Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 November 2011

Alahai Astro...






Bila hujan terganggulah siaran.  Dimanakah yang dikatakan peningkatan perkhidmatan sejajar dengan peningkatan kadar yuran bulanan?  Atau peningkatan yuran itu semata-mata untuk menampung kehendak-kehendak pengurusan syarikat dan bukannya untuk kepuasan pelanggan?

Jom jenguk ke sini sekejap : http://nyanyisunyi-nyanyisunyi.blogspot.com/2011/11/dalam-kenangandan-dalam-debaran.html


notahatiyanggeram : bukan ada sesiapa pun yang paksa suruh melanggan perkhidmatan itu, kan?  Jadi apa masalahnya kalau ditamatkan sahaja langganan itu?.  Setakat seorang sahaja yang tidak berpuas hati, tidak menjejaskan apa-apa langsung.  Berjuta lagi pelanggan yang setia, kan... kan... kan...

31 ulasan:

  1. Tak jugak kak....ramai yg tak puas hati....tapi tak de pilihan....kalau tak ambil kang...guna antena biasa...siaran tak terang....nasib badan lah....nak ambil UNIFI..mahal plak tu...uhukz

    BalasPadam
  2. yesss.. sangat setuju..dengan nota kaki kakcik..
    hehehehe

    PS: bila bulan november kembali pastilah cuaca tak menentu kan..

    BalasPadam
  3. pakai unifi... internet laju, gambar iptv pun cantik sebab HD.

    BalasPadam
  4. SALAM,
    SETUJU KAKCIK ..... ALAHAI ASTRO ! PELANGGAN MEMBAYAR SETIAP SAAT, TUAN ASTRO !

    BalasPadam
  5. natijah nya..
    sekarang kaklong tak guna lagi khidmat astro...

    bayaran dah macam tak mampu lgi nak cover...
    kualiti perkhidamatan...hampehhhh!!!

    BalasPadam
  6. sbb x ada pilihan kan..walaupon mahal camane pon terpaksa langgan gak..tp amik yg basic jerla..

    BalasPadam
  7. kakcik, mmg takder yg paksa, sbb tu depa amik kesempatan kot...part bayar takleh lambat, part servis mcm t**k ek?

    A- AKU
    S- SENTIASA (tak pernah ngelat)
    T- TITIPKAN
    R- RINGGIT KAT ENGKAULAH
    O- OIIII...PRIHATINLAH SIKIT!

    oops, b'day girl mana boleh hot ek?

    BalasPadam
  8. musim tengkujuh dah nk sampai dah.. be prepare

    BalasPadam
  9. gituhlaa, kakcik...hmmmm... depa neh telinga tembok semernyer... org dok hentam depa rilex ajer. kable beso pak menteri kan?

    BalasPadam
  10. ha~~seb baik saya takde astro~~mak standby la antena biasa~at least ble layan tv3~he~~

    BalasPadam
  11. saya ada langgan unifi..walaupun service unifi ni bagus tapi channel yang ditawarkan masih belum menarik minat untuk membeli channel. Just pakai apa yang ada sebagai standby kalo astro jadi kelam kabut begini

    BalasPadam
  12. kak cik nak tau tak?? anak2 saya terus tutup TV kalau ujan renyai pun, sangka diorg gmbr dh jadi mengong2 gitu tandanya TV nak meletup...hahahahha...

    tiada rasa sakit hati tgk gmbr jadi gitu heheheh

    BalasPadam
  13. umah tina mmg tak subscribe astro, sebab jarang tgk tv lepas tu skrg ni guna unifi, lagi lah tak memerlukan astro, mahal lah bil dia

    BalasPadam
  14. Tak leh nak terminate astro kakchik..kalau tak pakai nanti gambar tak cantik..pas tuh anak suka tgk citer katun dan hubby suka tgk dokumentari.. abis camno.. :)

    BalasPadam
  15. patutnya .... naik harga ...naiklah qualitikan .... kita juga jadi mangsa ....

    BalasPadam
  16. betullah kak.. dlm rasa tidak puas hati dan sakit hati, setiap bulan masih lagi mahu membuat bayaran dan menerukan perkhidmatannya..

    BalasPadam
  17. hehehe...kakcik, kl kat umah sy ni kan, kl tak pakai astro, mmg laaa takkan dapat siaran lain...sbb tu kene pakai jugak...huhuhu

    BalasPadam
  18. Kakcik!

    Nota hati yang geram Kakcik tu mmg cool! Ada sinisnya tu Kakcik! Hiks~

    BalasPadam
  19. air dok bertakung dalam disk astero tu kak!!!

    BalasPadam
  20. musim hujan dia mragam sket. sib baik sy takde astro ;)

    BalasPadam
  21. terganggu citer soffiya buat sementara waktu... huh

    BalasPadam
  22. Rumah Ate tak ada Astro :).

    Tapi certain tempat mmg kena ada. Mcm di sabah. Kalo tak ada Astro, TV1 pun tak terang.

    BalasPadam
  23. kak cik...
    rumah aina ASTRO diharamkan oleh Pak Tuan...:)

    BalasPadam
  24. selagi ada hujan, selagi tu lah siaran akan tetap terganggu. Upgrade ke, peningkatan ke, apa ke... hujan astro tak boleh halang

    BalasPadam
  25. Kakak memang tak langgan astro selagi anak belum pandai bahagikan masa mereka...

    BalasPadam
  26. skang ni lak tengah musim ujan, apa lagi sokmo la astro takde siaran ye kakcik.. hihi.. kadang umah kita tak ujan pun siaran tak de, agaknya ujan lebat kat stesen besar dia kot..

    apsal kalo takde siaran je ada satu dot kuning kat skrin tivi. dulu dot tu bentuk petak, skang ni bentuk bulat. hehehe..

    BalasPadam
  27. betul tu kak chik, dia tak heran pun dah jadi no 2 terkaya di Malaysia.sorang tamatkan astro, 10 org dapatkan .cik ina je tak de astro lagi.kui kui.

    BalasPadam
  28. memang bengang kan kak. esp bila tgh climax tu..hee

    BalasPadam
  29. Itulah masalahnya bila Astro sahaja memonopoli siaran TV berbayar di Malaysia...org komplen setuja kali pun, walaupun dah naik harga, dia tetap buat bodoh. Sebab dia tahu, org kalau komplen bagai nak rak pun, tetap akan guna khidmat dia.

    BalasPadam
  30. setuju bebenor dgn DZ tu..

    nak batal...kang susah dpt siaran!

    BalasPadam
  31. mertua teman dh kensel estro sbbkan gangguan2 tu le. sekrg tgk unifinye tv je.
    teman tgk siaran2 yg cocok erial ateh bumbong tu ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com