kamu dipilih dan diangkat oleh rakyat
yang merasakan kamulah yang terbaik dan terhebat
bukan untuk menjadi wakil yang merembat
sebaliknya untuk menyampaikan keluh kesah
kepada mereka yang terlepas dari melihat
sebelum ini kamu dilihat sangat bersopan
tiada masalah untuk bersapaan
bertepuk tampar bagai seorang teman
tiada cebik atau geli yang dipamerkan
bila memakai gelaran YB
tiba-tiba kamu berubah tabii
bagai jantan dayus yang takut bini
bergesel bahu pun kamu buat tak peduli
rakyat yang mengangkat kamu lupakan
sebaliknya kamu selesa dengan mereka yang sama jawatan
tak mainlah hendak makan di tepi jalan
sekurang-kurangnya mestilah dalam restoran
pintu pagar rumahmu mula tertutup
berpergian pula dalam kereta yang gelap litup
langsung tiada peluang untuk rakyat mejenguk
kononnya kamu betul-betul sibuk
sekarang kamu telah mula lupa
pada mereka yang dulu kamu rayu undinya
bagai kamu dan mereka tidak lagi setara
layaknya kamu hanya di majlis raja-raya
tidak lama lagi akan tiba musim mengundi
kelibat kamu muncul kembali
mengajak bersembang-sembang di kedai kopi
seperti masa lapangmu banyak sekali
apakah kamu menyangka
pengundi kamu itu bodoh belaka
perbuatan kamu terakam di kepala
tidaklah mereka hendak dipijak buat kesekian kalinya
jangan bermain dengan janji palsu
kerana akan terbukti juga pembohonganmu
jangan bermain dengan wang ringgit
takut nanti tiada pun tulang untuk kamu gigit!
...bila sudah menjadi kertas pengesat, layaknya hanya dipam ke dalam mangkuk tandas... |
musim PRU @ PR je tunjuk muka, tunjuk baik.
BalasPadamahli politik mmg gitu
BalasPadamuiiihhh kakcik....
BalasPadamcantik toilet...heheheh
um janji tak tertunai berdosa la jawabnya ~
BalasPadampolitik ... duit ..janji ...pas tu hilangggg ...
BalasPadam.. toilet jugak tempat semua org pasti masuk setiap hari ... hahaha
bestla sajak kak cik ni..sapa yang makan cili akan terasa pedasnya..kan?kan?..hehe
BalasPadamsetuju 100%...pandai je janji macam2..nyampah tau..
BalasPadamLumrah bukan hanya di Msia tp seluruh dunia.
BalasPadamJgn flush tisu...t jamban tersumbat!
x sabar nak balik kg mengundi. geram je kan..mana2 parti pun sama. wang ringgit, nama dan kemasyhuran tu yang dia nak
BalasPadamkakcik..lumrah la tu..janji manis masa pilihan raya jer..
BalasPadamSALAM,
BalasPadamBETUL SANGAT TU, KAKCIK. WALAUPUN TAK DINAFIKAN ADA YB2 YG CUKUP PRESTASINYA ! SEDARLAH DIRI TU !
KAKCIK, LF TERTARIK DGN FOTO TU ! TANDAS KAT MANA TU ! BERSIH BUKAN MAIN !
saya tahu sapakah wakil rakyat ituu.. berita dalam paper 2-3 hari ni..
BalasPadamkakcik, kalo pam tisu dalam toilet, nanti toilet tersumbat...
biasa la tu ma
BalasPadambukan setakat YB..sekeliling kita pun ada gak yang jenis macam gitu
ye sokong benor kate cheqna.. di mane jua. sentiasenye kene ade udang di sbalik mee kalo baik luor tebi'i tuu.. kan ;)
BalasPadamdepa lupa, depalah org pertama akn disoal di akhirat kelak
BalasPadamMcm biskut, kejap ada lamaaaaaa takde... Jawab le di akhirat
BalasPadamye kak .. nyampah kan .. tu yg saya malas nak amik tahu hal2 politik nie .. huhuh
BalasPadamtapi suke sbb dpt duit tuu .. hak kita kan kak .. dah bayar gov taq huhu
ati pun bengang dan tak mau
BalasPadamsokong YB dun dengkil...
kalau minta tolong...byk alasan..huh!