Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Disember 2011

Doakan ...

...semoga Dato' LF segera pulih dari kesakitan frozen shoulder yang beliau alami sekarang. Sehubungan dengan itu untuk tempoh beberapa hari ini blog beliau mungkin tidak dikemaskini.

Doakan juga semoga adik kita Wani Si Ibu Muda berjaya dalam kerjaya yang baru diceburinya walaupun terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak tercinta buat sementara waktu. 

Gambar di crop dari laman web HotFM.

Dan jangan  lupa mendoakan kesejahteraan mereka yang menyayangi mahupun memusuhi kita samada secara nyata atau dalam diam.  Hanya Allah yang merupakan Hakim Yang Maha 'Adil dan berhak menjatuhkan hukuman kepada siapa yang Dia mahukan.

Jangan lupa juga bahawa, azab sengsara tidak akan turun hanya kepada mereka yang berbuat dosa.  Andai kita berada dalam kelompok yang sama walaupun dengan keimanan yang berbeza, tidak mustahil untuk kita terkena tempias dosa orang lain bila kita hanya mampu berkata 'kubur dia dan kubur kita adalah tidak sama'.

Wallahhuaklam.


28 ulasan:

  1. betul tu kakcik
    kawan saya kata 'mmg la kubur kita tak sama.tapi kalau kubur kita sebelah menyebelah,ko kena bantai ngan nukar nakir..aku nak tido pun tak senang.bising tau tak"w,pun ayat bergurau tapi dalam maknanya

    moga dato LF cepat pulih dan dik wani kita sukses di tpt baru

    BalasPadam
  2. salam...amin amin.... semuga allah memberi rahmat...

    BalasPadam
  3. ....sy setuju dgn Kakcik. Apa salahnya menegur antara satu sama lain tapi bukan dengan mencemuh. Hati manusia, tak semua boleh terima dengan hati yang terbuka bila tak kena cara. Kalau artis itu berpakaian seksi dan kita asyiklah nak mengutuk dia, agak-agak adakah dia akan terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan?

    Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan semua umat Islam di atas muka bumi ini dan semoga kita semua dilindungi dari kejahatan dan keburukan. Amin!

    BalasPadam
  4. bak kata Ana Raffali, tolong ingatkan aku...

    BalasPadam
  5. saya juga ingin mendoakan kesejahteraan untuk semuanya...
    betoi azab sengsara tidak turun kepada yang hanya berbuat dosa, dulu kalau kat kampung adalah berlaku sesuatu dinamakan bencana maka orang ramai berkata ni derler orang buat dosani....

    BalasPadam
  6. bujal...bukan sy mekap sendiri lah :p

    kakcik...terima kasih atas doa...kalau dtg kelantan nanti jgn lupa calling2 tauuu

    minggu ni mode sedihhhhh...tak dpt byg cemana nk handle anak2 dgn bantuan umi, bukan suami :(

    hopkos kena kerja keras lg...kesian kt umi kalau nk harap semuanya kat dia :((

    wahhhhh...rasa nk nangis!

    BalasPadam
  7. so swet ( past tense)..trime kasih kak cik atas entri ini...

    BalasPadam
  8. Sekarang ni semakin kerap dengar ' kubur aku.. kubur kau lain-lain, jaga kubur masing-masing sudah la.. Masyaallah!..

    BalasPadam
  9. semoga segera diberi kesembuhannya...

    er sakit tu bagaimana puncanya ya?
    apa simptomnya...apa jenis rawatannya...kakcik tau ker?

    BalasPadam
  10. semoga semuanya baik2 je dan sentiasa di bawah lindungan Allah

    BalasPadam
  11. Q...

    klik kat perkataan frozen shoulder tu... InsyaAllah akan bertemu jawapannya. :)

    BalasPadam
  12. terima kasih kak cik kerana mengingatkan. :)

    BalasPadam
  13. Semoga dato cepat sihat & buat wani moga berjaya dalam bidang yang diceburi..bukan senang nak berjauhan dengan yang tersayang.

    BalasPadam
  14. insyaallah sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan dao' LF...semoga segera sembuh dari penyakit yang dialaminya.

    BalasPadam
  15. Sallam Kak cik,

    Bila Dato' LF kena sakit tu,
    Saya doakan semuga Dato' cepat sembuh. Dan saya doakan juga wani berjaya dan selesa ditempat baru.Aminn.

    BalasPadam
  16. semoga Allah beri kesejahteraan kepada kita semua. amin....

    BalasPadam
  17. betul tu kak cik.. saperlah kita nak menghakimi dosa pahala iman seseorang tu kan... hanya Allah yg Maha Mengetahui!

    *lawa dak wanie ni..
    *semoga Dato' LF cepat sembuh!

    BalasPadam
  18. semoga dato' lf cepat sembuh.

    comeynya wani tu..super cute!

    izan tak pasti ada di mana tarikh tu kak,sbb izan ni ikut suami keje merata2..teringin jugak nk join =)

    BalasPadam
  19. Salam kenal kak Cik


    Semoga semiannual diberikan kesihatan untuk terus beramal :)

    BalasPadam
  20. ***semoga semua diberikan kesihatan untuk terus beramal..

    BalasPadam
  21. Semoga frozen shoulder Dato LF cepat sembuh. Frozen shoulder mmg boleh jadi masalah yg kronik.

    BalasPadam
  22. Amin, semoga doa Kita semua dimakbulkan Nya

    BalasPadam
  23. Semoga Dato' LF sembuh dengan segera.

    Wani .. gonna miss u my dear. Hope u happy di sana.

    BalasPadam
  24. salam buat kakakku kakcik..
    berdoa utk kesejahteraan sahabat, keluarga juga yang seagama itu memang dituntut dalam beragama.. sebab itu dlm doa lepas sembahyang dan doa2 lainnya dimasukkan juga doa kesejahteraan buat sekelian muslimin dan muslimat baik yg masih hidup maupun yang telah terlebih dahulu pergi.. dan buat mereka yang kakcik nyatakan.. moga mereka segera sembuh uga diberkati Allah hendaknya..

    t kasih atas komen kakcik di blog saya.. saya terlalu rendah diri agaknya ye kakcik..?

    BalasPadam
  25. terimakasih kakcik...

    apasal plak kali ni tak ingat nak mengugel hehe

    BalasPadam
  26. cian dato... didoakan beliau cepat sembuh n adik wanie tabah dgn dugaan beliau...amin3!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com