Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 Februari 2012

Rasa hati yang berbagai...


dingin sekali air perigi
dicurah ke tubuh berhati-hati
ingin riang secerah mentari pagi
namun ada rasa yang sukar dimengerti


Menitis embun di hujung daun
membawa basah ke muka bumi
dendam dan resah disimpan bertahun
tidak mengharap ada yang menyelami

memutih awan di kaki langit
cuaca mendung hujan tak jadi
terbakar hati tak nampak hangit
hanya nafsu memakan diri

hutan batu kian menjulang
tumbuhan hijau semakin pupus
biarpun luka semakin hilang
namun sakitnya sukar dihapus


Gambar dari arkib Google - macam-macam hal! Kalaulah Allah
menentukan bumi ini hanya untuk sesuatu kaum sahaja, bagaimana
pula jadinya?


36 ulasan:

  1. gambo last tu tetiba menyebabkan cheqna senyum sensorang
    alahai..macam2
    harap ma sihat =)

    BalasPadam
  2. Hehehehe...igtkan Kakcik bermonolog melankolik tadi. Upenye....best! Sinis! Hahahah!

    BalasPadam
  3. macam-macam no, politik ni boleh jadi lawak gak..huhu..
    ini bumi allah, masuk jela..hihihi

    BalasPadam
  4. Salam
    Moga bahagia.
    Kak chik ni pandai bermadahlah, ada2 saja modal dia..

    BalasPadam
  5. puas sudah naik perahu
    sesekali beralih naik jejambat
    baru ada kepuasan dihati
    hati terguris siapa tahu
    menangis sendiri sebagai pengubat
    berserahlah diri pada illahi

    BalasPadam
  6. Kakcik, moga kuat menghadapi rasa yang berbagai itu.

    BalasPadam
  7. kain rentang macam tu pun ada?
    kuat sungguh politik diorang ni yer

    BalasPadam
  8. tgelak saya ngan gambar takhir tu..dia lupa ni bumi Allah gaknya....masyaallah!!!

    BalasPadam
  9. patah ranting di hinggap kenari
    Terbang lari ke pohon sena
    Mengintai ikan didalam paya
    Berenang-renang dengan riangnya.

    Jangan di seksa hati sendiri
    Kelak badan sendiri merana
    Sudah jauh melangkah usia
    Hiduplah kita seadanya...

    BalasPadam
  10. Ikut ati mati, ikut rase binase kak..
    Senyum.. tak perlu kate ape2 :)

    BalasPadam
  11. kaklong bab2 politik ni tak ambik pot...lantak ler dio org...

    BalasPadam
  12. Kampung BN tu kat mana kakcik? hehehe

    BalasPadam
  13. mati sama je nanti masuk dalam kubur juga.

    memacam ragam org politik skang...

    BalasPadam
  14. banyaknya entri kakcik saya miss.. huhu.. sampaikan along tak sihat pun saya tak tau.. rasa macam dah makin jauh jer.. *nangiss*...

    rasa hati yang pelbagai jugak yang buat saya menjauhh.. bukan ngan kakcik, tapi ngan blogg.. hehe...

    BalasPadam
  15. salam mak =)

    memang sinis betul...ntah kmpung mana la tu ye?

    BalasPadam
  16. penuh puitis bait2 tu...

    pic last tu.. huhu..ada g2 yer??

    BalasPadam
  17. As-Salam KakChik...

    Amboi suka2nya dia meletakkan had dibumi Allah ni...

    Luahkan Rasa Terpendam didada
    Membuatkan Jiwa tenang Seketika
    Apakan daya itulah Fitrah Minda
    Luka Menyembuh Parut Terpandang Juga

    BalasPadam
  18. opsss kg mcm ni pun ada kaaaa ???

    Suka gambar2 kat atas sekali tu.... tenangggg jeee !! :D

    BalasPadam
  19. pening kepala cikgu nak memahamkan madah kak cik tu..tapi gamabr yang last tu paling tak tahan..hehe

    BalasPadam
  20. kakcik...

    kuatkan diri tabahkan diri..
    moga kakcik sentiasa dirahmati..

    BalasPadam
  21. hahah gambar yang last tu xleh blah...kahkahkahhhh
    mcm mcm btol la dunia politik malaysia skrng >_<

    BalasPadam
  22. Saya suka tengok gambaq awan yg pelbagai rupa tu :)

    BalasPadam
  23. Aiyooo hati saya ni tak tenang lagi gara2 jam hilang tu, mmg mcm2 rasa yang ada

    BalasPadam
  24. tak lama lagi peranglah. Perang poster, perang mulut...

    BalasPadam
  25. salam buat kakakku kakcik..

    kakcik selalu punya n3 yg seakan menggambar keperihan hati.. apa itu betul kakcik ?? dh lama nk tanya.. menyibuk ke saya??

    banner yg tu lambang kesombongan !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Dik Mad...

      sebenarnya kakcik hanya pandai 'berpuisi' bila ada kabus di hati... hehehe...

      Padam
  26. Salam Kakcik, ehh ada kampong nama Kampong BN yek? Idok ler teman tawu!

    BalasPadam
  27. cantik2 fotonya..
    teruja melihat..
    kemudian meneliti bait demi bait..
    yg tersurat dan tersirat..

    BalasPadam
  28. Salam semua...

    gambar terakhir tu kalau tak silap kakcik dirakamkan di sebuah kampung di Sabah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com