Islam bukan hak orang Melayu
bukan juga hakmilik parti politik tertentu
jangan bercakap tentang Islam
hanya atas landasan terpilih-pilih
lihat dan baiki dulu diri dan keluarga sendiri
sebelum melaung-laungkan tentang betapa sucinya Islam
sebagai panduan dan tunjang kehidupan
Syurga itu adalah
untuk mereka yang taat dan patuh
kepada Allah dan Rasulnya
bukan untuk mereka
yang hanya berikrar
hidup dan mati
atas nama parti politik tertentu
Wallahuaklam.
politik punya pasal ugama jadi alasan...
BalasPadamermmmmm...!
ukur baju di badan sendiri...sesekali boleh jg ukur di badan orang jika sudah menjadi tukang jahit yg mahir.
BalasPadam..skap org Melayu sendiri yg tanpa segan silu telah menempah Islam itu hak Melayu.
BalasPadamSemalam, peniaga Cina Muslim telah mempelawa 2 org Cina bukan Islam utk membeli nasi lemaknya. Cina Muslim itu memakai tudung dan suaminya berkopiah. Mereka berkomunikasi dlm Mandarin. Dan tak semena-mena, Cina bukan Muslim berkata begini;
"Wah, bahasa Cina kamu bagus,"
Sy tersenyum. Mmglah bgs sbb Cina Muslim itu mmg Cina. Sejak kecil berbahasa Cina. Dan sy mengeluh. Asal bertudung, bangsa lain sudah menganggap org itu org Melayu. Kenapa? Orang Melayu sendiri ada jawapannya.
assalamualaikum kakakku kakcik..
BalasPadampada pandangan saya, dalam suasana politik semasa, saya harus memilih sebuah parti politik yang lebih dekat dengan jalan yang ditinggalkan oleh rasullullah.. yang sekurang2nya berani menyatakan Islam sebagai asas perjuangan..apa lagi pilihan saya meskipun kepincangan tetap ada..perjuangan bangsa tiada sudahnya..tegakkan agama Allah nescaya tegak dan kuatlah bangsa..
selain tanggungjawab membaiki keluarga dari rumah, suasana/persekitaran juga harus dibaiki..bukankah ramai yang rosak kerana pengaruh persekitaran..kita mampu 'melihat' anak2 di rumah..di luar bukan lagi kemampuan kita.. godaannya terlalu kuat.. dan, untuk mengubah suasana/persekitaran adalah dengan jalan politik..
mungkin saya tersilap..hanya sekadar pandangan..
kadang2 bila berdepan dengan situasi 'ke-parti-an' dengan membelakangi keutamaan persaudaraan sesama Islam yang bersatu padu...memang merimaskan...
BalasPadam:(
Moga matlamat dan tujuan hidup kita boleh disatupadukan....
tak mengapa jika kita thiqah pada politik tertentu jika politik itu benar-benar berusaha ke arah penegakkan Islam bukan setakat dari kata-kata semata tapi dari sudut amalannya di rumah, di pejabat dan dalam masyarakat.
BalasPadamKak cik...sukalaa dengan tajuk entri ni... betullaa orang duk guna nama Islam untuk politik...tapi Rasulullah SAW.. dulu tak ada parti pun...heheh
BalasPadamdalam quran ada perkataan hizbu... hizbu ni kalau tak silap hamba maknanya partilah.
BalasPadamhuh! biler 'depa' dok ulang2 beberapa istilah Arab yg kunun 'pemimpin' kita yg utarakan, hati terasa panas. telinga rasa mcm nk bernanah...aduii..duiii..
BalasPadam