pilihanraya akan tiba
ramailah calon berlumba-lumba
semuanya ingin dilihat baik belaka
walau terpaksa bertopeng muka
pilihanraya akan tiba
orang lain salah belaka
yang betul hanyalah kita
ditunjukkanlah wajah tak pernah mencuka
pilihanraya akan tiba
semua ingin menghimpit ketua
pilihlah saya pilihlah saya
jangan hiraukan kata mereka
pilihanraya akan tiba lagi
semua calon menabur janji
walaupun terpilih belum tentu lagi
lembutkan lidah dari gigi
pilihanraya akan tiba lagi
ramai berangan menjadi menteri
lobi sana lobi sini
sampai lupa anak isteri mahupun suami
pilihanraya akan tiba
tahukah sebenarnya di mana hak kita
satu undi besar nilainya
sampai ada yang sanggup beli walau berapapun harga
pilihanraya akan tiba lagi
jangan terpedaya hanya dengan janji
yang telah lalu lihat dan kaji
jangan sampai pilihan membelit diri
notahati : coretan ini hanya sekadar untuk mengisi ruang kerana ilham tetap enggan mendatang...
penat bila tibanya pilihan raya
BalasPadambenci dengan sesetengah YANG BERKENAAN tiba2 tunjuk baik...semua nak dekati rakyat....yang jadi mangsa bebudak opis ni jugak huh
kakcik ada projek pilihanraya ke? pass la kat sini...
BalasPadamkak chik pilahanraya nak tiba, duit sekolah RM100 tak dapat lagi, kak chik tolong siasat.
PadamNaik pecah gak kepala otak, nak pilih yg mane satu nie. Wahahaha!
BalasPadamtak sabar nak pangkah. hihihi.
BalasPadamyg x sanggup bla tiba PRU ni ialah jammed...arghhh da la mengundi kt kg...
BalasPadampilihanray akan tiba,
BalasPadamtime ni lah mintak apa-apa.
sure dapat apa yang dipinta.hehhe
td mlm kat berita, dr M nasihatkan jgn gesa2 buat PRU sbb sokongan rakyat blm cukup kuat..
BalasPadampangkah muka sendiri jom mak!
BalasPadamrasa malas nak mengundi
BalasPadamBila agak tarikhnya ya?
BalasPadamTunggu!
Pangkah jangan tak pangkah:)
BalasPadamBila tarikhnya agaknya
BalasPadamjom kita jalankan tanggungjawab.. pilih mereka yang bertanggunjawab...
BalasPadamtanggungjawab kita mengundi.
BalasPadamtanggungjawab kerajaan, mempergunakan kekayaan dan hasil negara untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dan mencari sumber dan potensi baru menambah perbendaharaan negara untuk kemashalatan rakyat.
dengan kata lain mereka yang dipilih kena kerja kuat untuk rakyat. pastikan harta negara bertambah tidak menyusut; pastikan ekonomi, sosial negara tidak muflis; semua rakyat aman-damai baik budi pekerti.......itu..ini..dan banyak lagi tanggungjawab atas bahu pemimpin.
ada sesiapa bloger yg jadi calon...?
kak..
cukuplah kita sebagai isteri memimpin keluarga...tak terjawab kita di sana nanti.
tanggungjawab kita mengundi..meh la kita sama2 tunaikannyer..nak undi mereka yg boleh dipercayai dan mampu menggalas t/jwb..
BalasPadam