Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Februari 2012

Di suatu petang, bila angin rajin datang...

Tarikh kejadian : 08/02/2012. Balik ke rumah dari pejabat, solat 'Asar dan terus masak nasi dan lauk-pauk berikut...


baby carrot dan broccoli yang dicurah dengan sos lada hitam

orang kampungku panggil masakan ini ikan kembung masak asam rebus

nak resepi ikan kembung masak asam rebus tu?

senang saja - main campak-campak semua bahan ke dalam periuk dan jerang atas api hingga menggelegak dan isi ikan tu masak...

bahan- bahannya :

4 ekor ikan kembung
10 biji cili api (kalau suka pedas bolehlah letak lebih)*
5 ulas bawang putih*
seinci halia*
sebatang serai dititik
3 keping asam gelugur (asam gelugur tu asam kepinglah)

(yang bertanda * itu ditumbuk kasar/pecah-pecah saja)

sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa
(boleh juga letak secubit gula kalau mahu)

Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama air (agak-agak lebih sedikit menutup ikan) dan masaklah atas api (takkanlah masak atas air pulak, ye tak?).


sambal tumis tenggiri (nampak macam ikan sardin tin pulak)

Buat pengat pisang juga...


... dan ada teh o panas ...



32 ulasan:

  1. Salam,

    Kalau selalu angin rajin datang, beruntunglah seisi keluarga. heheheheh
    Lauk pauk tuh semua kena dengan selera saya dan siap pengat lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Nani...

      masalahnya angin rajin saya ni selalu pergi je, datangnya sesekali. :)

      Padam
  2. kak cik..selalu2 la hendaknya angin rajin tu datang..he hebest tu..ada pengat pisang lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Erna...

      pengat pisang tu dibuat sebab nak menghabiskan 4 biji pisang yang ada. Alhamdulillah, habis dimakan. :)

      Padam
  3. kalau dah pandai tu .. main campak-campak pun jadi.

    * sebelum ini saya komen guna platform surau saya (makmum). inilah contoh masalah yang saya nyatakan dlm blog saya.m

    BalasPadam
  4. org ganu panggil ikan singgang tapi tak letak serai r =)

    BalasPadam
  5. sempat buat pengat pisang lagi...lauk pun ada siap masak 3 jenis lagi...rajin nyer kakchik...

    BalasPadam
  6. ikan kembung masak asam rebus tu feveret en. abah. kalo ada cili potong+kicap lagi berselera dia makan nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su...

      kalau ada cili potong+kicap, makan dengan telur goreng pun sodap. :)

      Padam
  7. Wah... banyak kakcik masak. Brocolli anak-anak kakak suka. Asam rebus kakak suka kadang kakak masukkan nenas sikit. Sedap hirup kuahnya kakcik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie...

      masak yang ringkas macam tu bolehlah kakcik buat :)

      Padam
  8. Balasan
    1. Tina...

      Alhamdulillah. Ada juga yang hendak dimakan, kan?

      Petang ini belum tahu lagi.

      Padam
  9. errr rasanya sy perlukan resipi brocoli lada hitam ngan beby carrot tu =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baby carrot dan broccoli tu cuma direbus dengan sedikit garam. Sosnya, nanti mak tanya dengan bangcik! :)

      Padam
  10. lauk kampung ikan asam rebus tu sedap tau kakcik... memang wajib ada klu balik kg...hehe...pengat pisang pun sedap jug...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik kalau perut tengah lapar, semua makanan jadi sedap... hehehe...

      Padam
  11. kakcik, saya kalau angin rajin datang, pun takde la nak masak banyak jenis cam tu.. paling kuat pun, dari satu lauk jadik 2 lauk.. hihi..

    orang ganu panggil masak rebus tu, masak singgang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana...

      tak adale banyak mana pun kakcik masak tu, sesaja nak nunjuk je! ;-)

      Padam
  12. Assalamualaikum...wah...sesekali angin rajin datang yaa...semua sedap tuu...best :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Izan...

      angin tu bila datang, tak boleh ditahan. :)

      Padam
  13. Makanan no. 1, no. 2 dan teh o panas paling ella suka. BTW kak, ella hari2 memaksa diri untuk rajin sbb kesian kat aiman balik sekolah nak makan. hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak kakcik lebih suka lauk yang warna merah tu. Agaknya budak2 tak reti makan makanan yang mak diaorang suka makan sewaktu usia seperti mereka. :)

      Padam
  14. terimakasih resepi ya kakcik...
    ni kira berapa kali dalam setahun nak jumpa resepi dari kakcik ni..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...

      Q pejam mata pun boleh masak lauk tu, kan? Itu kira macam mimpi je kakcik boleh tepek resepi budak tadika tu...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com