Kawan-kawan kakcik

Ahad, 2 Oktober 2011

Sabtu - edisi tak lekat di rumah ...

Sebelum 7.30 pagi keluar dari rumah bersama suami ke Padang Astaka, Petaling Jaya.  Ada pertandingan 'paintball' antara pasukan-pasukan dari BERNAS.


Pn Cyanamoose sedang menemuramah En. AWE(orang Terengganu).  Aku
keliru sebenarnya sama ada En Awe ini Melayu atau Cina?  BMnya sangat fasih.

Suamiku sekadar menunjuk lagak.  Mainnya sekali sahaja, lepas tu terus balik.
Selepas bermain satu perlawanan, suami mengajak aku terus ke Pasar Chow Kit.  Jam telah menunjukkan pukul 10.40 pagi sewaktu kami meninggalkan padang.  

Balik dari Chow Kit, terus ke dapur untuk memasak.  Ada beberapa jemputan sedang menanti untuk dipenuhi (kalau tak datang pun, majlis orang tak akan terjejas juga, kan?).  Aku cakap dengan suami, 'kita keluar lepas solat 'Asar sahajalah'.

Usai solat 'Asar, kami ke jemputan jiran yang berselang sebuah rumah sahaja.  (Raya 35 hari termasuk raya untuk puasa 6 agaknya.. hehehe...).  Dari rumah jiran tersebut kami (kami 'berjalan' berdua sahaja kerana BS tak mahu ikut sebab sepupu-sepupunya ada di rumahku) ke rumah Boss suamiku di Bukit Jelutong, Shah Alam.  Bukan jamuan Hari Raya, tapi majlis tahlil dan doa selamat.

Memandangkan aku telah berada di Shah Alam, aku menelefon blogger Yan.  Akhirnya aku dan suami sampai juga ke rumah Yan di waktu Maghrib.  Bersolat dan makan laksa Johor yang sedap di rumah Yan.  Sebenarnya banyak hidangan 'home made' yang kelihatan sangat menyelerakan di rumahnya, tapi perutku dan suami telah meminta ampun agar tidak diisi lagi!  (tiada gambar bersama Yan kerana aku tidak membawa kamera bersama - kamera itu agak besar untuk dimuatkan dalam beg tangan).

Tiba di rumah semula hampir jam 10.00 malam (sempat beli 6 kotak 'snack plate' di KFC sebagai buah tangan untuk anak-anak di rumah).  Selepas solat Isyak dan lepak-lepak depan televisyen, aku bersama suami dan adik perempuanku serta suami dan anak mereka mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar 'melihat lampu' di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada jam 11.15 malam.

Memang 'tak ada kerja' sungguh, kan?

 

19 ulasan:

  1. kakcik....
    saya yg baca ni pulak terasa penatnya hehehe

    BalasPadam
  2. Bila anak-anak dah besar gini, memang senang nak jalan-jalan ke mana-mana danbila-bila masa...

    BalasPadam
  3. Seronok dapat berjalan-jalan macam tu berdua-duaan. ABG MUS tu memang sporting kan? ajak ke rumah kawan isteri pun dia tak kisah.

    YAN ada jemput saya gak, tapi saya yang tak upaya. Batuk teruk sangat. Badan pun tak berapa larat nak bangun.

    BalasPadam
  4. sesekali macam ni rasa macam release tension je kan. penat pun terasa hilang.

    BalasPadam
  5. bila anak2 dah besar, senangkan nak kluar berdua lagipun waktu cuti aje masa yg sesuai utk kluar, hari keja cam susah ckitkan

    BalasPadam
  6. wah wah wah
    bizinya mama =)
    selamat beristirehat mama =)

    BalasPadam
  7. Salam kakcik, Quality time bersama2 family..terasa bahagia bila saya membaca n3 ni..Alhamdulillah

    BalasPadam
  8. Salam Kakcik,

    Nyongket jer selagi lalu, nanti dah tua, dah sakit-sakit lutut dok jer kar rumah. Tp kalau masih bersemangat nk berjalan, teruskan!

    BalasPadam
  9. Berjalan tanpa henti... seronokkan kakcik walaupun penat.

    BalasPadam
  10. meriahnya hari minggu kak chik, cik ina duk umah je, suami ngan anak tak sihat.

    BalasPadam
  11. bizi bukan main kakcik ku cayang ni...

    walau tak ada gambar dgn kak yan
    tapi ati dah tengok gambar aksi
    manja kakcik dgn kak yan...hehehe

    geram melepas jumpa kakcik...
    meh nak cubit sikit :P

    BalasPadam
  12. kak kita satu kepala hihi, suke tgk lampu malam2 walaupun hanya dari dlm kete, tp suami saya tidak begitu, memendam rasa je huhuhhu

    BalasPadam
  13. cepat beno kakcik balik dari rumah k.yan
    kalau tak, boleh jumpa kat sana ;)

    BalasPadam
  14. mesti seronok tengok panoraman malam kat kl...:)

    BalasPadam
  15. memang bes kakcik ronda2 kl selepas jam 12 malam...tdk cbuk sgt..tgk2 lampu2

    BalasPadam
  16. wahhhh....ada lagik jamuan raya erk....ishhhhh.....best jugak ni...kalau buat sampai 60 hari raya....ahakz

    BalasPadam
  17. dalam keadaan sekarang ni, baca je dah nak muntah saya dibuatnya sebab macam saya pulak yang lalui situasi tu.. huhuhu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com