit jiwa kalau org tak paham bahasa esp yg BESAR2 nie kan..
Diorg tu berfikiran byk duit,klu kena denda pun nanti blh byr....
BalasPadamkak cik orang macam tu boleh terlepas pulk kan
BalasPadammemang geram dgn orang yg merokok tak tentu hala ni.. esp kat tempat makan, ramai budak2, ramai orang tua.. disuruhnya kita sedot asap sakit tu..
BalasPadamMemang tak bleh tahan dengan asap rokok. Dah nampak terbentang tak bleh merokok pun naaaaakkk jugak hisap. Dah tu menyusahkan orang lain yg tak merokok, terpaksa hidu asap rokok dia yg jijik tu.
BalasPadammacamanalah nak harapkan orang lain ikut kalau yang arif undang2 pun dah buat perangai macam tu.
BalasPadamhuhu..lya pon xsuka dgn golongan y merokok ni..kalo perokok jnis reti bahasa..blh la tahan.. tp y jnis x reti bahasa..main hmbus j asap merata-rata..tmpt y x sptutnya... n pling x suka klo dpn kanak2.. mujus husband lya bkn perokok.. n dia sndiri x suka bau rokok.. klo ada org hisap rokok kt asya..msti fain akn ambik buat lari anak dia..
BalasPadamKerana ‘orang sebelah’ saya memang merokok sejak dulu, saya terpaksa asing almari baju dan asing bakul baju kotor. Mujur dia merokok kat luar rumah jer.
BalasPadamTak larat nak bebel dah pun. Bukan bakar tembakau tapi bakar duit!
Aslkm KS
BalasPadamOrg merokok di mana2. Tak hirau dah...
Tu la kak cik, mereka yg besar dgn pangkat ni ssah nk dikata...dia ja yang sempurna, terang2 langgar peraturan, mcmana kita nk hormat dia..
BalasPadamSy mmg x ble bau asap rokok, tak suka, sgt rimas...dan sgt bersyukur sbb sekeliling yg terdekat kebanyakkannya tak hisap rokok..
Papan tanda cam gitu.. pada yg perokok tegar.. tak de nya dia nak takut.. dibuat depan2 lagi ada laa.. Kdg2 geram betul laa.. Dan paling dibenci kalau masuk dlm lift dia bleh plak merokok dlam tuh.. aduhai lemasnya..
BalasPadam