Kawan-kawan kakcik

Ahad, 22 April 2012

Kemalangan melibatkan pelumba basikal di JLT2 (MRR2)...

(Ramai yang tak tahu bila disebut JLT2 (Jalan Lingkaran Tengah 2), tapi bila disebut MRR2 (Middle Ring Road 2), baru terangguk-angguk kepala.  Jadi, benarkah Bahasa Melayu itu tinggi darjatnya?)

Kakcik tak pandai nak buat laporan dengan gaya bahasa seorang wartawan seperti yang Sham Ondscene buat, jadi kita tengok gambar dan sedikit catatan ya...

Lokasi : Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala Ampang berhampiran Stesyen Minyak Shell.
Tarikh  : 22/04/2012
Waktu  : 8.10 pagi

Sewaktu kejadian, kakcik dan suami dalam perjalanan menuju ke Wangsa Maju untuk menghantar Adik @ Budak Sepet dan dua orang kawannya mengikuti latihan bolasepak.  Kami berhenti sekejap di stesyen Shell untuk membeli roti.  Tiba-tiba suami ikut masuk dan menjerit 'ada kemalangan'.  Gambar-gambar berikut adalah hasil rakaman suami kakcik...


Kemalangan membabitkan sebuah motorsikal yang tiba-tiba 
meletup tayarnya lalu terus merempuh penunggang basikal 
yang sedang bersaing dengannya.

Mana pergi lagi satu roda basikal ini?

Beberapa orang segera datang untuk memberikan bantuan.

Rasanya roda ini tidak boleh digunakan lagi.

Mangsa sedang menekup luka di kepalanya dengan tuala yang
diberi oleh suamiku.

Anggota St. John Ambulance sedang memberikan
bantuan awal.


Luka di kepala mangsa sedang dibersihkan.

Kakitangan stesen Shell turut menghulurkan air sejuk.
Kebetulan juga sebaik kemalangan terjadi, seorang
anggota polis lalulintas melalui kawasan kejadian.



Penunggang motorsikal (warga Indonesia yang dalam
perjalanan ke tempat kerja) yang terbabit dalam 

kemalangan ini hanya mengalami cedera ringan.

Sewaktu kakcik dan suami berpatah balik selepas menghantar anak-anak ke tempat latihan mereka lebihkurang 15 minit kemudian, kelihatan ambulans dari Hospital Ampng baru sahaja meninggalkan tempat kejadian.


Kemaskini : Terlihat berita di Astro Arena - mangsa adalah pelumba basikal kebangsaan bernama Ng Yong Li.


19 ulasan:

  1. kesian penunggang basikal tu..banyak darah tu..terus rasa pening....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Cik

    laporan yang boleh dipuji

    moga mereka dipermudahkan ....

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...ramai yang memberi bantuan.

    BalasPadam
  4. dah bole jd protege abe sham neh..kekekekkek

    BalasPadam
  5. kakcik... seperti bahya jika berbasikal kan..byk kes kena langgar. huhu

    BalasPadam
  6. saya terpaksa scroll down cepat2 sebab sy ada maslaah dengan darah.. hehehe.. nnt..x selera makan dibuatnya kalau ditengok lama2..

    hm..

    mcm mane tayar tu bleh meletup??

    BalasPadam
  7. alahai kesian dia, nasib baik tiada yg serius. bersyukur ramai yg membantu

    BalasPadam
  8. tu dia teruk nya dia...nasib lg tak dak kematian ye...bila tngk basikal tu ngeri sungguh...

    BalasPadam
  9. kesian pulak kat penunggang tak pasal2 dia berdarah

    BalasPadam
  10. kesian ngan pelumba basikal tu , tak pasal-pasal kena rempuh, nak wat cam mana malang tak berbau. laju je cik ina baca cite kak chik ni, cik ina gerun sikit tengok darah-darah ni.

    BalasPadam
  11. Salam KS
    Malang tak berbau. Mama memang sukakan basikal, tapi selalu beraksi di jln yg disediakan utk basikal je.Tak berani lebih2.

    Istana tu buka 9-5. elok pergi awal, klu kena serbu rombongan budak sekolah, boring sikit. Terus masuk.

    BalasPadam
  12. kakcik,
    saya kalau tengok eksiden,lari jauh jauh.Takut darah.

    BalasPadam
  13. ha'ah tgk berita tadi.. pelumba basikal negara ni.. he's looking okay tadi tp still kena pemeriksaan lanjut..

    BalasPadam
  14. "assalamu'alaikum...adoii takutnya nak tgk..banyak darah..harap kecederaan tk serius,tp basikal tu nampaknya mmg rosak teruk.."

    BalasPadam
  15. kesiannya pelumba basikal ni..mesti mamat Indon tu tak servis motosikal dia. itu yg boleh meletup tu..

    BalasPadam
  16. saya pon kalo ada accident, takut nak dekat sbb takut tengok darah & mangsa yg cedera..

    moga pelumba tu takde cedera yg serius..

    BalasPadam
  17. Siannya dgn pelumba basikal nie,nasib baik kecederaan ringan je....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com