Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 November 2011

Takut menang ke?...

bola tu bulat anak-anakku
ditendang atau tidak 
ia masih boleh bergolek


jangan bangga sangat 
dengan nama yang dijulang-julang
kerana
silap sedikit sahaja
nama itu akan terus dilupakan


12 ulasan:

  1. Tengok bola jugak ni kak cik...tension...tension...dah masuk la pulak bola tuuu...

    BalasPadam
  2. Ain...

    tu la pasal... tension betul la... :(

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum my dear KakCikS:)

    Saje mengalih perhatian dtg menjenguk ke teratak KakCikS nii...tak leh lama2 tengok..darah gemuruh !!!hehe

    BalasPadam
  4. saya cuma dengar dari jauh jer...cemas nengok bola ni...tapi hiruk pikuk depan tv tu macam pandai bebenor main...!

    BalasPadam
  5. ayu tak minat bola..

    tapi bagi sokongan buat permain kebangsaan...

    tak reti bersorak sebab takut umai terjaga.. heheh

    BalasPadam
  6. sedang penalty sekarang..
    saya dah cabut dulu
    stress heheh...

    apapun bravo utk rimau malaya dan apek!

    BalasPadam
  7. Azie...

    sebab malas hendak menambahkan stress, kakcik lelapkan mata. Bangun semula di akhir perlawanan untuk mendengar ulasan dari si BS. :)

    BalasPadam
  8. Wa'alaikummussalam adikku Tinie...

    boleh kena serangan sakit jantung, kan? ;-)

    BalasPadam
  9. Ezza...

    mulanya kakcik ingat nak ajak suami 'menjengah2' ke kedai makan/kedai mamak untuk tengok suasana, tapi fikir2 balik - tarik selimut lagi best! :)

    BalasPadam
  10. Ayu...

    kakcik pun tak minat sangat, tapi bila pasukan kita bertemu dengan pasukan yang penyokongnya lebih sudu dari kuah, sokongan kakcik pastinya untuk pasukan kita. :)

    BalasPadam
  11. Q...

    akhirnya patah juga sayap garuda itu. Puas hati kakcik. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com