Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 November 2011

Catatan ke 1000 - Renungan ...

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.

[Surah Al-Ankabut: Ayat : 2-3]

notahatiyangkadangkalahilangkewarasan : biarkan sahaja apa orang hendak kata, kerana aku tetap begini juga.  Tidak akan berubah nasib seseorang sekiranya dia sendiri tiada usaha hendak mengubahnya.



14 ulasan:

  1. Betul.

    Dan juga dialog spt ini;

    AKIBAT HIDUP TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH, MUDAH SAJA MEREKA MELAKUKAN DOSA.

    Manusia itu ciptaan Allah yang mulia namun masih hina dan kerdil di sisiNya. Walaubagaimanapun, setiap dosa jika kita bersungguh bertaubat dan berjanji tinggalkan, Insya-Allah akan diampunkan Allah.

    Sbnrnya, sy tujukan ayat2 tu utk diri sendiri juga.

    BalasPadam
  2. Saya akan cuba berubah kalau ianya untuk kebaikan diri dan keluarga.. :)

    BalasPadam
  3. Kakcik - terima kasih atas pesanan, saya tak pernah gi sekolah Agama seumur hidup, sebab sekolah kat oversea sejak tingkatan 1. banyak yang saya tak tahu, tapi banyak tanya kat orang yang tahu.

    BalasPadam
  4. Ayat ayat Al Quran seperti ini juga boleh dijadikan motivasi utk diri kita supaya bersabar dan redha dalam menghadapi ujianNya

    BalasPadam
  5. Redha kalau diuji tapi doa mohon tidak diuji dgn yg berat-berat hingga boleh menggugat keimanan kakak hendaknya...

    BalasPadam
  6. betul tu kakcik.
    yg penting kita jd diri sendiri.
    kata2 org tu ibarat angin lalu je

    BalasPadam
  7. saya selalu ingat bab nih kakcik
    tapi tiapkali kena uji selalu jugak lupa...

    BalasPadam
  8. smg kt semua tabah lalui ujian dan dugaan masing2.. amiinn..

    BalasPadam
  9. Ujian akan membuatkan kita menjadi lebih bersyukur.

    BalasPadam
  10. setuju kak ..
    perubahan itu perlu jika kearah kebaikan :)

    BalasPadam
  11. saya berdoa semoga saya menjadi orang yang lebih penyabar.

    BalasPadam
  12. saya doakan semoga kakcik diberikan kekuatan dan kesanggupan untuk menempuh dugaan dengan sabar dan redha...

    berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com