Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Disember 2011

Mana perginya minyak masak...

Assalamu'alaikum dan salam 10 Muharram (klik untuk sedikit pengetahuan).  Selamat berpuasa sunat  kepada yang berpuasa dan semoga amal ibadah yang dilakukan kerana Allah, akan mendapat ganjaran yang setimpal dariNya.

Ini cerita petang semalam...
Aku singgah si sebuah pasaraya besar untuk membeli sedikit barang-barang dapur.  Aku benar-benar terkejut bila melihat rak minyak masak (minyak sawit) yang kosong sekosong-kosongnya.  Aku terlepas maklumatkah?  Ada apa-apa berita tentang kenaikan harga minyak atau bekalan yang dihadkan yang aku tidak tahukah?

Ada sesiapa yang tahu?  Mari kita berkongsi cerita.

36 ulasan:

  1. saya pun tk faham kakcik...pi beberapa pasaraya, camtu ler keadaannya...rak clear belaka. Depa kata stok takder. hai, takkan semua jenama, kan? camner benda penting camtu sama jer kesnya? tak pernah amik iktibar ker?

    yg tinggal cuma jenama pasaraya tu sendiri, kalau tesco - tesco ler. Kalau care4 - care4 ler...nak taknak terpaksa ler beli yg jaiyen punya...

    rasa langkah semakin ketat tertolak utk mengikut arus...

    BalasPadam
  2. yeke kakcik, taktau lah pulak sebab tak beli brg rumah lg

    ini mesti ada kes sorok minyak kot dgn harapan dpt lah naik harga

    BalasPadam
  3. tak perasan plk...tp minggu sblm2 ni kat sini selalu je kekurangan stok minyak masak, untung pcl dapat hemper hari klrga haritu...ade gak termasuk minyak botol besar...

    BalasPadam
  4. Saya pun tak perasan Kak Cik. Sebab selalu beli botol yang besar, tahan sampai sebulan lebih. Tu dok ada lagi, jadi tak ler mencari nya.

    BalasPadam
  5. Q...

    semalam kakcik singgah di tesco, minyak jenama tesco tu pun yillek! yang ada minyak jagung dengan minyak bunga matahari je... :(

    BalasPadam
  6. Tina...

    takkan sebab musim hujan, minyak dah jadi ikan, kan? :(

    BalasPadam
  7. PCL...

    selalu tu kalau tak ada jenama yang biasa kakcik beli atau jenama terkenal, jenama tesco adalah juga. Tapi semalam sebotol minyak sawit pun tak ada! :(

    BalasPadam
  8. Azie...

    kakcik memang beli minyak yang botol 5kg tu dan selalu buat stok 2 - 3 botol. Bila perasan minyak kat rumah kakcik hanya tinggal sebotol, naklah beli lagi sebab hujung minggu nanti nak buat sedikit kenduri. Boleh tak ada pulak... :(

    BalasPadam
  9. kat sini belom ada lagi berlaku...
    tak tahulah kot hari ni dah mula buat hal....haiii...!!

    BalasPadam
  10. kat care4 dan giant nampaknya masih nampak deretan minyak jenama mereka...try lar cari.......

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...

    Gara-gara nak naikkan harga minyak masak lagi ker?

    BalasPadam
  12. selamat berpuasa sunat kakcik,
    saya tak tahu pulak kehabisan minyak masak sekarang ni.

    BalasPadam
  13. Kaklong...

    kalau sempat, hari ini kakcik nak buat tinjauan di tempat lain. :)

    BalasPadam
  14. Q...

    nanti kakcik cuba cari di ka4 atau jayen tu - kalau tak ada juga, kakcik nak cari kat kedai sinseh! hehehe...

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummusasalam Ustaz...

    tak tahulah kakcik... tapi kemungkinan itu tidak mustahil, kan? :(

    BalasPadam
  16. eLL...

    kakcik masih 'cuti'. Rasanya bukan habis, tapi 'tersembunyi di mana-mana'. Atau mungkin juga ramai yang beli borong untuk memasak makanan kenduri. :)

    BalasPadam
  17. tak perasan..sekilo sebulan ;-) tu psal tak perasan..beli kat kedai runcit dalam taman nampak ada je

    BalasPadam
  18. Irfa...

    tak banyak guna minyak untuk memasak, ya? :)

    BalasPadam
  19. Tak cari barang dapur lagi.. harap takderlah sesi sorok2 minyak masak..

    BalasPadam
  20. Aishah @ RK...

    letihlah main sorok2 ni, kan? :(

    BalasPadam
  21. betul tu kak, saya pegi tesco 2 minggu lepas pun rak minyak kosong, kat rumah cuma ada sebotol aje lagi minyak

    BalasPadam
  22. Su...

    tak ada minyak, nampaknya kena masak yang rebus2 atau kukus2 sajalah nanti. :)

    BalasPadam
  23. taktik nak naikkan harga barang sebelum mengundi lah ni....hurm

    aku pun terkena jugak ari tu..

    BalasPadam
  24. ntah la kak,
    kat tempat saya ni ha.. minyak masak rak dia dah lama tak penuh..
    ta tau pehal..
    sedangkan melesia kan pengeluar minyak sawit utama dunia kan..

    BalasPadam
  25. Selamat berpuasa sunat kakcik..

    pe kena tetiba minyak habis..saya un kurang mengetahuinya..petang ni berbuka ngan makanan rebus2 jelah....

    BalasPadam
  26. jedi...

    apakah kena mengenanya harga barang dengan PRU ya? Nak kumpul duit? :(

    BalasPadam
  27. Alien...

    sama juga dengan petrol... kan...kan...kannnn... :(

    BalasPadam
  28. Wani...

    kakcik lebih suka kalau Wani panggil 'mak' macam dak bujal tu. :)

    BalasPadam
  29. Sal...

    yang rebus2 tu lebih baik untuk kesihatan, kan? :)

    BalasPadam
  30. Ye lah Kak Cik, semalam baru je shopping barang dapur. Tengok kat rak minyak masak semua kosong... Satu pekan Batang Kali kami round cari minyak masak tapi semua yillek.

    BalasPadam
  31. Syani...

    pelik kan? tiba2 pulak minyak masak hilang dari pasaran. :(

    BalasPadam
  32. ala-mak!
    *pankat anak ke teman ni hehehee*
    minyak kat ghomah nun dh kughang stengah botoi.. kene gi memburu ni

    BalasPadam
  33. AzeedA...

    kalo nak jadi 'anak' kakcik pun apa salahnya. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com