Kawan-kawan kakcik

Ahad, 4 Disember 2011

Sarapan pagi di Bandar Baru Bangi...

Tujuan sebenarnya adalah untuk menunjukkan jalan ke rumah Dato' LF  kepada Along supaya senang dia datang pada 18/12/2011 nanti.  Kedatangan kami telah dimaklumkan lebih awal kepada Dato'.  Di samping itu juga kami ingin menghantar bekas-bekas pakai buang yang telah dibeli (terima kasih kepada Acu Sayang yang memberi sumbangan untuk membeli bekas-bekas tersebut).

Terima kasih kepada Dato' dan Datin yang telah bersusah payah (walaupun Dato' kata semua makanan itu dibeli) menyediakan hidangan untuk sarapan kami.

Nampak tak bekas plastik dan tali rafia tu?  Khusus untuk tapau makanan yang mungkin berlebihan nanti



Salah satu sudut yang menarik di kediaman Dato'

Sarapan sambil bersembang santai

Kenapa pulak Along tu? Si Ayah bukan main gembira lagi.  Datin pula sedang sibuk menghidang air.

Ada mangga. ada pulut kuning dan rendang daging serta kuih dan murtabak

Suka sangat hati Dato' bila makanan yang dihidangkan (kecuali pulut dan rendang) habis dimakan

Dah nampak macam sebaya pulak Along dengan Dato'
Dato' menunjukkan naskah Al-Quran kepada Along


Novel ini dipinjam dari Azie.  Baru saja aku habis membacanya.


17 ulasan:

  1. wah...ni bukan minum pagi...tetiba sy rasa sgt lapar lah kakcik..

    dan rasa sgt teruja bila ingat 18/12/2011 nanti..

    p/s boleh pinjam tk novel tu..

    BalasPadam
  2. rezeki oh rezeki, ngidam pulut kuning la plk.....wah kak cik..dah siap prepair utk acara tapaw nanti!..cayalah..pengalaman lepas ye...

    BalasPadam
  3. cantik dan mendamaikan rumah beliau ya..:)

    alhamdulillah..rezeki jangan ditolak...

    BalasPadam
  4. salam ma
    lama tak bertegur sapa..maklumlah sibuk..
    yang penting...novel tu dah lama habis baca..=)
    nanti sampaikan salam pada dato' ye...

    BalasPadam
  5. tengok novel tu..teringat ada lg 5 bijik novel tak baca lagi...:)

    BalasPadam
  6. Seronok tengok KAKCIK berkumpul lagi. Wahhh awal-awal dah makan pulut kuning yaaa.

    Azie pun dah habis novel pertama Kakcik tu, tinggal novel yg kedua pula.

    BalasPadam
  7. SALAM,
    TKASIH BYK2 KERANA SUDI DATANG. TETAMU TU REZEKI, KAKCIK. AZIE, MENGAPA TAK IKUT SAMA? RAKAN2 BLOGGER PUN DIJEMPUT SINGGAH ... TAK SEMESTINYA 18 DIS. .. LF BOLEH BERIKAN NO HP SUPAYA SENANG BERHUBUNG BILA NAK DATANG (HANTAR EMAIL KPD luahfikiran@gmail.com)

    BalasPadam
  8. wow.......
    rumah dato mmg cun..

    kakcik, novel tu mmg best kan

    dan nak komen
    nak komen tang plastik..
    mmg banyak yang boleh ditapau nanti..
    mcm best..
    hehehhe
    makanan

    BalasPadam
  9. sarapan di sanalah ye kak cik
    meriahnya...sya terasa nak makan pulut kuninglah pulak bila tengok gambar tu (,")

    BalasPadam
  10. "salam kakcik..emm lama saya tk jenguk sini,maklum ler sibuk sikit..smga majlis tu nnti berjaya capai matlamat..saya....insyaallah,suami cadang nk balik kg...kalau tk dpt pegi tentulah saya sedih...sbb pertemuan pertama dulu pun tk dpt.."

    BalasPadam
  11. wowowowo...pulut kuning...tapi tak dapat makan dah..fobia kena migrain...huhu

    BalasPadam
  12. 'kais pagi, makan smpi esok' neh....ahahaahh...sy suker 'gajet' utk acara 'penapauan' ituh...

    BalasPadam
  13. Rezekikan kakcik...

    Novel tu saya pun ada tp belum sempat nk baca lagi ni....sibuk la plk cuti2 sekolah ni...

    BalasPadam
  14. saya sangat suka makan pulut kuning dengan sambal tumis N9. sambal tumis n9 ada kuah bersantan.

    BalasPadam
  15. seronok juga melihat alam blogger berjaya membina ukhwah persahabatan yang baik.. (",)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com